Paris Saint-Germain (PSG) telah didenda sebanyak €2,000 selepas penyokong kelab Ligue 1 itu menayangkan kain rentang yang mencemuh Neymar dalam perlawanan menentang Nimes sebelum ini.
Bintang dari Brazil berusia 27 tahun itu menjadi sasaran cemuhan penyokong dalam perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3-0 ke atas PSG di Parc des Prices pada 11 Ogos lalu – selepas spekulasi pemain itu nekad untuk meninggalkan kelab tersebut.
Salah satu daripada kain rentang menggesa Neymar segera meninggalkan juara Ligue 1 itu, manakala beberapa yang lain melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pemain tersebut.
PSG have been handed a (small) fine for the behavior of supporters aimed at Neymar.https://t.co/AAa8Mx6Ja8
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) August 22, 2019
Denda terhadap PSG itu diumumkan oleh komiti disiplin Ligue de Football Professionnel (LFP) pada Rabu melalui satu kenyataan.
Neymar belum lagi beraksi dalam mana-mana perlawanan melibatkan PSG pada musim ini walaupun spekulasi mengatakan Barcelona dan Real Madrid sedang berada dalam proses rundingan untuk mendapatkan pemain itu.
Saga perpindahan ini tampak jauh dari menemui penyelesaian walaupun jendela perpindahan eropah hanya akan ditutup pada 2 September.
Sejak berhijrah dari Barcelona melibatkan bayaran perpindahan rekod dunia €222 juta, Neymar telah menjaringkan 51 gol dari 58 penampilan untuk PSG sejak dua tahun lalu.