PSG Berpesta Gol, Neymar Sempurnakan Sepakan Penalti Dan Sepakan Percuma

Perancang dari Brazil, Neymar telah menjadi instrumen penting dalam satu lagi kemenangan besar PSG dalam Ligue 1 musim ini.

Selepas insiden perebutan penalti dan sepakan percuma, mereka gagal menewaskan Montepellier dengan Neymar ketika itu tidak bermain.

Namun pertengahan minggu ini, mereka menewaskan Bayern Munich 3-0 dan nampak sudah melupakan segala kekalutan di fikiran masing-masing.

Rentak kemenangan mereka diteruskan sekali lagi. Kali ini mereka meratah Bordeaux dengan jaringan 6-2. Neymar membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma sensasi pada minit ke-5 dari jarak kira-kira 30 meter.

Nikmatilah!

https://www.youtube.com/watch?v=Te35kecYUAQ

Mama Mia! Kata pengulas tersebut.

Pada minit ke-11, Neymar telah melorongkan bola dan menjadi ‘assist’ kepada gol Cavani. Meunier menambahkan gol ke-3 pada minit ke-21.

Kelekaan pertahanan PSG membolehkan Sankare melakukan gol ala permainan FIFA.

Pada minit ke-38, Neymar menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti yang tenang disudahkan beliau. Cavani menjari orang pertama yang meraikannya dengan beliau.

Draxler melakukan voli cantik untuk meletakkan PSG 5-1 ketika menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, Kylian Mbappe yang menjadi pencetus gol Cavani sebelum itu, telah menyempurnakan gol ke-6 PSG pada minit ke-58.

Bordeaux mendapat gol saguhati menerusi penalti Silva De Olivera pada masa kecederaan. Perlawanan berakhir dengan 6-2 memihak kepada PSG.

Kemenangan ini meletakkan PSG unggul di puncak liga dengan 22 mata daripada 8 perlawanan. PSG juga memiliki 22 perbezaan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN