Aksi pramusim Johor Darul Ta’zim (JDT) di Dubai musim ini tampak tidak begitu berjalan dengan lancar setelah ada kejadian tidak diingin berlaku membabitkan pasukan tersebut, semalam.
Selepas mengharungi aksi pertama pramusim lalu dengan kekalahan 0-2 di tangan FC Rostov, gergasi dari Malaysia ini cuba mencipta kebangkitan pada perlawanan kedua.
INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY
JDT [1-0] Levski Sofia (BUL)
*Match abandoned at 54th minute due to opposition lack of sportsmanship, excessive aggression and failure of Serbian referee in controlling the match.
More photos at https://t.co/b49KmcTech pic.twitter.com/NnuY1rqaRx
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 28, 2023
Untuk aksi menentang Levski Sofia ini, JDT berjaya mendahului lawan dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Juan Muniz pada minit ke-24.
Namun segalanya tampil dengan tidak begitu baik, selepas beberapa keputusan daripada pengadil perlawanan jelas sangat meragukan kepada kedua pasukan.
Impaknya, masing-masing mula menampilkan corak permainan agresif dan kemuncak pada aksi panas tersebut menyaksikan penyerang JDT iaitu Fernando Forestieri menumbuk salah seorang pemain lawan pada minit ke-53.
Tersentak dengan keputusan pengadil yang tidak memberi sebarang layangan kad kepada Forestieri, menyaksikan para pemain Levski enggan meneruskan perlawanan.
International friendly match between Levski Sofia VS Johor Darul Ta'Zim has abandoned in the 53rd minute due to controversy from players both teams
🎥 : Diema Sport
Keep follow : https://t.co/EtpAYcwcRG#LevskiSofia #JDT#SNESports pic.twitter.com/4CuEYdvpSh
— SNEsports (@SNE_Sports) January 28, 2023
Hasilnya, permainan dihentikan dengan lebih awal setelah pasukan lawan menarik diri untuk meneruskan aksi tersebut dan kemenangan 3-0 diberikan buat JDT.
Menurut sumber, punca Forestieri melakukan kekasaran tersebut kerana beliau termakan dengan provokasi dibuat pihak lawan sebelum itu lagi.
Malah pemilik JDT iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), baginda menyatakan pengadil gagal untuk mengawal permainan dengan baik sehingga ianya menjadi agresif.
“Team lawan tackle no yellow card. JDT diri jadi wall berapa meter pun kena yellow card. Bagi saya reff Serbia lost control of the game.
“Number 30 ludah di muka Leandro dan kick Leandro tiada card. Daripada situ mulanya game jadi lebih agresif dan tension. Mungkin mereka tak boleh terima club kecil dari Asia leading 1-0 lawan European club,” jelas TMJ di Instagram.
Levski yang jelas tidak berpuas hati dengan perkara tersebut turut menyatakan JDT tidak mempunyai semangat kesukanan serta bersikap kurang ajar pada Facebook rasmi mereka.
Untuk aksi selepas ini, JDT bakal menghadapi dua lagi perlawanan di Dubai dengan menjadikan Lokomotiv Moscow sebagai lawan ketiga mereka pada 2 Februari ini.
Statement awal dari Levski Sofia sahkan perlawanan dengan JDT terhenti akibat dari ‘unsportsmanlike conduct’. https://t.co/SOlZYpdWpY pic.twitter.com/4wqbVvueCc
— MY_Futbol (@MY_Fussball) January 28, 2023
Akhir sekali, mereka akan membuat perhitungan bersama FC Zenit pada 6 Februari sebelum pulang semula ke Malaysia bagi mempersiapkan diri untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.