Proses Bedah Siasat Bermula Jua Akhirnya

Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang ditubuhkan baru-baru ini sudah pun mula melakukan proses bedah siasat bagi mengenal pasti masalah dalaman yang ada, susulan prestasi hambar yang ditampilkan pasukan negara sepanjang aksi dalam saingan Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura pada bulan lalu.

Menerusi satu kenyataan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memaklumkan badan siasatan tersebut dipengerusikan bekas pemain kebangsaan dan mantan Ketua Polis Negara, Datuk Dell Akbar Khan yang membuat persidangan pertama kali di Wisma FAM, semalam.

“Antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat sulung itu ialah terma rujukan badan itu dalam mengumpul dapatan dan menilai laporan prestasi pasukan yang disediakan oleh barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan kebangsaan,”menurut FAM seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Alex Soosay, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli dan Pengarah Teknikal FAM yang baharu, Scott O’Donell merupakan ahli hadir pada mesyuarat tersebut bagi membincangkan mengenai prestasi buruk Harimau Malaya.

Selain itu, beberapa lagi nama yang turut hadir dalam mesyuarat itu ialah bekas instruktur kejurulatihan AFC Ganasegaran Suberamaniam, bekas kapten Harimau Malaya dan pemain Kuala Lumpur, Shukor Adan serta Pengarah Komunikasi Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga bekas Presiden Pesatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Mohd Isa.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan pelantikan Dell Akbar pada 7 Januari lepas yang juga bekas Setiausaha Agung FAM sebelum ini untuk menjadi Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya.

Malaysia gagal mara ke pusingan separuh akhir setelah terkandas di peringkat kumpulan di tangga ketiga Kumpulan B, setelah hanya mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja dan Laos sebelum tewas kepada Vietnam dan Indonesia pada perlawanan akhir kumpulan sekali gus gagal mencapai sasaran yang dtetapkan FAM untuk mara ke final.

Susulan prestasi hambar tersebut, ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe meletak jawatan atas sebab mengambil tanggungjawab kegagalan beliau untuk membawa nama pasukan ke peringkat lebih baik.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN