Ini merupakan salah satu cara dan tindakan yang cukup baik dari pihak West Brom!
Kelab Premier League iaitu West Bromwich Albion (WBA) telah mengambil satu langkah inisiatif dalam membantu golongan yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti di England.
Program yang bertujuan untuk membantu komuniti ini bertujuan untuk memberikan galakan kepada golongan obesiti di England menerusi permainan bola sepak.
Ia dianjurkan oleh The Albion Foundation bersama-sama dengan Sandwell Council.
Program ini cukup memberikan galakan kepada para pesertanya apabila mereka berjaya melakukan sesuatu.
Penggunaan mata akan digunakan dalam menilai pencapaian pemain, ia akan dinilai melalui apa yang dicapai oleh peserta di dalam dan luar padang.
Sebagai contoh, mata akan diberikan kepada peserta yang memenangi perlawanan bersama pasukannya dan mata bonus akan diberikan jika berjaya menjaringkan hatrik.
Manakala penilaian di luar padang pula akan dinilai menerusi kejayaan peserta menurunkan berat badan.
Mata bonus akan diberikan jika peserta berjaya menurunkan berat badan selama 3 minggu berturut-turut!
🎥 Introducing 'Man v Fat' – @WBAFoundation's latest initiative to get overweight men playing football and shedding pounds! 👊🏽 #WBA pic.twitter.com/EDJUPf9Ezo
— West Bromwich Albion (@WBA) June 14, 2017
Program ini bukanlah sekadar diadakan dalam komuniti yang berdekatan dengan WBA, akan tetapi ia diadakan di seluruh England.
Setakat ini sudah seramai 34 ribu peserta menyertainya di seluruh England dengan mereka masih lagi mencari peserta untuk menyertainya!
Tidak lama lagi, satu pertandingan bola sepak akan diadakan di Hadley Stadium pada 3 Julai untuk para peserta program ini.
Ia merupakan satu program yang cukup baik dari pihak WBA untuk membantu komuniti dalam masalah obesiti.
Ia dapat mengajak mereka yang obesiti ini untuk menurunkan berat badan dalam cara yang mereka suka iaitu bermain bola sepak.
Sumber:
- West Bromwich Albion (2017), Man v Fat Is Heading To Hadley Stadium; https://www.wba.co.uk/news/2017/june/man-v-fat-is-heading-to-hadley-stadium/