Program Klinik Futsal MILO Di Pulau Pinang Capai Sasaran

Program Klinik Futsal MILO sudah memasuki tahun ketiga dan untuk negeri Pulau Pinang, program kali ini telah berlangsung di Safira Sport Planet, Seberang Jaya.

MILO meneruskan usaha mencungkil dan memupuk juara sukan masa depan negara di peringkat akar umbi melibatkan beberapa jenis sukan antaranya hoki, badminton, bola jaring serta futsal.

Di Pulau Pinang, program telah bermula pada September dan berakhir pada pertengahan November yang lalu. Program di Pulau Pinang ini diketuai oleh bekas pemain futsal Pulau Pinang, Hasrinizam Hashim.

Ketua jurulatih, Chiew Chun Yong dan Hasrinizam Hashim. Foto: Hasrinizam.

“Program ini hendaklah diperbanyakan dan diteruskan di semua negeri jika kita ingin melihat sukan futsal Malaysia berkembang dan dikenali di peringkat antarabangsa,” ujar Hasrinizam kepada Semuanya BOLA.

Hasrinizam kini merupakan ketua jurulatih skuad futsal Pulau Pinang dan memiliki lesen futsal AFC Tahap 1 serta mengendalikan akademi futsalnya sendiri di Seberang Jaya.

Menurut Hasrinizam, perkara yang didedahkan dalam program tersebut antaranya adalah cara sebenar bermain futsal dengan teknik yang betul, undang-undang futsal dan juga sesi bersama keluarga peserta.

Sesi ceramah bersama pelatih dan ibu bapa. Foto: Hasrinizam.

Sesi bersama keluarga yang dimaksudkan adalah sesi pendedahan dan ceramah kepada ibu bapa mengenai nutrisi yang betul serta pembelajaran untuk menjadi ibu bapa yang menjadi pendorong buat anak-anaknya.

“Tahun kedua ini kita mencapai sasaran iaitu 48 orang peserta, di mana hampir menyamai jumlah peserta tahun lalu,” jelas Hasrinizam mengenai sambutan terhadap program ini.

Untuk Pulau Pinang, Hasrinizam memaklumkan sebanyak 8 sesi telah dijalankan, bermula pada jam 9 hingga 12 tengahari dan telah berakhir pada 12 November lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih program yang juga merupakan ketua jurulatih futsal skuad kebangsaan, Chiew Chun Yong nyata berpuas hati dengan sambutan kali ini.

Sesi taklimat program. Foto: Hasrinizam.

“Respon terhadap program MILO ini sentiasa baik, kerana ia adalah program yang sangat berkualiti. Ia memberi faedah kepada pelatih dan juga ibu bapa,” jelas Chun Yong.

Apabila ditanya oleh Semuanya BOLA mengenai penekanan utama yang diterapkan dalam program ini, Chun Yong menjelaskan motifnya adalah untuk memupuk pelatih dengan semangat ‘Juara Takkan Gentar’.

“Melalui program ini kita berkongsi maklumat bersama pelatih agar mereka memahami apa yang penting di dalam sukan futsal yang memerlukan teknik dan kemahiran yang tinggi dan juga kepantasan.

“Selain itu, kepentingan program ini juga adalah belajar melalui pengalaman, belajar mengenali antara satu sama lain, disiplin, hormat menghormati serta semangat ‘juara takkan gentar’,” ujar Chun Yong lagi.

Selain itu, ibu bapa juga nyata berpuas hati dengan program yang dianjurkan ini. Hasrinizam telah berkongsi kepada Semuanya BOLA beberapa komen ibu bapa mengenai program tersebut.

Foto: Hasrinizam.
Foto: Hasrinizam.
Foto: Hasrinizam.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan oleh MILO agar anak-anak akan lebih terdedah dengan aktiviti-aktiviti sukan dan mendapat manfaat darinya.

Dengan bantuan tunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih bertauliah, malah turut mendapat ‘sentuhan’ Chun Yong sendiri, program ini sangat berbaloi untuk disertai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN