Previu UCL 2016/2017: Penyerang Leicester, Islam Slimani Hantui FC Porto

Dalam perlawanan UEFA Champions League pertama mereka sebelum ini, Leicester City mudah menewaskan Club Brugge 3-0.

Bagaimanapun Club Brugge masih bukan acid test (penentu kualiti) sebenar Leicester City. Sebaliknya menentang Porto di King Power Stadium pada awal pagi esok adalah penentu kualiti Leicester yang sebenar.

Prestasi semasa

Jika pada musim lepas Leicester tiada masalah untuk mendapatkan keputusan positif setiap kali menentang pasukan besar, lain pula ceritanya pada musim ini.

Dalam 5 perlawanan terakhir Leicester, mereka kalah 3. Kesemuanya menentang pasukan besar – Liverpool, Chelsea dan Manchester United.

screen-shot-2016-09-27-at-9-25-45-am

Porto juga tidak kurang bezanya. Kekalahan terakhir mereka datang ketika menentang pasukan besar di Portugal, Sporting Lisbon.

Menentang FC Copenhagen di halaman sendiri dalam perlawanan pertama kumpulan G UEFA Champions League, Porto sekadar seri 1-1.

screen-shot-2016-09-27-at-9-26-50-am

Rekod pertemuan

Perlawanan malam ini adalah pertemuan kali pertama dalam sejarah kelab kedua-dua kelab.

Perkembangan semasa pasukan

  • Porto dilaporkan terbang ke England dengan skuad yang hampir 100% cergas. Hanya Maxi Pereira masih berada dalam senarai berjaga-jaga
  • Kasper Schmeichel masih dalam senarai kecederaan
  • Shinji Okazaki dijangka akan kembali ke dalam pasukan

Fakta OPTA

  • Ini adalah pertemuan kompetitif pertama antara Leicester City dan Porto.
  • Porto tidak pernah memenangi perlawanan kompetitif menentang kelab Inggeris, tewas 15 daripada 17 perlawanan dan seri 2 kali.
  • Porto bolos 11 gol dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga kunjungan terakhir ke England.
  • Porto juga tidak pernah clean sheet dalam 17 perlawanan mereka berhadapan kelab Inggeris.
  • Kemenangan Leicester  ke atas Brugge menjadikan mereka kelab Inggeris ketiga untuk menang pada perlawanan debut Liga Juara-Juara selepas Manchester United dan Newcastle United.
  • Hanya Milan (1992) dan Atletico Madrid (1996) pernah menjaringkan 4 gol dalam perlawanan debut UCL. Dan kedua dua kelab tersebut turut menang dengan 4-0
  • Porto tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan UCL terakhir mereka
  • Leicester City adalah kelab yang keenam yang diuruskan oleh Claudio Ranieri dalam Liga Juara-Juara, hanya Carlo Ancelotti yang memiliki rekod yang lebih banyak (7).
  • Prestasi terbaik Ranieri di UCL setakat ini adalah mara ke separuh akhir dengan Chelsea pada tahun 2003/04.

Pemain tumpuan

Islam Slimani (Leicester City)

Pemain yang digelar The Dragon Slayer ketika di Porto ini merupakan pemain yang paling dibenci oleh penyokong Porto ketika beraksi untuk Sporting Lisbon dahulu.

Masakan tidak. Setiap kali Porto menentang Sporting Lisbon, Islam Slimani pasti menjaringkan gol. Slimani sudah meledak 6 gol setiap kali bertemu Porto setakat ini.

Dalam 2 perlawanan terakhir beliau menentang Porto, Slimani menjaringkan 2 gol dalam kedua-dua perlawanan tersebut!

Iker Casillas (FC Porto)

Penjaga gol lagenda ini masih menjadi antara pemain penting di Porto. Iker Casillas tidak pernah bolos dalam 2 perlawanan terakhir beliau.

Jika Porto mahu mengharapkan seseorang untuk menafikan barisan penyerang Leicester, ia adalah Casillas.

Sebelum wisel

Ia adalah pertarungan yang agak seimbang. Kedua-dua pasukan ada kualiti yang tersendiri. Namun FC Porto memiliki pengalaman yang lebih baik dalam peringkat ini.

Baca juga: Daripada Corak Padang Hingga Ke MAskot, Ini 8 Perubahan Leicester Buat Untuk Anjur UCL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN