PREVIU TAKTIKAL: Bagaimana Organisasi Serangan Vietnam Mampu Lemaskan Pertahanan Harimau Malaya

Malaysia bakal berhadapan Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 yang seterusnya di Stadium My Dinh, Hanoi pada malam ini.

Ketika artikel ini ditulis, Malaysia masih unggul memimpin carta Kumpulan A setelah mengumpul enam mata maksimum, hasil kemenangan ke atas Myanmar dan Laos dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.

Namun Vietnam yang beraksi kurang satu perlawanan bakal membawa cabaran sebenar buat pasukan Harimau Malaya, setelah unggul mengetepikan Laos 6-0 dalam aksi perlawanan peringkat kumpulan mereka sebelum ini.

Oleh itu, Malaysia harus segera melupakan kemenangan besar ke atas Laos tempoh hari untuk memberi tumpuan sepenuhnya bagi berhadapan pasukan gergasi Asia Tenggara yang muncul naib juara Piala AFF edisi terdahulu.

Dalam artikel kami kali ini, kami akan bawakan sedikit kelainan dengan menyediakan previu taktikal serangan pasukan Vietnam yang perlu diawasi oleh barisan pemain kebangsaan.

Vietnam dijangka bakal mengekalkan formasi 1-3-5-2 bagi menghadapi Malaysia, serta mendominasi permainan secara ‘possession-based’ bagi memecahkan benteng pertahanan pasukan Harimau Malaya.

Organisasi serangan Vietnam akan bertemakan struktur 3-2-5, dengan kedua-dua pemain ‘wing backs’ meraka akan menyertai unit serangan berlima pasukan.

Fasa pertama serangan 

Bagi memenuhi tuntuan taktikal ini, Vietnam akan membina serangan mereka dengan struktur 3-1 setiap kali memperoleh penguasaan bola, di mana 3 pemain ‘centre backs’ mereka akan disokong oleh salah seorang ‘double pivot’ pasukan yang akan turun ke bawah untuk melicinkan aspek progresif permainan pasukan Vietnam.

Struktur 3-1 yang menyerupai bentuk ‘diamond’ ini akan menyediakan kelebihan bilangan pemain bagi melepasi tekanan awal pemain lawan, serta membolehkan pemain-pemain Vietnam untuk memperoleh ruang serta masa mencukupi bagi menilai setiap opsyen hantaran yang mampu memberikan kelebihan buat pasukan mereka.

Vietnam juga kerap melakukan hantaran secara ‘diagonal’ ke bahagian ‘wide area’, dan mereka dilihat lebih merbahaya di saluran kiri pasukan menerusi kualiti yang dimiliki pemain ‘wing back’ mereka, Van Hau.

Malaysia yang dijangka bakal menurunkan semula Azam Azmi untuk perlawanan ini perlu berhati-hati, kerana Vietnam pastinya mensasarkan ruang yang ditinggalkan di bahagian ini berikutan kecenderungan pasukan Harimau Malaya untuk menyusun gerakan serangan mereka di kawasan tersebut.

Sekiranya diberikan ruang serta masa mencukupi, Vietnam mampu melancarkan hantaran lintang merbahaya.

bagi mengoptimumkan ‘aerial threats’ yang mampu ditawarkan penyerang mereka, Tien Linh.

Manipulasi ‘space in between the lines’ 

Vietnam turut menggunakan konsep ‘link-play’ untuk membebaskan serta membolehkan pemain sisi mereka melancarkan hantaran lintang berkualiti tanpa tekanan daripada pemain lawan.

Mereka akan mengeksploitasi sebarang ruang di antara garisan (space in between the lines) untuk melakukan hantaran penembusan 9penetration passes), dan permain seperti Quang Hai perlu diberikan kawalan ketat untuk tidak bermaharajalela di kawasan ini.

Ruang di antara garisan ini akan memberikan masa dan ruang mencukupi buat pemain Vietnam untuk melakukan pusingan badan, serta melebarkan permainan ke bahagian ‘wide area’.

Ianya sekaligus membolehkan hantaran-hantaran lintang berkualiti dapat dilakukan untuk membantu Vietnam mencipta peluang menjaringkan gol.

Menyerang ruang di belakang barisan pertahanan lawan

Pemain-pemain Vietnam turut kerap melakukan larian-larian merbahaya untuk menyerang ruang di belakang barisan pertahanan lawan.

Menerusi suntingan gambar di atas, Vietnam menyusun serangan mereka dengan struktur 3-2-5.

Sebelum mereka melancarkan hantaran untuk mensasarkan ruang di belakang pertahanan lawan. Oleh itu, pemain pertahanan Malaysia harus peka dengan larian-larian yang bakal dilakukan oleh pemain Vietnam untuk melindungi ruang yang ditinggalkan di belakang mereka terutamanya ketika pasukan sedang menaikkan garisan permainan untuk menekan pasukan Vietnam.

Sebarang kelekaan daripada pertahanan Malaysia bakal membawa padah kerana pemain Vietnam begitu klinikal dalam menyudahkan segala peluang terhidang kepada jaringan gol.

Kombinasi permainan pantas dan merbahaya

Pasukan Malaysia turut dituntut untuk memperkemaskan organisasi bertahan pasukan, serta mengurangkan jarak di antara garisan (compactness) serta mengelakkan sebarang bukaan ruang di antara mereka untuk menghalang kombinasi permainan Vietnam yang pantas dan merbahaya.

Suntingan gambar di atas menunjukkan kepada kita bagaimana Vietnam mampu mendatangkan bahaya setiap kali terdapat bukaan ruang di antara garisan pertahanan dan tengah pasukan lawan.

Kerana ianya memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan kombinasi permainan yang pantas dan merbahaya.

Serta membolehkan mereka melakukan percubaan untuk menjaringkan gol.

Vietnam juga bijak mengawal tempo serangan mereka, apabila mereka akan kerap melakukan ‘ball circulations’ dalam usaha untuk mencari sebarang bukaan di antara pemain lawan.

Dalam usaha mereka untuk melakukan hantaran penembusan (penetration passes) yang mampu membelah blok pertahanan lawan dengan pantas.

Tindakan ini turut berupaya menarik keluar pemain lawan untuk keluar dari posisi asal mereka untuk meberikan tekanan kepada penerima bola, sekaligus meninggalkan ruang yang boleh dieksploitasi pemain Vietnam.

Serta, berupaya meruntuhkan blok pertahanan lawan secara mutlak menerusi kombinasi permainan yang pantas.

Sekaligus menjadikan mereka merbahaya setiap kali memperoleh peluang yang terhidang.

Waspada ‘high pressings’ pasukan Vietnam

Vietnam turut mempamerkan intensiti tinggi setiap kali melakukan ‘high pressings’ bagi mengganggu sebarang percubaan pasukan lawan untuk membina gerakan serangan secara tersusun, serta membolehkan mereka merampas semula penguasaan bola di kawasan pertahanan pasukan lawan untuk melancarkan transisi serangan pantas dengan mengambil peluang ke atas struktur pasukan lawan yang terbuka ketia mereka membina gerakan serangan pasukan.

Blok pertaahanan tinggi Vietnam disusun dengan struktur 5-2-3 atau 5-3-2 berdasarkan kedudukan bola serta pemain lawan mereka.

Tekanan tinggi ini sering kali memaksa penjaga gol lawan untuk malakukan hantaran-hantaran jauh yang kurang efektif.

Serta membolehkan pemain-pemain Vietnam memnangi sebarang ‘second balls’.

Serta melancarkan transisi serangan dengan mengambil kesempatan ke atas ‘shape’ pasukan lawan yang telahpun terbuka ketika mereka menyusun gerakan serangan sebelum ini.

Sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk menjaringkan gol menerusi serangan balas yang tersusun seperti ini.

Penutup 

Jurulatih Malaysia, Kim Pang Gon semestinya sedar akan ancaman yang bakal dihadapi anak buahnya menjelang perlawanan ini.

Beraksi di gelanggang lawan, semestinya akan terdapat perbezaan dalam aspek pendekatan permainan daripada pasukan Harimau Malaya dalam usaha mereka untuk memperoleh keputusan positif daripada perlawanan ini.

Kita jangkakan pendekatan konservatif akan dipertimbangkan oleh barisan jurulatih pasukan negara untuk menyerap segala asakan dan tekanan pihak lawan.

Ia perlu dibuat sebelum Malaysia melancarkan transisi serangan yang tersusun dengan mengambil kesempatan ke atas kecenderungan pasukan Vietnam yang gemar bermain di garisan permainan yang tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN