Previu Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016: Paroi Bukan Tempat Mudah Bagi Kedah

4 perlawanan suku akhir Piala Malaysia akan berlangsung pada malam ini. Ia melibatkan 6 pasukan Liga Super dan 2 pasukan Liga Perdana.

1. PKNS vs Selangor

img_7387_copy (1)

Pertembungan antara pasukan ‘adik dengan abang’ ini antara yang menarik perhatian. PKNS dan Selangor dalam prestasi yang agak setara buat masa ini.

Prestasi semasa (6 perlawanan terakhir)

pkns

Rekod 6 pertemuan terakhir

pk1

PKNS menang: 1 (17%)
Selangor menang: 2 (33%)
Seri: 3 (50%)

Fakta perlawanan

  • PKNS dan Selangor masih belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir
  • 3 perlawanan terakhir pasukan Selangor berakhir dengan 1-1
  • 2 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri
  • Sejak 2012, masih belum ada pasukan yang menjaringkan lebih daripada 2 gol dalam perlawanan ini
  • Dalam 12 perlawanan terakhir mereka, pertahanan Selangor hanya berjaya tidak bolos sekali sahaja. PKNS pula 3 kali.

Sebelum wisel

Tekanan adalah lebih kepada pasukan Selangor. Ini adalah harapan mereka untuk mengakhiri musim ini dengan sekurang-kurannya satu piala.

PKNS pula selesa untuk turun dengan status pasukan bukan pilihan dalam perlawanan ini. Selangor adalah juara bertahan Piala Malaysia.

Manakala PKNS pula tersingkir di peringkat suku akhir pada musim lalu. Jadi, mampukah PKNS memperbaiki pencapaian mereka musim ini?

2. T-Team vs Felda United

zam_0934 (1)

Pertemuan 2 kelab yang memiliki falsafah bolasepak yang tersendiri.

Prestasi semasa (6 perlawanan terakhir)

tte

Rekod 5 pertemuan terakhir 

tt2

T-Team menang: 3 (60%)
Felda United menang: 2 (40%)
Seri: 0 (0%)

Fakta perlawanan

  • T-Team hanya menang sekali di halaman sendiri dalam kempen Piala Malaysia 2016 manakala Felda United sudah menang 2 kali di gelanggang lawan dalam kejohanan ini.
  • T-Team hanya menjaringkan 5 gol di halaman sendiri dalam Piala Malaysia 2016.
  • Pertembungan terakhir kedua-dua pasukan berlaku pada Februari 2016. Ia dimenangi oleh Felda United dengan jaringan 2-0.
  • Felda United sudah tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka.

Sebelum wisel

Dengan kejuaraan Liga Super kian terlepas dari genggaman mereka, Irfan Bakti pasti mahukan Piala Malaysia untuk menutup kempen cemerlang mereka musim ini.

Terkenal dengan motto Small Team Big Dream, T-Team boleh dikira pakej kejutan untuk suku akhir kali ini. Bagaimanapun mereka tidak diberikan harapan yang besar dalam kempen musim ini.

T-Team yang menggemari bolasepak terbuka ini bukanlah lawan yang mudah untuk Felda United.

3. Negeri Sembilan vs Kedah

Pertembungan ini akan menjanjikan intensiti yang tersendiri.

Dua pasukan ini ada ego tersendiri dalam kempen Piala Malaysia berdasarkan rekod lampau mereka dalam kejohanan berprestij ini.

Prestasi semasa  (6 perlawanan terakhir)

ns1

Rekod 6 pertemuan terakhir 

ns

Negeri Sembilan menang: 4 (67%)
Kedah menang: 2 (33%)
Seri: 0 (0%)

Fakta perlawanan

  • Negeri Sembilan menang dalam 4 daripada 6 perlawanan terakhir menentang Kedah.
  • Negeri Sembilan tewas 3 daripada 5 perlawanan terakhir.
  • Kedah hanya tewas sekali daripada 7 perlawanan terakhir.
  • Kedah menang dalam 3 perlawanan away terakhir.
  • Hanya JDT II dan Melaka pernah menang di Stadium Paroi sebagai pelawat.
  • Negeri Sembilan menang 3 kali di halaman sendiri dan sekali sebagai pelawat dalam kempen Piala Malaysia 2016.
  • Sebaliknya, Kedah pula menang 3 kali sebagai pelawat dan menang hanya sekali di halaman sendiri dalam Piala Malaysia 2016.
  • Negeri Sembilan memiliki purata gol yang tinggi ketika bermain di halaman sendiri, iaitu 2 gol setiap perlawanan dalam Piala Malaysia 2016.
  • Kedah pula gemar menjaringkan gol di tempat lawan dengan purata 2.67 gol setiap perlawanan untuk kempen Piala Malaysia 2016.

Sebelum wisel

Siapa sangka Negeri Sembilan menjadi wakil daripada zon Selatan selepas 2 pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik, JDT dan Melaka gagal untuk mara.

Kedah pula memiliki prestasi yang baik dalam kempen Piala Malaysia mereka. Kedah turun dengan status pasukan pilihan.

6b7c8582 (1)

Namun begitu Negeri Sembilan ada kemampuan untuk mengejutkan mana-mana lawan mereka, lebih-lebih lagi di tempat sendiri.

4. Kelantan vs PDRM

bgs_3977email (1)

Satu lagi pertemuan antara 2 pasukan Liga Super.

Prestasi semasa (6 perlawanan terakhir)

kel1

Rekod 5 ertemuan terakhir 

kel

Kelantan menang: 4 (80%)
PDRM menang: 1 (20%)

Fakta perlawanan

  • Kelantan tidak pernah bolos dalam 3 perlawanan Piala Malaysia 2016 setakat ini, 2 daripadanya adalah di Kota Bharu
  • Kelantan memiliki purata gol yang rendah di halaman sendiri, iaitu 1 gol setiap perlawanan. Manakala PDRM mempunyai purata gol yang tinggi di tempat lawan iaitu 1.67 gol setiap perlawanan.
  • Kelantan menang 3 kali dan tewas 3 kali dalam 6 perlawanan terakhir mereka
  • Dua perlawanan terakhir Kelantan di Kota Bharu berakhir dengan kekalahan.
  • PDRM pula tewas 3 kali berturut-turut dalam 3 kunjungan terakhir ke tempat lawan
  • 5 perlawanan terakhir PDRM di tempat lawan menyaksikan mereka bolos 11 kali (2.2 gol setiap perlawanan)

Sebelum wisel

Ini adalah perlawanan yang kami rasakan paling sukar. Ini kerana kedua-dua pasukan sangat sukar untuk dikalahkan sekiranya beraksi dalam kemampuan optimum.

Namun masalah utama kedua-dua pasukan ini adalah konsistensi. Kami menjangkakan satu pertarungan bola sepak yang terbuka di Kota Bharu.

Baca juga: Sejarah Bagaimana Piala HMS Malaya Bermula Pada Tahun 1921

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN