Previu Shopee Piala FA 2018: PKNS FC & Perak Miliki Kelebihan Tersendiri Menjelang Aksi Suku Akhir

Piala FA

Salah satu pertembungan dalam saingan suku akhir pertama Shopee Piala FA Malaysia 2018 bakal menemukan dua pasukan dari Liga Super iaitu Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) menentang Perak di Stadium Shah Alam pada malam ini.

Perlawanan terdahulu

PKNS FC dan Perak telah bertemu dalam saingan Liga Super musim ini dengan menyaksikan anak buah Datuk K.Rajagopal itu mencipta kemenangan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium TLDM, Lumut pada 10 Februari lalu.

Dua jaringan dari penyerang import, Rafael Ramazotti pada perlawanan tersebut memberikan gambaran awal tugas sukar bakal diterima skuad ‘yob’ di laman lawan.

Dalam saingan Piala FA pula, kali terakhir PKNS FC dan Perak bertemu adalah dalam aksi separuh akhir musim 2016.

Keputusan 2-2 dicatatkan pada perlawanan pertama di Stadium Hang Jebat manakala PKNS FC mengecewakan puluhan ribu penyokong Perak dengan kemenangan 2-1 untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Pemain tumpuan

Bagi PKNS FC, sudah pasti khidmat Rafael Ramazotti menjadi sandaran utama untuk mempamerkan bisa penyudahnya seperti yang dilakukannya di Lumut bagi merobek gawang Perak yang bakal dikawal penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Ramazotti telah menjaringkan satu gol dalam kempen Piala FA selepas mencipta jaringan ke-4 ketika PKNS FC menumpaskan Kelantan 4-1 di Shah Alam.

Sementara itu di kem Perak, gandingan Gilmar Jose Da Silva Filho dan Wander Luiz Bitencourt Jr yang masing-masing mencipta tiga jaringan dalam dua perlawanan Piala FA bakal menjadi tunjang serangan skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu.

Sebelum wisel

Pertemuan yang sukar untuk dijangkakan dengan kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri untuk keluar sebagai pemenang sekaligus membawa kelebihan pada pertemuan kedua nanti.

Cuti panjang sempena siri perlawanan melibatkan skuad kebangsaan telah memberikan lebih banyak masa buat Datuk K.Rajagopal dan Mehmet Durakovic dalam merangka perancangan dan strategi yang lebih tersusun bagi menghadapi perlawanan suku akhir ini.

Sekiranya melihat kepada carta kedudukan Liga Super, PKNS FC kini berada dalam mood yang terbaik apabila menghuni tangga ke-3 dengan mencatatkan tiga kemenangan, tiga keputusan seri dan satu kekalahan.

Perak pula kini berada ditangga ke-6 dengan mencatatkan tujuh mata selepas mengharungi lima perlawanan liga.

Segala-galanya bakal terjawab malam ini di Stadium Shah Alam. Selamat berjuang buat PKNS FC dan Perak!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN