Previu Piala Malaysia: Pahang v JDT, Pertemuan Buku Dan Ruas

Pahang akan turun melayan kunjungan JDT dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.

Prestasi semasa

5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan jelas berhadapan dengan isu konsistensi.

Pahang menang 3, seri sekali dan kalah sekali. Manakala JDT, tewas 2 kali dan menang 3 kali.

Dari segi ketajaman di hadapan gol JDT lebih tajam dengan 10 gol daripada 5 perlawanan terakhir.

Namun Pahang tetap memiliki rekod gol yang baik iaitu 8 gol daripada 5 perlawanan terakhir.

Jadi ini pertarungan antara 2 pasukan yang tajam di hadapan gol.

Melihat kepada kualiti pertahanan pula, Pahang ada 4 clean sheet dalam 5 perlawanan terakhir. Manakala JDT hanya ada 2.

Pahang hanya bolos 3 dalam 5 perlawanan terakhir. Agak mengejutkan kerana JDT bolos 5 daripada 5 perlawanan terakhir.

Rekod 5 pertemuan

Dalam 5 perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan, 3 dimenangi JDT. Manakala 1 seri dan hanya 1 sahaja dimenangi oleh pasukan Pahang.

JDT turut menang dalam 2 perlawanan terakhir melibatkan 2 pasukan ini. Dan kedua-duanya dalam Liga Super.

Kualiti pasukan

Jika bebicara berdasarkan kualiti pasukan, Pahang pastinya pasukan yang kompetitif untuk berhadapan dengan pasukan JDT.

Perlawanan ini akan mempertemukan pasukan dengan kualiti pertahanan yang baik dengan pasukan yang memiliki kualiti serangan yang baik.

Dari segi taktikal, amat sukar untuk menceritakan isu taktikal dalam perlawanan melibatkan 2 pasukan yang berseteru serta dalam peringkat kalah mati.

Sumber: Pahang FA, Facebook.

Ini lebih kepada perlawanan yang akan menentukan siapa yang kekal fokus sepanjang 90 minit dan mampu menyerap segala tekanan ketika beraksi dalam stadium yang dijangka ‘full house’.

Fakta perlawanan

  • Hanya sekali perlawanan ini menyaksikan 1 pasukan berjaya menjaringkan lebih 2 gol iaitu pada Piala FA lalu, di mana Pahang menang 3-0.
  • Kedua-dua pasukan menang perlawanan terakhir selepas tewas dalam perlawanan sebelumnya
  • Kunjungan terakhir JDT ke Stadium Darul Makmur pada 12 Jun lalu berakhir dengan kemenangan 1-2 skuad Harimau Selatan

Sebelum wisel

Ini adalah perlawanan tumpuan dalam kalendar bola sepak domestik.

JDT pastinya lebih menekankan aspek bertahan dan cuba membawa pulang gol di tempat lawan.

Pahang pula pastinya mahu membawa bekalan selesa untuk dibawa ke Larkin selepas ini.

Kedua-dua pasukan nampak seimbang berdasarkan prestasi semasa.

Siapa yang akan menang perlawanan malam ini? Kongsikan pandangan anda dengan kami.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN