Kedah akan turun menentang Felda United dalam separuh akhir 2 Piala Malaysia. Perlawanan pertama, kedua-dua pasukan seri 1-1.
1. Ketajaman Felda United
Felda United mungkin melepaskan 1 gol tempat lawan kepada Kedah. Tetapi, berdasarkan prestasi semasa pasukan ini, mereka memiliki rekod gol yang sangat baik dalam 10 perlawanan terakhir.
Dalam 10 perlawanan terakhir mereka tidak pernah gagal menjaringkan gol. Jadi, tugas untuk membatalkan (cancelling) kelebihan gol tempat lawan Kedah nampak realistik.
Kali terakhir mereka gagal menjaringkan gol dalam perlawanan adalah ketika perlawanan Liga Super menentang Perak 22 Julai yang lalu.
Itu juga menjadi satu-satunya perlawanan terakhir mereka gagal menjaringkan gol di tempat lawan. Kunjungan terakhir mereka ke Kedah adalah berakhir dengan kemenangan 1-3 di Darulaman.
2. Krisis pasukan Kedah
Buat masa ini, Kedah dilaporkan bergelut dengan krisis kecederaan. Selain itu, mereka juga berhadapan dengan banyak sekali cerita kontroversi sepanjang minggu ini.
Aspek mental, sangat diperlukan oleh setiap pemain Kedah untuk bermain pada prestasi terbaik mereka dalam perlawanan ini.
Ini kerana pasukan Felda United berada dalam prestasi terbaik sejak separuh kedua saingan domestik musim ini.
3. Taktikal Kedah
Kedah terus dirundung dengan masalah pertahanan terutama sekali ketika bola mati. Nidzham Adzha perlu memperbaiki aspek ini.
Hal ini kerana, pasukan yang mereka lawan adalah pasukan yang boleh melakukan ancaman yang kuat dalam apa jua situasi.
Satu lagi aspek yang memeningkan pasukan Kedah adalah ketiadaan Liridon Krasniqi yang menjadi ‘brain’ kepada sistem mereka.
Musim ini, Kedah kerapkali hilang kawalan di tengah walaupun ada Liridon. Ianya adalah salah satu kekuatan mereka musim lalu.
Kali ini mereka akan berhadapan dengan pasukan yang juga memiliki pemain yang boleh mendonasi bulatan tengah (center circle).
4. Wan Zack Haikal
Dalam perlawanan yang sebelum ini, Wan Zack Haikal menjadi antara ‘game-changer’ dalam pasukan Felda United.
Jika anda masih ingat, beliau juga memberikan sedikit perbezaan ketika masuk dalam perlawanan Hong Kong menentang Malaysia.
Wan Zack Haikal adalah pemain yang berada dalam prestasi terbaik buat masa ini.
5. Syafiq Ahmad
Setelah tersebar gambar kontroversi di mana beliau bergambar dengan pemilik dan duta JDT yang merupakan masih lagi pesaing dalam Piala Malaysia, pemain ini mungkin boleh menyumbangkan sesuatu untuk Kedah sebelum angkat kaki musim hadapan.
Krisis kecederaan beberapa pemain yang berada dalam senarai berjaga-jaga membuatkan nama Syafiq Ahmad mungkin akan menjadi pemain utama kali ini.
Beliau pernah melakukan tugasan seperti ini dengan sangat baik sebelum ini.
Pasukan mana akan ke final?
Kedah memiliki rekod yang agak baik dalam Piala Malaysia dalam beberapa musim ini. Mereka boleh dikira pakar untuk mara ke final dalam piala domestik (cup competitions).
Namun kali ini Nidzham Adzha memerlukan tweaks yang berkesan untuk memastikan mereka tidak dibolosi awal dalam perlawanan ini.
Manakala, B. Sathianathan menegaskan yang anak-anak buah beliau sudah cukup bersedia untuk perlawanan kali ini.
Dalam perlawanan sebelum ini, perubahan taktikal dan pertukaran pemain oleh Sathianathan jauh lebih berkesan daripada yang dilakukan Nidzham Adzha.