Previu Piala Malaysia 2019: Jiwa Kental Gergasi Merah Ancaman Utama Harimau Selatan

Selangor dengan misi memburu kejuaraan kali ke-4 di pertandingan Piala Malaysia. Namun demikian, laluan berliku menanti skuad The Red Giants kerana bakal berhadapan dengan juara Liga Super enam kali berturut-turut, JDT.

Berikut adalah previu yang kami bawakan khusus untuk perlawanan ini.

Harimau Selatan vs Red Giants

Kedua-dua pasukan dianggap sebagai dua buah kelab bola sepak yang mempunyai struktur tersendiri untuk bertapak di saingan Liga Malaysia.

JDT tampil dengan projek di bawah DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim sejak 2013, membuktikan kepada ramai bahawa dengan pengurusan serba profesional secara inklusif, sesebuah kelab bola sepak mampu tampil sebagai sebuah pasukan yang berjaya.

Foto: FA Selangor

Selangor enggan ketinggalan. Di bawah pengurusan serba baharu pada musim ini di bawah naungan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, skuad The Red Giants mulai menerbitkan ‘feel good factor’ – yang mulai membuahkan hasil pada musim ini.

Kedua-dua pasukan mempunyai kisah tersendiri di saingan bola sepak tempatan – baik dari segi sejarah dan dominasi pada hari ini.

Foto: FA Selangor

Namun ini adalah pertandingan Piala Malaysia. Sejak 10 tahun yang lalu, JDT dan Selangor masing-masing hanya pernah muncul juara sebanyak sekali, masing-masing pada 2017, dan juga 2015.

Pemain tumpuan

Dari segi barisan pemain yang bakal diturunkan, JDT mempunyai skuad serba lengkap hampir di semua posisi. Namun jika ada seorang pemain yang harus dinamakan untuk diberikan perhatian khusus oleh barisan pertahanan Selangor, beliau tentulah Diogo Luis Santo.

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2019

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid mendahului carta penjaring terbanyak dengan 7️⃣ gol setakat ini!

#PialaMalaysia2019

Posted by Malaysian Football League on Thursday, October 17, 2019

Sehingga kini, bekas penyerang Buriram United ini telah menjaringkan enam gol. Diogo turut merekodkan lima bantuan gol untuk rakan sepasukan yang lain, menjadikan gandingan beliau bersama Gonzalo Carera dan Safawi Rasid amat bahaya sekali.

Namun apa yang paling bahaya dari skuad JDT adalah mentaliti kemenangan yang dimiliki oleh setiap pemain yang mereka miliki.

Di kem Selangor, kelibat Ifedayo Olesegun pasti menjadi tumpuan. Pemain import dari Nigeria ini adalah penjaring terbanyak Selangor pada musim ini.

Man of The Match Selangor ?

Tahniah Khyril Muhymeen kerana terpilih sekali lagi sebagai #MOTM Selangor untuk perlawanan…

Posted by FA Selangor on Sunday, September 29, 2019

Namun prestasi semasa Khyril Muhymeen turut tidak boleh dipandang ringan. Tiga gol di Liga Super- termasuk jaringan menentang JDT pada 19 Jun lalu di Larkin – dan dua gol ketika membenam Perak 3-1 di suku akhir kedua tempoh hari membuktikan pemain ini masih lagi bernafsu untuk mencipta nama.

Kejayaan untuk bangkir dari ketinggalan secara agregat kepada Perak di suku akhir kedua tempoh hari, juga melambangkan kekentalan semangat skuad Red Giants.

Taktikal pasukan

Benjamin Mora telah menyandarkan formasi 4-3-3 dengan corak bola sepak menyerang penuh ‘fluidity’ sepanjang musim ini. Tiada perubahan besar dijangkakan untuk perlawanan ini.

Gandingan Cabrera-Diogo-Safawi dijangka akan terus menerajui bahagian serangan.

Barisan pemain yang diturunkan oleh Benjamin Mora pada suku akhir kedua menentang Terengganu FC.

Ketiadaan S. Kunanlan bermakna Mora akan menyandarkan kekuatan di bahagian bek sayap kepada Azrif Nasrulhaq.

Mora juga mempunyai pilihan untuk menurunkan Shafiq Ahmad di bahagian serangan, ataupun menggunakan pemain ini sebagai pilihan lain kepada Leandro Velazquez.

Bagi B. Sathianathan, sistem 4-2-3-1 dijangka akan terus menjadi sandaran. Sistem dua pivot dengan menggandingkan Halim Shaari dan S. Sarkunan ini nyata berkesan ketika menentang Perak tempoh hari.  Kedua-dua pemain juga cemerlang ketika membantu pasukan pada fasa pertahanan.

Kyril Muhymeen dan Syazwan Zainon juga dijangka akan terus menjadi ancaman untuk Selangor dari bahagian sayap.

Barisan pemain yang diturunkan oleh B. Sathiantahan pada suku akhir kedua menentang Perak TBG.

Khyril dan Syazwan akan bermain lebih ke tengah, untuk membolehkan kedua-dua pemain memperolehi lebih banyak peluang untuk melakukan percubaan ke arah gol.

Beraksi di Larkin berhadapan dengan tidak kurang 20,000 penyokong JDT bukanlah perkara yang mudah. Barisan pertahanan Selangor yang diketuai oleh Taylor Regan akan diuji sepenuhnya dalam perlawanan ini.

Rekod pertemuan 2019

Selangor 2 vs JDT 4 ( 1 Mac 2019)

JDT 3 vs Selangor 2 (19 Jun 2019)

JDT menang kedua-dua perlawanan pada musim ini.

Rumusan

Tidak mudah untuk meramalkan perlawanan ini kerana ia ibarat perseteruan. Pada peringkat ini, keputusan boleh memihak kepada sesiapa sahaja yang mampu mengawal emosi, dan juga atmosfera perlawanan.

Satu perkara yang pasti, kedua-dua pasukan akan tampil memburu jaringan untuk bekalan selesa di Shah Alam nanti.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN