Previu Piala Malaysia 2016: Selangor vs T-Team Janji Pertarungan Jentera Tengah

Pasukan yang mempunyai gelaran Piala Malaysia paling banyak dalam sejarah (33 kali), Selangor akan berhadapan dengan cabaran penuh muslihat daripada T-Team pada malam ini.

Bagaimana mereka mara?

Selangor menjuarai kumpulan B yang turut menempatkan PDRM, Kelantan dan juga Kuala Lumpur. Mereka berjaya merekodkan 3 kemenangan dan 1 seri di peringkat kumpulan.

Di peringkat suku akhir, Selangor menewaskan PKNS dengan aggregat 5-3.

Gambar oleh Zaid Ayid/www.asiana.my
Gambar oleh Zaid Ayid/www.asiana.my

T-Team pula mara ke suku akhir selepas berjaya menjadi naib juara kumpulan A di belakang Kedah.

Dalam pusingan suku akhir, T-Team menewaskan Felda United dalam 2 perlawanan timbal balik yang penuh drama. Ini mengukuhkan reputasi T-Team sebagai pasukan yang mampu menewaskan sesiapa sahaja.

Pretasi semasa

Kedua-dua pasukan sedang berada dalam prestasi yang sangat tidak menentu buat masa ini. Masing-masing tidak konsisten mengekalkan rentak kemenangan.

feld1

Rekod pertemuan

Dalam rekod 6 perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan, Selangor jelas pasukan yang unggul dengan 5 kemenangan. Bagaimanapun pertemuan terbaru mereka pada bulan Ogos 2016 dimenangi oleh T-Team.

fel2

Selangor menang: 5 (73%)
T-team menang: 1 (17%)
Seri: –

Statistik Piala Malaysia

screen-shot-2016-10-01-at-9-28-45-am

Karakter pasukan

Selangor

  • Kurang agresif
  • Corak taktikal yang seimbang, tidak terlalu bertahan dan tidak terlalu menyerang
  • Gemar mencipta peluang melalui hantaran through ball
  • Tidak fluid dalam taktikal

T-Team

  • Bola sepak dengan hantaran pendek
  • Corak taktikal serangan yang fluid
  • Serangan aktif dari arah kiri
  • Pemain cenderung melakukan cubaan jarak jauh
  • Kurang agresif

Kekuatan

Selangor

  • Menyudahkan hantaran lintang
  • Ancaman melalui situasi bola mati
  • Mengatasi perangkap ofsaid

T-Team

  • Mempertahankan gol pendahuluan
  • Permainan berpasukan yang tinggi
  • Mematikan serangan balas

Kelemahan

Selangor

  • Kurang kreatif
  • Mematikan ancaman dari kawasan tengah
  • Bertahan berhadapan pemain lincah

T-Team

  • Sokongan di antara bahagian yang tidak konsisten
  • Pemain kadangkala terlalu gemar mengambil cubaan jarak jauh
  • Mempertahankan daripada dibolosi menerusi sepakan penjuru

Fakta perlawanan

  • Kemenangan T-Team ke atas Selangor pada Ogos 2016 lalu adalah yang pertama sejak kemenangan terakhir mereka pada April 2011
  • Sebelum tewas pada perlawanan Liga Super pada Ogos lalu, Selangor telah menang 9 kali berturut-turut ke atas T-Team pada sebelum itu
  • 7 perlawanan terakhir dimenangi sama ada Selangor ataupun T-team dengan kemenangan tipis lebih 1 jaringan sahaja.
  • Selangor tidak tewas dalam 5 perlawanan terakhir mereka di Stadium Shah Alam dalam semua pertandingan

Sebelum wisel

Ia adalah perlawanan yang penuh muslihat untuk pasukan Selangor. Ini kerana T-Team terkenal dengan gaya bola sepak mereka yang berani dan berkemampuan untuk bermain dalam organisasi yang sistematik.

zam_5420-1
Gambar oleh Zam Zainal / www.asiana.my

Penguasaan di bahagian tengah padang akan menjadi kunci utama untuk mana-mana pasukan cuba untuk melakukan lebih ancaman dalam perlawanan ini.

Selangor pastinya lega dengan ketajaman mereka di hadapan gol.

Dan pada masa yang sama Selangor turut risau dengan prestasi pertahanan mereka yang sudah dibolosi 10 dalam Piala Malaysia musim ini.

Kami menjangkakan Selangor akan menang di Shah Alam, tetapi T-Team akan berjaya menjaringkan gol.

Baca juga: 98% Penyokong Selangor Desak Penswastaan Pasukan, Mahu Kelab Milik Penyokong Sepenuhnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN