Previu Piala FA: Solskjaer & Emery Buka Episod Baru Perseteruan Manchester United vs Arsenal

Manchester United dan Arsenal, masing-masing melalui kempen Piala FA yang sering menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia ketika era Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger.

Kedua-dua kelab masing-masing pernah melakukan 20 kemunculan di perlawanan akhir. Tatkala Arsenal boleh berbangga sebagai juara Piala FA paling kerap iaitu sebanyak 13 kali, Manchester United pula mengikuti rapat di belakang dengan 12 kejuaraan keseluruhan.

Setelah Wenger mengundurkan diri dari Emirates -selepas bergelar pengurus selama 22 tahun bersama The Gunners- pertemuan pada awal pagi nanti membuka lembaran baru perseteruan kedua-dua pasukan di pertandingan ini.

Unai Emery vs Ole Gunnar Solksjaer

Pertemuan diantara Arsenal dan Manchester United dianggap yang paling menarik selepas undian pusingan keempat Piala FA Inggeris dilakukan pada musim ini.

Ole Gunnar Solksjaer yang tiba di Old Trafford sebagai pengurus interim menggantikan Jose Mourinho pasti di dalam misi memburu kemenangan ke-8 berturut-turut dalam semua pertandingan.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Tidak ada pengurus sepanjang sejarah di Old Trafford yang memiliki permulaan secemerlang Solksjaer, sejak Sir Matt Busby menang lima perlawanan berturut-turut ketika mula mengendalikan Manchester United pada tahun 1945.

Bagi Unai Emery, ini merupakan musim pertama beliau mengendalikan pasukan dari England – setelah menyertai The Gunners dari Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas lalu.

Emery
LONDON, ENGLAND – JANUARY 01: Unai Emery manager / head coach of Arsenal during the Premier League match between Arsenal FC and Fulham FC at Emirates Stadium on January 1, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Apa yang dilakukan oleh Emery setakat ini bersama Arsenal boleh dilabel sebagai menakjubkan – dengan corak permainan yang lebih segar berbanding ketika era Wenger. Walaupun mencatatkan keputusan 2-2 ketika pertemuan menentang Manchester United pada Disember lalu di Old Trafford, Emery menyedari pasukan yang bakal anak buah hadapi pada malam ini tidak sama dari segi moral, mahu pun corak permainan.

“Mereka masih kumpulan pemain yang sama, tetapi dengan corak permainan yang berbeza sekarang. Saya menonton perlawanan terakhir mereka, dan setiap pemain kini memiliki keyakinan, dan tampil lebih bahaya. Namun ia masih perlawanan yang baik untuk kami, kerana ia akan memberi ujian yang besar di dalam pertandingan ini,” ujar Emery beberapa hari yang lalu.

Perkembangan pasukan

Solskjaer mengesahkan Alexis Sanchez akan beraksi menentang bekas kelabnya selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami ketika United menewaskan Reading 2-0 di pusingan sebelum ini.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Marouane Fellaini, Chris Smalling dan Marcos Rojo akan kekal disisihkan selepas turut tidak bersama pasukan ketika United merekodkan kemenangan ke atas Brighton pada minggu lalu.

Bekas pemain United, Danny Welbeck (buku lali) dan Henrikh Mkhitaryan (kaki) turut pasti tersisih dari skuad Arsenal untuk perlawanan ini.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Terbaru ialah kecederaan ACL yang menimpa Hector Bellerin, bermakna Ainsley Maitsland-Niles mungkin akan memulakan perlawanan di posisi bek kanan.

Fakta penting
  • Kedua-dua pasukan bertemu 14 kali di pertandingan Piala FA, dan setakat ini setiap pasukan merekodkan 7 kemenangan. Tidak ada pasukan lain di dalam pertandingan ini ditewaskan sekerap ini oleh lawan yang sama kecuali Arsenal dan Manchester United.
  • Ini adalah kali ketiga Arsenal menjadi tuan rumah kepada Man Utd di Piala FA. Dua daripadanya adalah kemenangan buat Arsenal.
  • Arsenal memenangi Piala FA setiap kali mereka menyingkirkan Manchester United pada tiga pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan. Musim pertama ialah pada 2002/03 (pusingan ke-5), musim 2005/05 (perlawanan akhir), dan musim 2014/15 (suku akhir).
  • Sejak 14 kempen terakhir, Manchester United hanya tewas sekali di pusingan keempat ini, iaitu kepada Liverpool pada musim 2011/12.
  • Arsenal merekodkan 12 kemenangan dari 13 perlawanan Piala FA terakhir mereka ketika berhadapan dengan pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL). Kali terakhir mereka tewas ialah ketika menentang Watford pada musim 2015/16.
  • Juan Mata terlibat di dalam 11 gol dari 10 perlawanan Piala FA ketika berhadapan pasukan dari EPL. Tiga daripadanya adalah gol, manakala lapan lagi di dalam bentuk bantuan gol.
  • Kad merah telah dilayangkan dalam lima dari lapan perlawanan Piala FA melibatkan kedua-dua pasukan. Tiga daripadanya adlaah untuk pemain Arsenal, manakala dua daripadanya dilayangkan kepada pemain Manchester United. Angel Di Maria menjadi pemain terakhir dilayangkan kad merah dalam pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan di pertandingan ini.
Penutup

Perlawanan membabitkan Arsenal dan Manchester United di pusingan ke-4 Piala FA akan berlangsung di Stadium Emirates, pada jam 3:45 am (waktu Malaysia).

Siapakah yang akan melangkah ke pusingan seterusnya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN