Malam ini tirai saingan suku akhir Piala FA 2022 bakal berlangsung dengan membabitkan empat perlawanan disertai oleh lapan pasukan untuk menentukan siapa layak ke pusingan separuh akhir selepas itu.
Agak unik pada peringkat suku akhir ini apabila hanya satu pasukan dari saingan Liga Premier 2022 yang melayakkan diri sejauh ini serta beberapa pasukan pilihan gagal menempah slot tersebut.
🏆 Saingan Piala FA kembali pada Sabtu ini dengan aksi peringkat suku akhir!
Empat pasukan yang akan mara ke separuh akhir ialah..? 🤔
Siaran langsung Melaka United FC lwn JDT di TV Okey & Sukan RTM, dengan semua perlawanan juga di unifiTV, unifi playTV & YouTube.#PialaFA2022 pic.twitter.com/syBVdvgndx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 21, 2022
Jika dilihat dalam senarai empat perlawanan malam ini, ada pasukan yang bakal berhadapan perlawanan sengit serta menarik tumpuan ramai penyokong untuk melihat.
Ini ada sedikit preview mengenai empat perlawanan bagi aksi saingan suku akhir Piala FA 2022.
Sabah vs Selangor
Aksi yang dijangka pastinya sengit sepanjang 90 minit perlawanan kerana kedua pasukan dilihat masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengatasi lawan mereka.
Beraksi di laman sendiri, Sabah dilihat mempunyai peluang lebih baik untuk mengetepikan cabaran Selangor dengan momentum kemenangan lalu mereka ketika menewaskan Terengganu.
Perlawanan Suku Akhir Piala FA : Sabah FC vs Selangor FC
🏟️ Stadium Likas, Kota Kinabalu
📆 Sabtu, 23 Julai 2022
🕢 7:30PM
🆚 Sabah FCMisi penting #GergasiMerah diteruskan Sabtu ini dalam perlawanan Suku Akhir #PialaFA2022 menentang The Rhinos!
Dikuasakan PKNS#MKLK pic.twitter.com/RFwi5viTov
— Selangor FC (@selangorfc) July 21, 2022
Namun, Selangor juga dilihat berpeluang untuk mengatasi Sabah sekiranya mereka berada dalam prestasi terbaik serta ketajaman Herlison Caion pastinya ditagih untuk meledak gol.
Mahu atau tidak, Selangor perlu memberi tumpuan penuh sepanjang perlawanan jika tidak mahu dikecewakan oleh Sabah yang dilihat sangat ampuh di segenap posisi musim ini.
Pemain tumpuan: Herlison Caion dan Park Tae-su
Sri Pahang vs Penang
Kedua pasukan tersebut menghadapi masalah konsistensi dalam aksi saingan Liga Super 2022 dan berada di kedudukan tercorot setakat ini.
Baik Sri Pahang atau Penang, keduanya juga sudah pun digantikan dengan tenaga kejurulatihan baharu untuk meningkatkan corak permainan serta memperbaiki kedudukan dalam carta liga.
Finally, Home 🏟#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/z7tbu3gAfM
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 22, 2022
Peluang terbaik sebenarnya buat kedua pasukan ini untuk membuktikan sesuatu dengan masing-masing berpeluang ke peringkat separuh akhir dan mengembalikan keyakinan buat para penyokong.
Pemain tumpuan: Manuel Hidalgo dan Adib Raop
Terengganu vs Kuching City
Atas kertas, segalanya dilihat berpihak kepada Terengganu berdasarkan kualiti pemain, corak permainan, serta pengalaman mereka untuk aksi suku akhir ini.
🎥 PROMO MATCH TERENGGANU FC vs KUCHING CITY FC #FAQUARTERFINAL 🏳️🏴
We didn't come this far to only come this far.#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite #TFCTV pic.twitter.com/scRXvGp8X6
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 22, 2022
Namun harus diingat, Kuching City juga mempunyai kekuatan tersendiri apabila dikendalikan oleh jurulatihan berpengalaman iaitu Irfan Bakti Abu Salim.
Perlawanan malam ini juga bakal mempertemukan dua penyerang kebangsaan Liberia iaitu Kpah Sherman yang mewakili Terengganu serta penyerang Kuching City, Abu Kamara.
Pemain tumpuan: Manuel Ott dan Abu Kamara
Melaka United vs Johor Darul Ta’zim (JDT)
Dijangka aksi ulangan seperti awal bulan ini kembali berulang dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit untuk mengetepikan lawan masing-masing.
Melaka United yang beraksi di laman sendiri dijangka mendapat sorakan padu daripada penyokong sendiri untuk memberi cabaran buat JDT meraih sesuatu positif.
PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA FA MALAYSIA 2022
MELAKA UNITED FC lwn JOHOR DARUL TA'ZIM
🗓 Sabtu, 23 Julai 2022
🏟 Stadium Hang Jebat, Melaka
🕘 9 malamDapatkan tiket awal secara online di https://t.co/rZOYWLRzZQ#NextMatch #PialaFA2022#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/kXJcUkAEpR
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) July 21, 2022
Namun, harus diingat sehingga kini JDT masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan dan diakui masih antara pasukan mempamerkan corak permainan yang berada di suatu tahap berbeza.
Dikhabarkan juga penyerang import JDT, Bergson da Silva Sudah pun pulih daripada kecederaan dan pastinya bakal dibawa turun untuk merobek gawang tuan rumah.
Pemain tumpuan: Adriano Narcizo dan Fernando Forestieri