Tampines Rovers akan melayan kunjungan gergasi dari Malaysia, JDT dalam perlawanan ke-3 Piala AFC, kumpulan H.
Prestasi semasa
Tampines dalam krisis prestasi yang teruk. Mereka tewas dalam 4 daripada 5 perlawanan terakhir. Tak menang daripada tempoh tersebut dengan hanya 1 seri.
Tampines setakat ini tewas dalam semua 4 perlawanan terakhir mereka. Mereka juga tewas dalam 2 perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala AFC 2018.
Untuk pasukan JDT pula, oleh kerana mereka adalah JDT, jadi, tewas 2 dan seri sekali daripada 6 perlawanan terakhir, bukan sesuatu yang cukup baik bagi penyokong mereka.
(nota editor: Keputusan menentang Sabah adalah seri dalam 90 minit)
Dalam kejohanan AFC pula, mereka dikejutkan oleh Song Lam Nghe An 2-0.
Ini adalah kedudukan semasa kumpulan H.
Pertemuan sulung
Ini adalah pertemuan sulung kedua-dua pasukan. Pasukan yang hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau ini pastinya ada semangat perseteruan tersendiri.
Fakta perlawanan
- Jika Tampines gagal menang hari ini, mereka akan menyamai rekod tak menang dalam 5 perlawanan pada Jun-Julai 2017
- Tampines tewas kesemua 3 perlawanan terakhir mereka dalam Piala AFC. Kali terakhir menang adalah menentang Felda United pada April 2017
- Kali terakhir JDT tewas 2 perlawanan berturut-turut dalam Piala AFC adalah pada 2009, ketika itu dengan nama Johor FC
Sebelum Wisel
Jika tewas perlawanan ini, secara matematiknya Tampines sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada Piala AFC.
JDT pula perlu menang untuk memastikan mereka kembali dalam landasan untuk mara ke pusingan seterusnya. Buat masa ini mereka terikat dengan Persija Jakarta.
Kejayaan menang ke atas Sabah dalam Piala FA lalu adalah tonik yang berharga untuk pasukan ini kembali fokus di dalam padang selepas kecelaruan di bilik persalinan.
Apapun, pasukan JDT masih dilihat pasukan pilihan utama untuk menang pertarungan ini. Tampines perlu melakukan kejutan untuk menewaskan pasukan Harimau Selatan.
Selamat maju jaya kepada JDT.