Previu: Pertemuan Serbia vs Switzerland Dibayangi Kisah Silam Perang Kosovo

Jerman, Brazil, Belgium, England, Sepanyol, Perancis, Argentina dan Portugal. Ini adalah pasukan ‘heavy weight’ yang dianggap sebagai pilihan setiap kali Piala Dunia.

Pasukan-pasukan di atas sentiasa menjadi pasukan pilihan anda dalam menzahirkan sokongan.

Siapakah yang berani mempertaruhkan Serbia atau Switzerland di Rusia 2018? Anda mungkin mempunyai sebab berbuat demikian sekarang.

Kedudukan terkini

Pertemuan di antara kedua-dua pasukan dianggap seimbang. Namun selepas Serbia menewaskan Costa Rica pada pertemuan pertama, tekanan pasti akan lebih milik Switzerland.

Ketika Serbia mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica pada perlawanan pertama peringkat kumpulan, Switzerland mengikat Brazil 1-1 untuk mengumpul 1 mata setakat ini.

Sumber: FIFA.com

Serbia bagaimanapun pasti mahu mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya lebih awal sebelum berhadapan dengan Brazil pada perlawanan akan datang.

Keunikkan skuad Serbia

Bola sepak Serbia mempunyai sejarah yang unik. Ditubuhkan pada 1919, pada mulanya bola sepak negara Balkan ini bernaung di bawah bendera Yugoslavia.

Selepas itu skuad kebangsaan Serbia bernaung di bawah nama Persatuan Bola Sepak Serbia pada 2003, sebelum nama badan bola sepak negara tersebut diubah kepada Persatuan Bola Sepak Serbia pada 2006.

Jika diperhatikan skuad Serbia pada hari ini, mereka dianggotai oleh tiga kumpulan pemain yang berbeza.

(Photo by Fatih Aktas/Anadolu Agency/Getty Images)

Nama-nama seperti Aleksandr Kolarov, Branislav Ivanovic dan juga Vladimir Stojkovic merupakan baki skuad Piala Dunia 2010 negara tersebut.

Kemudian Serbia turut memiliki barisan generasi emas berpengalaman yang dahaga untuk membuktikan sesuati di peringkat antarabangsa seperti Nemanja Matic, Adem Ljajic serta Dusan Tadic.

Skuad Serbia kemudiannya dilengkapkan dengan barisa pemain muda yang memiliki prospek hangat di pasaran pemain pasaran Eropah seperti Sergej Milinkovic-Savic dan juga Nikola Milenkovic di bahagian pertahanan.

Bahana Kosovo

Kosovo tidak mengambil bahagian di Piala Dunia 2018. Namun bagi rakyat bekas jajahan Serbia, perlawanan ini memberi emosi yang mendalam.

Tiga daripada anggota skuad Switzerland adalah anggota skuad Kosovo. Mereka adalah Valon Behrami (Udinese), Granit Xhaka (Arsenal), Xerdan Shaqiri (Stoke City) semuanya adalah pemain kelahiran Kosovo yang beraksi bersama Switzerland.

Ketiga-tiganya beraksi di dalam perlawanan pertama untuk membantu negara angkat mereka itu mengikat Brazil.

(Photo by Anton NovoderezhkinTASS via Getty Images)

Selain dariada Blerim Dzemaili, dua perttiga daripada skuad Switzerland ini mahir berbahasa Albania.

Untuk menjelaskan semua itu, kita harus menyemak kembali perang saudara yang berlaku di antara 1998-1999.

Seperti puluhan ribu yang lain ketika perang di antara puak pemisah etnik Albania Kosovo dengan pihak berkuasa Serbia, keluarga Behrami, Xhaka dan Shaqiri turut terpaksa melarikan diri ke Switzerland sebagai pelarian.

Pemain tumpuan

Lupakan prihal politik yang pernah dilalui Serbia dan Kosovo. Kami akan mengulas mengenai perkara tersebut dalam artikel yang akan datang.

Di dalam skuad Switzerland, tumpuan pastinya akan terarah kepada Xhaka dan Shaqiri.

(Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Secara keseluruhan, Switzerland adalah sebuah pasukan yang mantap dari segi teknikal dan taktikal- rahsia untuk mengikat Brazil.

Bagi skuad Serbia, mereka mempunyai skuad yang mantap namun pemain seperti Aleksandar Mitrović harus lebih tajam di bahagian hadapan dalam menyempurnakan peluang.

Penutup

Perlawanan ini sudahpun dibayangi oleh peperangan Kosovo. Bahana Kosovo pasti akan menjadikan perlawanan ini lebih panas dan menarik untuk disaksikan.

Apapun keputusan dalam perlawanan ini, kita psati mengharapkan perlawanan yang sengit dan menghiburkan untuk disaksikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN