Previu: Pertemuan Nigeria vs Iceland, ‘Viking Clap’ Mahu Terus Bergema Di Rusia

Iceland mencipta kejutan terbesar dalam perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan, apabila berjaya mengikat Argentina 1-1. Drama kejutan turut ditambah dengan tindakan heroic penjaga gol, Hannes Halldorsson menyelamatkan sepakan penalti Lionel Messi.

Bagi Nigeria, perlawanan pada malam ini adalah penentu kepada hala tuju saingan mereka di Rusia. Selepas tewas kepada Croatia dalam perlawanan pertama, perlawanan menentang Iceland adalah perlawanan wajib menang.

Rekod buruk Nigeria

Tekanan pasti mulai dirasai di kalangan pemain dan staff kejurulatihan pasukan Nigeria.

Kekalahan bermakna pertemuan terakhir peringkat Kumpulan D Piala Dunia 2018 sekadar pelengkap jadual.

Nigeria memiliki statistik yang buruk di dalam Piala Dunia. Di dalam 13 perlawanan terakhir di pusingan akhir, mereka hanya mencatatkan satu kemenangan.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Kemenangan terakhir diperolehi di Brazil empat tahun yang lalu dalam saingan peringkat kumpulan apabila gol tunggal Peter Odemwingie memastikan kemenangan 1-0 ke atas Bosnia Herzegovina.

Selain itu, Nigeria hanya mampu seri 3 perlawanan dan tewas 9 yang lain.

Mampukah Nigeria bangkit daripada rekod buruk untuk menyelamatkan kempen mereka di Rusia 2018?

Iceland bukan lagi ‘underdog’

Selepas apa yang mereka lalui sejak Euro 2016, gelaran pasukan ‘underdog’ atau pasukan bukan pilihan sudah tidak lagi relevan buat pasukan Iceland.

Namun demikian, Iceland belum mempunyai ramuan untuk digelar sebagai pasukan pilihan kejohanan. Gelaran yang lebih tepat ialah ‘kuda hitam’- sebagaimana mereka membuktikan diri menjadi duri kepada pasukan gergasi dunia seperti England dan juga Argentina.

Kejayaan negara dari sebuah kepulauan kecil di bahagian Atlantik Utara ini sering dikaitkan dengan populasi penduduk negaranya, dan juga pemain bertaraf amatur di dalam pasukan.

(Photo credit should read FRANCISCO LEONG/AFP/Getty Images)

Namun sebenarnya kebangkitan bola sepak Iceland sudah kelihatan agak lama. Di peringkat kelayakan Piala Dunia 2014 mereka melayakkan diri ke peringkat play-off; hanya untuk dinafikan Croatia untuk ke Brazil.

Euro 2016 menjadi pemangkin untuk pemain-pemain mereka berhijrah menyertai kelab-kelab utama di Eropah.

“Kami tidak berpendapat kami lebih baik daripada Nigeria. Kami tahu kekuatan dan keupayaan kami. Apa yang penting ialah untuk mempergunakan apa yang ada sepenuhnya untuk memburu kejayaan,” ujar jurulatih, Hemir Hallgrimsson kepad FIFA TV.

Tanpa pemain bintang dunia berstatus elit, aset utama yang harus digeruni oleh lawan ketika berhadapan Iceland ialah kesungguhan, disiplin, keinginan, harapan dan ‘Viking clap’.

Taktikal

Nigeria beraksi menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Wilfred Ndidi dan Oghenekaro Etebo sebagai dua pemain tengah.

Bekas pemain Chelsea, John Obi Mikel berperanan sebagai No.10, sementara Victor Moses dan Alex Iwobi memberi sokongan dari bahagian sayap untuk penyerang tunggal Odion Ighalo.

(Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Walaupun berasaskan sistem taktikal moden, pasukan Nigeria ini mempunyai masalah di dalam mengawal penguasaan bola, dan saling tidak berhubungan (disjointed) di antara posisi.

Perkara ini jelas dalam perlawanan persahabatan menentang England, sebelum dihukum Croatia. Ia adalah aspek utama yang perlu diperbaiki untuk berhadapan Iceland.

Apapun formasi yang bakal dipergunakan Iceland untuk berhadapan Nigeria, kami yakin corak pertahanan kompak akan terus menjadi sandaran pasukan ini.

Taktik bertahan ‘parking bus’ oleh Iceland turut mendapat pujian daripada Jose Mourinho.

Ketika mengikat Argentina, Mourinho menyatakan kita tidak boleh meminta lebih daripada Iceland, kerana mereka sudah bermain pada had kemampuan mereka.

“Mereka hari ini, jika saya perlu gambarkan dengan perkataan, ‘mereka kompak’.”

Di fasa bertahan, Iceland boleh meletakkan sehingga 9 pemain termasuk penjaga gol untuk berada padat di dalam kotak penalti.

Iceland juga sangat bahaya ketika melakukan serangan balas dan dalam gerakan set-pieces.

Pemain tumpuan

Di kem Nigeria, pemain-pemain yang lebih berpengalaman seperti John Obi Mikel, Victor Moses dan Alex Iwobi seharusnya bangkit untuk memberi inspirasi kepada pasukan.

Tiga pemain ini pernah beraksi bersama kelab utama di Liga Inggeris dan Eropah, dan sepatutnya menjadi tulang belakang kepada Nigeria.

(Photo by PIUS UTOMI EKPEI / AFP) (Photo credit should read PIUS UTOMI EKPEI/AFP/Getty Images)

Pemain tengah Everton, Gylfi Sigurdsson adalah pemain bintang di dalam pasukan Iceland. Mempunyai kebolehan teknikal yang baik, kepantasan, dan bahaya di situasi bola mati adalah ancaman utama pemain ini.

Namun Iceland tidak hanya bersandar kepada seorang pemain. Mereka bergerak sebagai sebuah unit di setiap fasa permaianan, sama ada menyerang ataupun ketika bertahan.

Rumusan

Adakah kita akan menyaksikan Iceland mencipta satu lagi sejarah layak ke pusingan kedua dalam penampilan pertama mereka di Piala Dunia ini?

Atau adakah Nigeria akan berjaya mengubah nasib mereka melalui perlawanan ini? Sama-sama kita nantikan dalam perlawanan yang akan bermula jam 11 malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN