Previu: 4 Fakta Pertemuan Mesir vs Uruguay Dan Bahana Hari Lahir Mo Salah

Perlawanan kedua Kumpulan A kini tertumpu kepada Mesir dan juga Uruguay. Di atas kertas, juara dunia dua kali Uruguay bukan tandingan Mesir.

Ini adalah kali ketiga Mesir berjaya ke pusingan akhir Piala Dunia dalam sejarah bola sepak mereka. Namun demikian, perlawanan ini mempunyai sebab tersendiri untuk menjadi perlawanan tumpuan pada malam ini.

1. Selamat hari lahir Mo Salah

Hari ini Mesir akan membuka tirai kempen mereka di Piala Dunia. Istimewanya juga, hari ini juga adalah hari kelahiran ke-26 buat bintang Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah.

Menariknya, hari ini juga adalah 1 Syawal, dan ia pastinya menjadi hari yang istimewa buat Salah untuk meraikan Eid Mubarak dan hari kelahiran pada hari yang sama.

Egypt’s forward Mohamed Salah (C) listens to coach Hector Raul Cuper (front 3rd L) as he gives instructions during a training session at Ekaterinburg Stadium in Ekaterinburg on June 14, 2018, a day ahead the team’s Russia 2018 World Cup Group A opening football match against Uruguay. (Photo by JORGE GUERRERO / AFP) (Photo credit should read JORGE GUERRERO/AFP/Getty Images)

Hadiah buat Salah? Jurulatih Mesir, Hector Cupper mengesahkan penyerang sayap Liverpool dan  juga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu hampir 100% cergas.

Ini juga bermakna Salah juga hampir pasti akan beraksi dalam perlawanan menentang Uruguay, walaupun mungkin akan dimasukkan sebagai pemain gantian.

2. Pengalaman Uruguay

Jika faktor pengalaman dijadikan perbezaaan, Uruguay mempunyai kelebihan yang ketara di atas kertas.

Tatkala jurulatih Mesir, Hector Cuper melakukan penampilan sulung di Piala Dunia sebagai jurulatih, rakan sejawat beliau di Uruguay, Oscar Tabarez tampil untuk edisi keempat sepanjang karier kejurulatihan beliau.

(Photo by MIGUEL ROJO / AFP) (Photo credit should read MIGUEL ROJO/AFP/Getty Images)

Selain daripada edisi 2018 di Rusia ini, Tabarez turut membimbing Uruguay di Piala Dunia untuk edisi 1990 di Itali, dan juga edisi 2010 di Afrika Selatan, 2014 di Brazil.

Uruguay juga mempunyai empat pemain di dalam senarai 23 pemain yang memiliki lebih dari 100 penampilan antarabangsa, tidak termasuk penjaga gol, Fernando Muslera (97) dan juga Luis Suarez (98).

3. Taktikal

Di bawah kendalian Héctor Cúper, Mesir dibina untuk melakukan corak permainan ultra-defensive.

Berpaksikan sistem 4-2-3-1, sistem bola sepak Mesir oleh Cúper bersandarkan kekuatan kepada dua pemain pertahanan tengah, yang biasa diisi oleh pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny dan juga Tarek Hamed.

(Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Bertahan tidak bermakna tidak menyerang. Tumpuan pastinya akan terarah kepada Mohamed Salah. Tetapi seorang lagi bintang yang harus diberikan tumpuan ialah  Mahmoud Hassan “Trezeguet”.

Memiliki antara dua nama besar di jentera serangan, Oscar Tabarez pula akan menyandarkan formasi pasukan kepada sistem yang lebih klasik, iaitu 4-4-2.

(Photo credit should read PABLO PORCIUNCULA/AFP/Getty Images)

Selain daripada untuk menggandingkan Luis Suarez dan Edinson Cavani di bahagian hadapan, sistem oleh Tabarez bertujuan untuk mengelakkan lawan menguasai bahagian tengah dengan sistem pertahanan yang kompak antara dua blok pertahanan.

Tabarez turut bijak menggunakan peranan pemain di bahagian sayap untuk di fasa serangan Uruguay, yang wajar diberikan perhatian oleh Mesir.

4. Pemain tumpuan

Lupakan nama pemain-pemain bintang yang akan beraksi di dalam perlawanan ini. Nama-nama seperti Suarez, Cavani dan Salah sememangnya kita sudah ketahui kemampuan mereka.

Antara nama di dalam skuad Uruguay yang mencuri tumpuan kami ialah pemain tengah Real Madrid,Federico Valverde; bintang Sampdoria, Lucas Torreira; dan pemain tengah Juventus, Rodrigo Bentancur.

(Photo by Alessandro Sabattini/Getty Images)

Di antara tiga nama ini, salah seorang daripada mereka pasti akan menjadi pilihan Tabarez untuk digandingkan bersama Matias Vecino. Siapa pun yang terpilih, ia pasti menarik untuk menyaksikan pemain muda untuk membuktikan kebolehan mereka di pentas tertinggi.

Di kem Mesir, tumpuan pasti akan diberikan kepada penjaga gol Essam El Hadary. Beliau dijangka akan berada di hadapan gawang untuk perlawanan ini, sekaligus mencipta sejarah sebagai pemain tertua yang beraksi di pusingan akhir Piala Dunia (45 tahun, 151 hari).

Jika Salah tidak dapat diturunkan beraksi, bintang Arsenal, Mohamed Elneny mempunyai peranan besar dalam memberikan kestabilan dan juga keyakinan kepada kesebelasan utama Mesir di atas padang.

(Photo credit should read ISSOUF SANOGO/AFP/Getty Images)

Selepas perlawanan menentang CSKA Moscow pada April lalu, Wenger berkata:

“Elneny adalah pemain yang sangat disenangi oleh setiap rakan sepasukan di sini. Di Moscow, beliau beraksi membantu bahagian pertahanan, kemudiannya ke tengah, dan selepas itu menghasilkan bantuan gol.”

“Elneny adalah pemain yang sanggup bekerja keras. Saya berpendapat beliau akan menjadi pemain yang lebih bagus di masa hadapan,” jelas Wenger ketika menjelaskan potensi pemain tengah Mesir tersebut.

Sebelum sepak mula

Selepas Rusia berjaya memperolehi tiga mata pertama selepas membelasah Arab Saudi 5-0, Uruguay dan Mesir pasti tidak mahu ketinggalan untuk berada sebagai dua pasukan teratas Kumpulan A pada pusingan pertama ini.

Di atas kertas, Uruguay memiliki segala ramuan. Namun negara Amerika Selatan ini tidak pernah menang dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia sejak 6 edisi Piala Dunia yang lalu.

Bagi Mesir, ia adalah mengenai kesungguhan, keyakinan, semangat untuk mencipta sejarah dan juga Mohamed Salah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN