Previu: Pertarungan ‘High Pressing’ Di Anfield Antara Liverpool Dan Chelsea

Jurgen Klopp dan Maurizio Sarri akan bertemu pada hari ini dalam saingan Piala Carabao.

Gegenpressing vs Sarriball

Secara asasnya, 2 taktikal ini berpegang pada falsafah ‘high pressing football’. Chelsea dan Liverpool berada dalam prestasi terbaik mereka pada permulaan musim ini.

Di antara mereka ada 11 kemenangan liga daripada 12 perlawanan. Chelsea hanya terlepas 2 mata pada perlawanan menentang West Ham minggu lalu.

Liverpool pula memenangi kesemua perlawanan liga mereka setakat ini. Dan mereka mencatatkan permulaan terbaik dalam sejarah kelab mereka.

Sarri dan Liverpool menekankan pressing di dalam bola sepak mereka. Itu memang nadi penting untuk taktikal moden.

Sarri menyatakan yang beliau memang cuba membentuk Chelsea menjadi pasukan seperti Liverpool. Dan beliau berpendapat, ianya memerlukan setahun untuk mereka melakukannya.

Bola sepak yang membina serangan dengan baik dari bawah, menekan lawan di garisan tinggi.

Dari segi pertahanan, kedua-dua pasukan ini sangat baik buat ketika ini. Namun pertarungan di tengah akan menjadi sandaran utama.

Liverpool

The Reds setakat ini sudah menjaringkan 17 gol dan 4 clean sheets dalam kesemua perlawanan mereka.

Mereka hanya menggunakan 16 pemain untuk EPL dan UCL. Klopp membayangkan yang beliau akan melakukan sedikit rotasi tetapi tetap komited untuk menurunkan kesebelasan terbaik untuk perlawanan ini.

Liverpool memiliki squad depth yang lebih baik pada musim ini dengan adanya pemain seperti Fabinho, Sturridge Naby Keita dan Xherdan Shaqiri.

NEWARK, NJ – JULY 26: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Xherdan Shaqiri and Divock Origi of Liverpool during a training session at the Red Bull Training Centre on July 26, 2018 in Newark, New Jersey. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Mohamed Salah pula kelihatan sudah menemui sentuhan gol beliau dalam perlawanan sebelum ini.

Klopp juga membayangkan yang Dejan Lovren mungkin akan turun beraksi pada malam ini.

Chelsea

Maurizio Sarri pula menyatakan yang beliau akan menggunakan Piala Carabao untuk memberikan peluang kepada lebih ramai pemain lagi terlibat dalam aksi pasukan utama.

Adaptasi kepada taktikal adalah penekanan utama pengendali Chelsea ini.

Eden Hazard dijangka akan diturunkan pada perlawanan ini selepas diberikan rehat pada tugasan UEL. Hazard bermain dalam perlawanan menentang West Ham sebelum ini.

Chelsea sudah menggunakan 19 pemain mereka dalam kesemua pertandingan setakat ini. Gary Cahill antara pemain yang berharap mendapat lebih minit perlawanan bersama Chelsea.

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Kerisauan Chelsea pastinya kepada Alvaro Morata yang masih belum mendapat keyakinan belia di dalam padang.

Namun Olivier Giroud antara watak yang tidak digemari oleh penyokong Liverpool.

Giroud merasakan 2 perlawanan menentang Liverpool selepas ini (dalam piala liga dan EPL) akan menjadi ujian sebenar pasukan Chelsea.

Chelsea berhadapan dengan krisis kecederaan dan kecergasan beberapa pemain. Nampaknya ini mungkin peluang untuk beberapa pemain muda masuk ke dalam pasukan utama.

Rekod pertemuan

Ini adalah pertemuan ke-180 dalam sejarah 2 kelab ini. Liverpool menang 77 dan Chelsea menang 62 daripadanya.

Namun Chelsea menjadi pasukan yang sukar untuk Klopp sebelum ini. Chelsea tak kalah dalam 3 pertemuan terakhir menentang Liverpool.

Kali terakhir Liverpool menang ke atas Chelsea adalah pada September 2016, kemenangan 2-1 di Stamford Bridge.

Pemain tumpuan

Xherdan Shaqiri (Liverpool)

Pemain ini beraksi 45 minit dalam perlawanan hujung minggu lalu. Kami menjangkakan Shaqiri akan turun beraksi dalam perlawanan.

Beliau sentiasa menunjukkan impak dalam padang setiap kali diturunkan.

Jorginho (Chelsea)

Sarri mungkin akan melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama, namun Jorginho mungkin nama yang tidak akan diusik buat masa ini.

Ini kerana Sarri masih cuba membentuk pasukan ini berasaskan pivot yang beliau mahukan. Jorginho adalah ‘core’ kepada sistem permainan mereka.

Sebelum wisel

Ini adalah pertarungan yang kami tak mahu lepaskan. Pasukan mana yang akan menang dan mara ke pusingan seterusnya?

Sesiapa sahaja pemain yang diturunkan, aspek kefahaman dan fungsi setiap pemain dalam taktikal akan menjadi mustahak.

Sebelum ini Sarri sudah berhadapan dengan Pep Guardiola, dan beliau banyak sekali menjadikan perlawanan itu sebagai bahan dan rujukan pemain untuk memperbaiki pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN