Felda United berkunjung ke Kota Bharu untuk meneruskan usaha mengejar JDT dalam persaingan liga. Kelantan mahu meneruskan rentak kemenangan berberapa hari yang lepas.
Ini adalah perlawanan yang dijangka akan mempetaruhkan kekuatan serangan dan juga kemampuan untuk mengurangkan kesilapan yang berisiko.
Kedudukan Semasa
Prestasi Semasa (6 Perlawanan Terakhir)
[table]
Pasukan,Peratusan Kemenangan,Ratio Gol/perlawanan,Ratio Bolos/perlawanan ,
Kelantan,50%,1.83,1.00,
Felda United,83%,1.67,0.83,
[/table]
Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir)
Kelantan menang: 0 (0%)
Felda United menang: 2 (33%)
Seri: 4 (67%)
Fakta Perlawanan
- Kelantan hanya tewas sekali dalam 7 perlawanan terakhir
- Felda telah menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka berturut-turut
- 4 daripada 6 kemenangan terakhir Felda United adalah dengan jaringan 2-1
- Kelantan masih belum pernah menang ke atas Felda United sejak 2013
- Sejak 2014, masih belum ada pasukan yang menjaringkan lebih daripada 2 gol dalam perlawanan ini
- Felda telah menang 4 perlawanan berturut-turut di tempat lawan
Karakter Pasukan
Kelantan
- Serangan melalui tengah dan sayap kanan
- Gemar mencipta peluang melalui through passes
- Bermain agak agresif
- Counter attacking footbal
Felda United
- Menyerang dari arah kiri
- Bermain dengan corak bertahan dan counter attack
- Bermain agresif
- Mencipta peluang melalui hantaran lintang
- Mempertahankan gol pendahuluan
Kekuatan
Kelantan
- Kelajuan bila melancarkan counter attack
- Klinikal di depan gol
- Bertahan berdepan pemain berskil
Felda United
- Kekuatan duel di udara
- Menyudahkan set-pieces
- Bertahan dengan agresif
Potensi Kelemahan
Kelantan
- Mengeluarkan hantaran lintang/bola tinggi
- Pemain kerap hilang bola
- Isu kreativiti menentang pasukan yang mengamalkan corak bertahan dan agresif
- Kerap melakukan foul di sekitar kotak penalti
- Goalkeeper errors yang boleh mencetuskan gol oleh pihak lawan
Felda United
- Kadangkala bermain terlalu agresif yang membawa kepada risiko kad disiplin
- Bertahan berdepan dengan pemain yang berskil
Pemain Tumpuan
Morgaro Gomis (Kelantan)
Pemain yang bertenaga di defesive midfielder ini akan menggalas tugas penting untuk memutuskan rantaian pemain tengah Felda dan serangan mereka.
Gomis juga jelas menjadi pemain yang penting dalam memberikan dimensi baru kepada aspek perlindungan back 3 atau back 4 Kelantan.
Christie Jayaseelan (Felda United)
Christie adalah pemain yang ada kelajuan untuk menggerakkan serangan dari arah sayap. Beliau sentiasa menjadi masalah kepada mana-mana pertahanan sekiranya beliau dalam prestasi terbaik.
Sebelum Wisel
Perlawanan ini akan lebih tekanan kepada Felda United. Ini kerana mereka lebih memerlukan 3 mata berbanding dengan pihak lawan mereka.
Taktikal Irfan Bakti adalah memfokuskan aspek defensif dan menyempurnakan peluang. Mereka ada kemampuan untuk melindungi gol pendahuluan mereka dengan kualiti back 4 yang mereka ada.
Kelantan dalam proses adaptasi kepada tatikal Popov. Namun mereka tetap berjaya mencipta berberapa kemenangan penting.