Kedua dua pasukan melakukan revival dalam kempen kali ini dengan melantik pengendali baru. Perak melantik Karl Heinz Weigang manakala Terengganu melantik jurulatih interim, Mustaffa Kamal Wahab.
Terengganu berada di tempat ke-7 manakala Perak masih lagi di zon penyingkiran.
Prestasi Semasa 6 Perlawanan Terakhir
Rekod 6 Pertemuan Terakhir
Perak menang: 17%, Terengganu menang:50%, Seri: 17%
Fakta Perlawanan
- Perak mengakhiri 4 kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 4-1 ke atas PKNS pada 19 Julai lalu
- Terengganu mengakhiri 4 rentetan tanpa menang dengan kemenangan 1-0 ke atas Felda pada 20 Julai lalu
- Terengganu masih belum tewas dalam 7 perlawanan terakhir menentang Perak
- Terengganu menang dalam 2 kunjungan terakhir mereka ke Ipoh
Karakter Pasukan
Perak
- Gemar menyerang melalui sayap kanan
- Gemar melakukan quick counter attack dari bahagian sayap
- Kurang agresif
- Mencipta peluang melalui hantaran lintang
Terengganu
- Serangan banyak berpusat dari arah kanan
- Pemain cenderung melakukan cubaan jaarak jauh
- Gemar mencipta peluang dengan through passes
- Kurang agresif
Kekuatan Pasukan
Perak
- Kelajuan di bahagian sayap kiri
- Memiliki extra goalscorer selain penyerang utama
- Ancaman dari sepakan penjuru dan bola mati
Terengganu
- Ancaman menerusi cubaan jauh dan juga sepakan bebas
- Pemain serangan memiliki teknikal yang baik
Potensi Kelemahan
Perak
- Lemah dalam mengekalkan clean sheet
- Lemah berhadapan pertahanan yang agresif
- Lemah berhadapan dengan pemain berskil dan laju
- Lemah mengeluarkan ancaman bola tinggi
- Lemah menangani counter attack
Terengganu
- Individual & defensive errors
- Lemah melindungi gol pendahuluan dan mengekalkan clean sheet
- Kerap melakukan foul di kawasan bahaya
Pemain Tumpuan
Elias Fernandes (Perak)
Penyerang yang boleh beroperasi sebagai penyerang tengah mahupun penyerang sayap ini sentiasa menjadi ancaman pasukan lawan walau bagaimana sekalipun prestasi Perak.
Dengan pasukan Terengganu yang kerap bermasalah mengawal serangan dari sayap, Ellias adalah ancaman yang harus diberikan perhatian oleh Terengganu.
Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu)
Tak pasti sama ada beliau akan bermula atau tidak. Namun beliau antara sandaran Terengganu untuk beroperasi di atas dengan kekurangan pilihan di bahagian serangan.
Diharap keyakinan beliau akan berterusan selepas menjaringkan gol ke atas Felda tempoh hari.
Sebelum Wisel
Ini adalah perlawanan penting untuk mereka meneruskan momentum kemenangan. Penyokong kedua dua pasukan tahu kemenangan sebelum ini tidak menjamin apa apa potensi yang kedua dua pasukan benar benar pulih, ia cuma keputusan yang penting untuk mengorak langkah seterusnya.
Perak dan Terengganu berdepan dengan krisis taktikal yang agak teruk musim ini. Kedua dua pasukan gagal beraksi konsisten. Malam ini dijangka akan menjadi perlawanan terbuka!
Baca juga: Previu Liga Super Malaysia (Matchday 14): Mampukah Felda United Terus Mengejar JDT?