Manchester United akan menanti kunjungan Southampton di Old Trafford untuk cuba mencatat kemenangan kedua selepas menang ke atas Bournemouth pada perlawanan pembukaan.
Ini adalah perlawanan home pertama Jose Mourinho. Manakala, pemain box office-Paul Pogba pula dijangka akan membuat debut kedua bersama Manchester bulan ini.
Manchester United
United seakan-akan sudah melepaskan kemurungan musim lalu dengan berberapa faktor yang menyatukan mereka. Antaranya adalah watak Ibrahimovic.
United juga memenangi perlawanan pembukaan liga dengan cara yang sensasi apabila Ibrahimovic menjaringkan gol yang menakjubkan.
Skuad yang ada pada hari ini mungkin tidak ada penambahan lagi selepas Jose Mourinho menyatakan beliau cuma akan melakukan 4 pembelian sahaja.
Southampton
Bos baru mereka Claude Puel, sekadar berpuas hati dengan keputusan seri pada perlawanan pertama mereka.
Puel berjaya membawa masuk Pierre-Emile Hojbjerg dari Bayern Munich,Redmond, Jeremy Pied dan Alex McCarthy.
Namun mereka dikatakan dalam usaha untuk memastikan Jose Fonte akan kekal selepas berberapa pasukan besar mulai dikaitkan dengan Juara Eropah itu.
Perkembangan Pasukan
- Paul Pogba boleh bermain dalam perlawanan ini selepas menjalani penggantungan 1 perlawanan.
- Pemain antarabangsa England Chris Smalling juga kembali dari penggantungan, namun Blind dan Bailly mungkin akan menjadi pilihan utama buat masa ini kerana Smalling kekurangan perlawanan pra-musim.
- Fonte dijangka akan kembali beraksi selepas tidak terlibat dalam perlawanan menentang Watford.
Rekod Pertemuan
Ini adalah peretemuan ke-119 antara Man United dan Southampton dalam semua pertandingan. The Red Devils telah memenangi 61 daripada 118 perlawanan.
Southampton pula merekodkan 28 kemenangan dan lagi 29 perlawanan adalah seri.
Namun begitu, The Saints telah mencatakan kemenangan 1-0 back to back di Old Trafford di EPL dalam 2 musim berturut-turut.
Malah, Man United masih gagal menewaskan Southampton di Old Trafford dalam Liga Perdana sejak Januari 2013. Namun begitu, United telah menang dalam dua lawatan terakhir mereka ke St Mary .
6 pertemuan terakhir mereka berakhir dengan kedua dua pasukan masing masing menang 2 dan seri 2 kali.
Fakta Menarik
Carlos Puel adalah pengurus Lille yang mengarahkan anak-anak buahnya meninggalkan padang selepas sepakan percuma kontroversi Ryan Giggs dalam pertembungan UCL 2007.
Pemain Tumpuan
Eric Bailly (Manchester United)
Beliau adalah kereta kebal baru dalam pasukan ini. Diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan sebelum ini. Ini adalah perlawanan yang lebih sukar untuk Bailly dan United.
Fraser Forster (Southampton)
Penjaga gol Southampton ini dijangka akan menjadi salah satu faktor penting untuk menghalang United dalam usaha mereka mencuri sebarang mata dari Old Trafford.
Kesebelasan Utama Kemungkinan
Sebelum Wisel
Ia adalah pertembungan 2 pengurus baru dalam pasukan masing-masing. Puel berdepan dengan kehilangan beberapa pemain penting mereka.
Mourinho optimis Paul Pogba akan terlibat dalam perlawanan ini. Wayne Rooney antara figura yang akan menjadi tumpuan, sama ada beliau masih mampu menjadi pemain utama dalam skuad United.
Ia perlawanan yang dijangka akan didominasi oleh United. Namun 2 musim terakhir, Southampton berjaya meraikan kemenangan di sini.