Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Previu Pemain Tumpuan: Safawi Rasid Penyerang Sayap Malaysia

Safawi Rasid telah menikmati musim yang sangat baik di peringkat domestik.

Beliau juga menjadi pemain terbaik dalam aksi final Piala Malaysia sebelum ini yang merupakan salah satu aksi terbaik secara individu.

Seterusnya beliau juga merupakan penjaring kemenangan dalam aksi persahabatan terakhir pasukan Malaysia menentang Tajikistan.

Berikut adalah 5 perkara kami gariskan tentang Safawi Rasid menjelang aksi menentang Thailand dalam kelayakan Piala Asia/Piala Dunia.

1. Penjaring utama

Safawi Rasid merupakan penjara utama untuk pasukan Malaysia yang ada ini. Walaupun beliau bukanlah pemain nombor sembilan namun beliau menjadi penjaring gol dengan cara beliau tersendiri.

Safawi Rashid merupakan pemain penyerang sayap songsang yang menggemari sistem permainan yang membolehkan beliau melakukan cut inside and shot.

Foto: FAM

Beliau merupakan pemain yang lebih mengutamakan ketepatan dalam rembatan berbanding kekuatan sepakan.

2. Kualiti teknikal

Safawi Rasid memiliki kualiti teknikal yang baik. Beliau boleh menggelecek serta memiliki kepantasan yang mampu menewaskan pertahanan lawan.

Ketika berhadapan dengan situasi untuk menjaringkan gol Safawi Rasid mempunyai ketenangan.

Selain daripada kualiti ketika permainan terbuka beliau juga memiliki kualiti untuk situasi bola mati.

3. Prestasi semasa

Peminat pasukan Malaysia pastinya mengharapkan Safawi Rasid dapat meneruskan prestasi semasa beliau yang baik.

Beliau kelihatan sedang menikmati kerja-kerja menjaringkan gol sama ada dalam perlawanan di peringkat domestik dan juga di peringkat antarabangsa.

Diharap mood beliau itu akan terus membantunya pada malam ini.

4. Cabaran

Namun cabaran utama untuk Safawi Rasid adalah apabila beliau Mungkin digunakan sebagai pemain sayap kiri.

Terdapat kecenderungan sebelum ini oleh Tan Cheng hoe untuk menggunakan beliau sebagai pemain sayap kiri bagi membolehkan Mohamadou Sumareh bermain di sebelah kanan.

Sumareh, Azam Azih, Safawi Rasid

FOTO: FAM

Jadi apabila berada di sebelah kiri Beliau akan berada di posisi yang sukar untuk melakukan cut inside dan shot.

Seterusnya harus diakui Safawi Rasid pastinya akan menjadi tumpuan oleh pasukan lawan. Dan beliau pastinya patut sudah ada jangkaan tentang bagaimana pertahanan lawan melayan beliau.

5. Kematangan

Dalam masa beberapa tahun ini Safawi Rasid merupakan antara pemain yang menunjukkan kematangan beliau dalam aksi di atas padang.

Beliau cepat untuk menjadi pemain utama dalam pasukan senior Harimau Malaya pada usia yang muda.

Kredit juga kepada jurulatih beliau sejak di peringkat akar umbi remaja, kelab, pasukan belia kebangsaan dan sebagainya.