Info perlawanan
- PKNP FC lawan Melaka United
- Stadium Majlis Pembandaran Manjung
- 13 April 2019
- 9 malam
PKNP FC turun dalam perlawanan menentang Melaka United malam ini dalam misi yang cukup jelas – menang.
Mereka yang hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja dari zon penyingkiran dan jika mereka tergelincir malam ini di tangan Melaka United, FELDA United yang berada di belakang sedia untuk memintas.
Bagi Melaka United, malam ini merupakan perlawanan penting untuk mereka mendapatkan 3 mata untuk terus mendekati kelompok atasan liga.
Dengan Selangor telah mencicirkan mata semalam di Shah Alam, jurang mata antara Melaka United dengan mereka semakin kecil.
54' | GOL KEDUA PATRICK REICHELT
@MelakaUnitedSA berjaya menyamakan kedudukan menentang @FASelangorMy sekali lagi melalui tandukan Patrick Reichelt.#LigaSuper2019#MELSEL#MFLLive pic.twitter.com/orEDbTT06o
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Berkelebihan
Jika diikutkan pada prestasi semasa, boleh dikatakan PKNP FC mempunyai sedikit kelebihan untuk memenangi perlawanan malam ini.
Mereka mungkin hanya mengutip 6 mata sahaja daripada 5 perlawanan terakhir, namun corak prestasi mereka memberikan keyakinan buat pasukan itu untuk menang.
Dalam rekod itu, PKNP FC telah memenangi 2 perlawanan terakhir mereka sebelum aksi pada malam ini.
46' | GOL KEDUA GIANCARLO
Giancarlo berjaya menjaring gol kedua beliau menentang @FCTerengganu malam ini di Kuala Terengganu dalam minit pertama separuh masa kedua.#LigaSuper2019#TERPKNP#MFLLive pic.twitter.com/l3VxVMM3dk
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Pastinya, mereka mahukan kemenangan ketiga berturut-turut untuk menjauhkan diri dari zon penyingkiran liga.
Bagi Melaka United, mereka turut mencatatkan 3 kekalahan dalam 5 perlawanan terakhir.
Apa yang membuatkan mereka menjadi pasukan bukan pilihan untuk malam ini adalah mereka cuma mencatatkan 1 menang dan 1 seri.
Melaka United cuma boleh untuk berharap kepada rekod baik mereka menentang PKNP FC sahaja untuk dijadikan sebagai sandaran malam ini.
Untuk rekod, mereka memenangi kedua-dua perlawanan menentang pasukan dari Perak itu pada saingan liga musim lalu.
Melaka United menang 2-0 di Hang Jebat sebelum menewaskan pasukan PKNP FC sekali lagi di laman sendiri dengan jaringan 1-2 pada musim lalu.
Sebelum sepak mula
Kedua-dua pasukan mempunyai misi yang sama untuk menang dengan harapan dapat menjauhkan diri dari zon penyingkiran dan satu lagi untuk mendekati zon atasan liga.
Di atas kertas, Melaka United mempunyai skuad yang lebih baik dengan himpunan pemain berpengalaman.
Namun, PKNP FC dengan prestasi yang semakin baik tidak mahu cabaran mereka dipandang enteng.
Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.