Info perlawanan
- FELDA United lawan Kuala Lumpur
- Stadium Tun Abdul Razak, Jengka
- 13 April 2019
- 9 malam
Saingan ke-9 untuk Liga Super Malaysia (MSL2019) disambung lagi pada malam ini apabila FELDA United menerima kunjungan Kuala Lumpur di Jengka.
Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan hadir dengan rekod yang berbeza pada perlawanan lepas.
FELDA United, seperti yang kita tahu, mengalami ribut dalam perlawanan lalu apabila tragedi di Larkin minggu lalu menjadi igauan.
3 kad merah yang dilayangkan kepada mereka telah menyebabkan skuad FELDA United mengalami masalah untuk berdepan dengan Kuala Lumpur malam ini.
Mereka kehilangan 2 tonggak utama iaitu Hadin Azman dan juga Thiago Junio yang dibuang padang selain Zahril Azri yang turun menerima nasib yang sama.
FT' | JDT TUMPASKAN THE FIGHTERS DALAM 5 MINIT TERAKHIR
4 gol terhasil dalam minit-minit terakhir di Larkin untuk memberikan kemenangan 3-1 kepada Harimau Selatan sebagai tuan rumah. Masa penuh@OfficialJohor 3-1 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#JDTFEL pic.twitter.com/tCi8FGjuy2
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 5, 2019
Oleh itu, pastinya Nidzam Jamil mengalami kegusaran dalam menyediakan kesebelasan utama terbaik untuk diturunkan dalam saingan malam ni.
Bagi Kuala Lumpur, mereka dalam misi untuk meneruskan rentak kemenangan yang berjaya diperoleh pada minggu lalu di Cheras.
Moral pasukan pastinya dalam keadaan yang terbaik apabila mereka berjaya mencipta kejutan menewaskan Kedah di laman sendiri untuk terus mendaki carta liga.
49' | GOL DE PAULA
Guilherme de Paula berjaya menjaring gol pertama beliau dalam Liga Super untuk meletakkan @kualalumpurfa di hadapan menentang @official_kfa.#LigaSuper2019#KLKED#MFLLive pic.twitter.com/oLSBY01vZh
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 6, 2019
Ke mana mereka akan pergi?
Untuk rekod, pertemuan FELDA United-Kuala Lumpur ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan selepas hampir 7 tahun dalam saingan liga.
Kali terakhir mereka berjumpa pada saingan liga adalah pada tahun 2012 dengan kedua-dua pertemuan dimenangi oleh pasukan berpengakalan di Jengka ini.
FELDA United memenangi perlawanan dengan jaringan 1-0 di laman sendiri dan menang 4-0 di laman lawan pada ketika itu.
Namun pada malam ini, sejauh mana 3 mata akan membawa pemiliknya di dalam saingan liga?
FELDA United mampu melonjak ke tangga 9 liga dengan 9 mata andai menang sambil PJ City dan PKNP FC tumbang di tangan lawan masing-masing.
Malah mereka boleh menduduki tangga ke-8 jika perbezaan jaringan mereka lebih baik berbanding Terengganu yang tewas semalam.
Sementara bagi Kuala Lumpur, mereka hanya mampu untuk pergi sejauh tangga ke-11 sahaja jika berjaya menang.
Namun begitu, mereka perlu menang dengan jaringan 3 gol ke atas tanpa bolos untuk memotong FELDA United dan menghantar pasukan itu ke tangga tercorot liga.
Sebelum sepak mula
Kedua-dua pasukan hadir dengan moral yang berbeza pada malam ini.
FELDA United pastinya terkesan dengan 3 kad merah dan tewas dalam masa tambahan 8 minit di Larkin dan ianya jelas memberikan impak tidak baik kepada mereka.
Bagi Kuala Lumpur, motivasi sudah mula sedikit demi sedikit kembali kepada mereka. Momentum mula kembali, jadi inilah masanya untuk terus mendaki carta liga.
Pertemuan dua pasukan di zon penyingkiran malam ini pasti sengit, dan hasil keputusan malam ini sedikit sebanyak akan menentukan hala tuju musim kedua-dua pasukan kelak.
Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.