Previu MSL 2019: Terengganu Mahu Akhiri Rekod Tanpa Menang Menentang Kedah

Info perlawanan

  • Terengganu lawan Kedah
  • Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
  • 9 Julai 2019
  • 9.00 malam

Saingan ke-20 bagi Liga Super 2019 (MSL2019) akan mengambil tempat pada malam ini.

Antara aksi menarik adalah saingan yang akan dilangsungkan di Kuala Terengganu menemukan Terengganu dan juga Kedah.

Pasukan tuan rumah yang beraksi baik dalam 2 perlawanan terakhir pastinya mahu melebarkan rekod itu menentang Kedah.

Nafuzi Zain jelas berjaya membentuk bahagian tengah pasukan Terengganu dengan baik apabila gandingan Lee Tuck-Sanjar Shaakhmedov-Shahrin Sapien begitu ampuh dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur dan PKNS FC.

Lee Tuck
Lee Tuck

Hasilnya, mereka berjaya mendapatkan kemenangan dari kedua-dua perlawanan tersebut.

Sementara bagi pasukan Kedah pula, penurunan prestasi jelas menggusarkan Aidil Shahrin.

Seri menentang PKNP FC di Alor Star jelas tidak memberikan petanda yang jurulatih itu berpuas hati.

Malah isu tersebut pastinya menggusarkan para penyokong mereka dikala Kedah dalam persiapan menjelang perlawanan akhir Shopee Piala FA.

Akan tetapi, Kedah boleh berasa sedikit yakin untuk menentang Terengganu.

Hal ini kerana, dalam 5 perlawanan terakhir menentang wakil Pantai Timur itu Kedah tidak mencatatkan sebarang kekalahan menentang Terengganu.

Dalam 5 pertemuan terakhir dalam semua pertandingan, Kedah mencatatkan 3 kemenangan dengan 2 seri menentang Terengganu.

Terbaharu, mereka menang 3-0 dalam perlawanan pertama Liga Super musim ini di Alor Star.

Pemain tumpuan

Malam ini tumpuan boleh diberikan kepada pemain tengah Terengganu iaitu Shahrin Sapien untuk Terengganu.

Aksi cemerlang yang ditunjukkan oleh beliau dalam melindungi barisan pertahanan Terengganu sudah pastinya memberikan impak apabila pasukan itu berjaya menyerap asakan pihak lawan.

Aksi yang ditampilkan dengan cukup baik dari Shahrin pastinya ditagih sekali lagi oleh Nafuzi Zain untuk membantu bahagian pertahanan pasukannya.

Bagi Kedah, tumpuan boleh diarahkan kepada Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah.

Baddrol

Dengan kukuhnya barisan tengah Terengganu pada kebelakangan ini, sudah pastinya ia akan memberikan kesukaran kepada Kedah untuk memenangi pertarungan di bahagian tersebut.

Oleh itu, menjadi tugas berat kepada Baddrol dan juga rakan-rakan beliau untuk memastikan bahagian tengah mereka tidak dikuasai Terengganu.

Sebelum sepak mula

Dengan prestasi yang begitu baik buat Terengganu ketika ini, mereka mempunyai peluang terbaik untuk menamatkan rekod tanpa menang menentang Kedah.

Bagi Kedah pula, mereka pula segera memberikan respon selepas keciciran mata di tangan PKNP FC. Lawan mereka pada malam ini adalah pasukan yang lebih baik berbanding pasukan dari Perak itu.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN