Previu MSL 2019: Terengganu FC & Selangor Idam Penutup Ramadhan Yang Cemerlang

Terengganu

Minggu ke-15 Liga Super Malaysia (MSL) 2019 dan juga minggu perlawanan terakhir dilangsungkan di bulan Ramadhan diteruskan dengan pertembungan Terengganu dan Selangor yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Beraksi di laman sendiri sebelum liga berehat panjang perlu diguna dengan sebaiknya oleh Sang Penyu untuk meraih mata maksimum bagi memperbaiki kedudukan pasukan yang agak merundum. Tanpa pengendali, Irfan Bakti, adakah Terengganu mampu?

Sementara Selangor pula pasti mahukan rentak baik diteruskan dengan kini telah melalui 9 perlawanan tanpa kekalahan. Dengan Kedah akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Gergasi Merah berpeluang untuk kembali merampas kedudukan ketiga liga.

Terengganu FC terkesan kehilangan Irfan Bakti?

Kejutan perletakan jawatan serta merta Irfan Bakti selepas tewas 3-5 kepada PJ City FC pasti memberi kesan kepada prestasi pasukan kerana tidak disangkal, pengendali berpengalaman itu ada ramuan tersendiri ketika membentuk semula Terengganu FC sejak 2017.

Biarpun tanpa pemain ternama, Sang Penyu masih mampu meraih gelaran naib juara Liga Premier 2017 dan naib juara Piala Malaysia musim lalu. Pengendali sementara, Nafuzi Zain diharap mampu mewarisi ‘sentuhan keramat’ pengendali berusia 68 tahun itu.

Disaat Kipre Tchetche kembali menemui sentuhan jaringan bermula pada minggu ke-10, prestasi Terengganu FC dilihat tetap tidak menentu. Keputusan 2 menang, 1 seri dan 1 kalah meletakkan Terengganu di kedudukan ke-8 berbanding musim lalu, mereka berada di kedudukan ke-5 liga selepas 14 perlawanan.

Selangor bakal rombak pasukan

Tanpa Syahmi Safari dan akan turun beraksi di laman lawan, B. Satiananthan membayangkan yang beliau bakal merombak taktikal pasukannya serta turut menyatakan yang Faiz Nasir sudah pasti akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Walaupun berada di kedudukan ke-4 liga dengan berkongsi mata bersama Kedah, Selangor sebenarnya merekodkan bolos antara yang terburuk iaitu 22 bolos – kelima terbanyak untuk musim ini. Adakah mereka mampu membendung Kipre Tchetche?

Mungkin satu kontroversi yang tak sepatutnya namun barangkali ada kebenarannya, Satiananthan turut menyatakan yang keadaan padang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah adalah yang terburuk di Malaysia dan boleh mengganggu rentak permainan.

Kipre Tchetche & Ifedayo Olusegun

5 gol dalam 5 perlawanan terkini meletakkan penyerang utama Terengganu FC ini kembali ke dalam peta penjaring Liga Super musim ini. Rekod gol itu sudah tidak jauh berbanding penjaring terbanyak ketika ini iaitu Ganzola Cabrera dan Diogo dengan 8 gol.

Penyerang berasal daripada Ivory Coast ini kemarau jaringan dalam 9 perlawanan dan ini telah menggugat kedudukannya di dalam pasukan. Malah beliau turut dilucutkan daripada jawatan kapten, sesuatu yang pastinya mengecewakan bagi seseorang pemain.

Sementara itu, Gergasi Merah pula dilihat akan terus menagih sentuhan magis penyerang baharu mereka, Ifedayo Olusegun yang telah menjaringkan 4 gol dalam dua penampilan pertamanya – meledak hatrik dalam debutnya ketika menentang Kedah.

Begitupun, tumpuan akan turut terarah kepada Faiz Nasir yang kian jarang berada dalam kesebelasan utama Selangor namun dibayangkan bakal disenaraikan berdepan bekas pasukannya itu. Jaringan tunggalnya di Shah Alam membantu mereka menang 1-0.

Ramalan Semuanya BOLA

Biarpun Nafuzi Zain lulus ujian pertamanya berdepan FELDA United pada minggu lalu apabila berjaya mengikat lawannya itu dengan keputusan 1-1, namun Selangor adalah ujian lebih berat buatnya. Bahaya menanti jika Terengganu FC gagal ‘merantai’ Ifedayo.

Buat Selangor pula, biarpun lawan turun beraksi tanpa Irfan Bakti, lawannya itu tidak boleh dipandang mudah kerana Gergasi Merah akan beraksi di ‘padang terburuk’ di Malaysia dan pasti segala perancangan taktikal perlu diolah sebaiknya oleh Satiananthan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: Terengganu FC & FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN