Previu MSL 2019: Selangor Buru Kemenangan Kedua, Terengganu Waspada Ancaman Faiz Nasir

Pertemuan Liga Super di antara pasukan Selangor menentang Terengganu FC (TFC) malam ini di Stadium Shah Alam pasti menarik kerana kedua-dua pasukan tidak rela kehilangan mata dalam perlawanan ketujuh untuk terus memperbaiki kedudukan liga masing-masing.

Tambahan pula, skuad gergasi merah memiliki dua bekas tonggak TFC iaitu Mohd Faiz Mohd Nasir dan Latiff Suhami yang pasti mengetahui serba sedikit kelemahan pasukan lama mereka.

Terengganu FC tidak sabar beraksi malam ini

Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim memberi amaran awal bahawa anak buahnya kini berada pada tahap kecergasan terbaik dan sudah membuat persiapan rapi sepanjang liga malaysia direhatkan selama 3 minggu.

“Walaupun liga berehat panjang, pemain saya tetap cergas dan lebih membanggakan prestasi mereka konsisten. Ini kerana mereka begitu gigih dan bersemangat ketika sesi latihan.

“Selain itu, kami mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Perdana, UiTM FC dan UKM FC yang masing-masing berkesudahan kami menang 2-1.

“Lebih menggembirakan saya apabila semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan dan penggantungan selain persefahaman antara pemain baharu dan sedia ada kian baik,” katanya dalam Harian Metro.

FOTO: Terengganu FC

Selangor jumpa skuad penyu tanpa dua tonggak utama

Skuad kendalian B. Satiananthan malam ini kelihatan tempang kerana dua tonggak utama mereka iaitu Rufino Segovia dan Syahmi Safari disahkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Penyerang utama, Rufino Segovia terpaksa diketepikan selama empat bulan akibat kecederaan yang dialami pemain itu dalam perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Manakala bek kanan, Syahmi Safari terpaksa berehat selama seminggu selepas mengalami kecederaan peha ketika membantu Malaysia seri 2-2 dengan China dalam saingan kelayakan Kejuaraan AFC bawah 23 yang berakhir Selasa lalu.

Satiananthan bagaimanapun tidak begitu bimbang dengan ketiadaan dua pemain tersebut kerana beliau masih ada beberapa pemain yang boleh menggantikan tempat mereka.

“Apabila pemain kami dipanggil mewakili skuad kebangsaan, ia satu penghormatan dan petanda positif. Malangnya, Syahmi mengalami kecederaan dan terpaksa berehat seminggu.

“Begitupun saya percaya, kita ada pemain lain yang boleh menampung ketiadaan Syahmi dengan baik,” katanya.

FOTO: FA Selangor

Rekod pertemuan

Berdasarkan rekod, Selangor telah memenangi 3 perlawanan dalam 5 pertemuan mereka manakala Terengganu FC hanya menang sekali dalam saingan Liga Super musim lalu.  Jelas sekali, rekod pertemuan lebih memihak kepada pasukan Selangor namun ia bukan jaminan mereka akan mengutip 3 mata penuh malam ini.

27 Julai 2018:
Selangor 2-0 Terengganu FC (Liga Super)

16 Mac 2018:
Terengganu FC 1-3 Selangor (Piala FA)

10 Februari 2018:
Terengganu FC 4-1 Selangor (Liga Super)

29 Julai 2017:
Terengganu FC 2-3 Selangor (Piala Malaysia)

4 Julai 2017:
Selangor 1-1 Terengganu FC (Piala Malaysia)

Taktikal pasukan

Seperti biasa, Irfan Bakti dijangka akan terus mengekalkan formasi 4-1-4-1 dimana Kipre Tchetche diletakkan sebagai ‘target man’ sambil dibantu oleh Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck. Sistem 4-1-4-1 akan memastikan pemain bertahan dengan lebih kompak, sebelum menggempur lawan menggunakan serangan balas pantas.

Walaupun Kipre Tchetche diberi tugas untuk mencetak gol namun Sanjar Shaakhmedov merupakan ancaman terbesar yang perlu diberi perhatian oleh benteng pertahanan Selangor.

FOTO: Terengganu FC

Prestasi bahagian pertahanan Selangor pada musim ini  tidak begitu memuaskan apabila menjadi antara pasukan yang paling banyak bolos dengan 13 gol mengikut statistik jaringan gol liga super.

Tanpa kelibat tonggak pertahanan kanan, Syahmi Safari yang mengalami kecederaan, Selangor dijangka akan berdepan sedikit masalah untuk mengekang kemaraan rangkaian serangan skuad Terengganu.

Satiananthan dijangka akan mempertaruhkan gandingan penyerang veteran, Amri Yahyah dan Sandro Mendonca di bahagian serangan dengan formasi 4-4-2. Kreativiti Faiz Nasir di bahagian tengah sangat ditagih selepas menampilkan aksi cemerlang bersama skuad kebangsaan baru-baru ini.

Faiz Nasir membantu skuad Harimau Malaya menewaskan Afghanistan, 2-1 minggu lepas. FOTO: FA Selangor
Ramalan Semuanya BOLA

Di atas kertas, skuad Terengganu FC (TFC) lebih mantap dan semua pemain mereka bebas daripada kecederaan berbanding Selangor yang kehilangan dua pemain utama. Tetapi ia tetap tidak akan menjaminkan laluan mudah untuk TFC mengutip 3 mata penuh malam ini.

Selepas mencatat kemenangan pertama ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super awal bulan lalu, Selangor tidak rela tewas lagi dan sudah pasti akan memberi fokus 200% di atas padang untuk meneruskan rentak kemenangan tersebut.

Penulis menjangkakan perlawanan akan berlangsung dengan sengit dan berakhir dengan keputusan seri kerana dua-dua pasukan masih dalam proses untuk mencari rentak selepas hampir 3 minggu liga berehat. Hanya pasukan yang kurang melakukan kesilapan mudah sahaja akan muncul sebagai pemenang.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN