Previu MSL 2019: PKNP FC Dan PJ City Cari Kemenangan Sulung Malam Ini

PKNP FC dan PJ City akan turun berentap pada hari ini di Manjung. Kedua-dua pasukan dalam misi mencari kemenangan sulung dalam saingan Liga Super musim ini.

Ini adalah pertemuan sulung mereka dalam saingan tertinggi liga bola sepak Malaysia selepas peningkatan cemerlang kedua-dua pasukan dalam 3 musim terakhir.

Kedua-dua pasukan juga mencari kemenangan pertama dalam semua pertandingan sejak Ogos 2018.

Kerisauan PKNP FC

PKNP FC masih belum menang dan 7 perlawanan terakhir mereka. Seterusnya, daripada 10 perlawanan terakhir mereka di laman sendiri, PKNP FC hanya menang 1.

Sebagai perbandingan, PJ City memiliki rekod yang memberangsangkan di tempat lawan. Mereka menang 5 daripada 10 kunjungan ke tempat lawan setakat ini dalam semua pertandingan.

Pemain tumpuan
Thomas Abbey (PKNP FC)

Beliau beraksi cemerlang dalam 2 perlawanan pertama PKNP FC. Namun sayangnya, aksi itu masih belum dapat membantu PKNP FC mencatatkan keputusan lebih baik. Beliau pemain tengah yang mampu mencipta peluang dan juga menjadi penjaring gol tambahan.

Bae Beom-Geun (PJ City)

Beliau menjadi nadi penting PJ City pada musim lalu dengan mencipta 8 assist. Dan musim ini, Beom Geun dijangka akan terus menjadi tunjang PJ City FC. Beliau antara pemain yang paling rajin di atas padang.

Fakta perlawanan
  • Ini merupakan pertemuan pertama PKNP FC dan PJ City dalam saingan Liga Super Malaysia
  • 4 perlawanan terakhir mereka sebelum ini berlangsung dalam saingan Liga Premier dan Piala FAM
  • Pertemuan terakhir mereka pada 2017 dimenangi PKNP 3-1.
  • Pada 2017 PJ City memenangi promosi ke Liga Premier dengan kemenangan 3-1 secara agregate ke atas PKNP FC untuk kejuaraan Piala FAM. Kedua-dua pasukan memenangi promosi Liga Premier ketiak itu.
  • PKNP hanya menang 1 daripada 10 perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam semua pertandingan
  • PJ City masih belum menang dalam 6 perlawanan terakhir sejak Ogos 2018.
Sebelum wisel

Di atas kertas, kedua-dua pasukan nampak seimbang. PKNP FC walaupun gagal menang dalam aksi sebelum ini, pengendali Felda United – Nidzam Jamil memuji PKNP FC yang disifatkan beliau hadir dengan taktikal yang menyukarkan mereka.

Sementara itu, PJ City FC sudah memberikan tentangan sengit kepada 2 pasukan kuat iaitu Melaka dan Selangor dalam 2 perlawanan pertama. Mereka mengikat Selangor 1-1 dan hampir mengejutkan Melaka dalam perlawanan kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN