Previu MSL 2019: Perak Menentang Selangor Dalam Pertembungan Klasik Di Ipoh

Info perlawanan

  • Perak lawan Selangor
  • Stadium Perak, Ipoh
  • 10 Julai 2019
  • 9 malam

Aksi Liga Super Malaysia (MSL 2019) pada malam ini akan tertumpu di Ipoh apabila 2 pasukan utama negara berentap sesama sendiri.

Perlawanan yang dianggap cukup klasik dalam kalendar bola sepak Malaysia ini pastinya menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan dalam kedudukan yang di dalam liga.

Perlawanan ini turut mempunyai nilai tambahnya kerana kedua-dua pasukan kini dalam perebutan untuk menduduki kedudukan 3 teratas.

 

Perak kini di tangga ke-7 liga dengan mengutip 27 mata namun begitu mereka tidak begitu jauh dengan kedudukan 3 teratas.

Selangor pula mengutip 31 mata di tangga ke-5. Akan tetapi, mereka mampu memintas Kedah dan Melaka United sekiranya berjaya menang pada malam ini.

Pemain tumpuan

Dari perspektif Perak, mereka pastinya mahu melupakan kekalahan di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman mereka tempoh hari dengan jaringan 3-0.

Oleh itu, mereka mahu bangkit menentang musuh tradisi mereka pada malam ini.

Selain itu, Perak semestinya mahukan momentum berada di pihak mereka menjelang aksi perlawanan akhir Shopee Piala FA pada akhir bulan ini.

Sebarang kekalahan pastinya boleh merencatkan moral pasukan, jadi 3 mata malam ini cukup penting.

Oleh itu, sandaran Perak pastinya akan terarah kepada Ronaldo Silva di bahagian serangan.

Sejak kehadiran beliau di pertengahan musim, Perak tampak begitu tajam di depan gol lawan.

Ketajaman Ronaldo pastinya diharapkan pada malam ini untuk cuba menembusi pertahanan Selangor yang dilihat pada musim ini gagal untuk mencatatkan tanpa bolos atau clean sheet sepanjang musim ini.

Bagi Selangor pula, Ifedayo Olusegun sekali lagi bakal diharapkan untuk menjaringkan gol buat mereka.

Ifedayo Olesegun. FOTO: FA Selangor/Asiana

Seperti yang dikatakan tadi, Selangor masih lagi bocor setiap kali perlawanan walaupun berjaya mencatatkan kemenangan. Ianya berpunca dari ketajaman Ifedayo.

Sama dengan Ronaldo, kesan yang ditunjukkan oleh penyerang ini sejak tiba di pertengahan musim jelas memberikan impak kepada Selangor.

Jadi, pertahanan Perak yang diterajui oleh Shahrul Saad pastinya perlu waspada dengan ketajaman beliau dan pemain lain seperti Sandro Da Silva dan juga Faiz Nasir.

Sebelum sepak mula

Pertembungan klasik pada malam ini bukan setakat menggamit nostalgia lama, tetapi memperbaharu permusuhan yang sudah lama terjalin.

Perlawanan pertama yang berlangsung di Shah Alam tempoh hari berakhir dengan keputusan seri sambil dihiasi dengan detik kontroversi.

Adakah aksi tegang akan hadir pada malam ini? Sama-sama kita nantikan.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN