Previu MSL 2019: Perak Mahu Hapuskan Badi Seri Di Manjung

Perlawanan PKNP FC menentang Perak di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam ini disifatkan sebagai “pertemuan abang dan adik” kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai bos yang sama, iaitu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Malah, kedua-dua pasukan ini juga menerima dana daripada sumber yang sama. Walaupun pertemuan itu hanya satu perlawanan biasa dalam Liga Super, namun ia mempunyai kepentingan dan implikasi tersendiri.

Mereka juga akan bertemu sekali lagi pada perlawanan suku akhir Shopee Piala FA yang dijadualkan bermula pada 30 April ini. Bermakna malam ini akan menjadi medan untuk kedua-dua jurulatih mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing untuk memastikan tiket ke separuh akhir Piala FA menjadi milik mereka.

Manjung

PKNP FC anggap mereka sebagai pasukan ‘underdog’

PKNP FC ketika ini berada di tangga kesembilan Liga Super dengan satu tangga di bawah Perak biarpun masing-masing mengutip 10 mata selepas 10 perlawanan.

Bagi pengendali skuad itu, Abu Bakar Fadzim, beliau menganggap perlawanan ini sekadar perlawanan biasa dan mempunyai misi untuk memburu kemenangan bagi memperbaiki kedudukan carta Liga Super.

“Ia pertemuan di antara dua pasukan yang sedang bersaing dalam liga yang sama dan masing-masing mahukan kemenangan. Bagi saya, tiada apa yang sensasi walaupun ia dianggap ‘derby’ Perak.

“Perak adalah pasukan pilihan berdasarkan status mereka selaku juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super 2018. Justeru, perlawanan pasti berlangsung dalam suasana sengit.

“Oleh yang demikian, kami perlu berwaspada dan mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan yang akan memberi ruang kepada Perak.

“Kami akan berusaha untuk memberikan saingan kepada Perak kerana mahu mengutip mata daripada perlawanan terakhir pusingan pertama ini,” katanya dalam Stadium Astro.

Pemain import PKNP FC dari Tajikistan, Siyovush Asrorov, sudah kembali ke Ipoh dan berkemungkinan besar bakal diturunkan malam ini.

Asrorov pulang bercuti ke Tajikistan ketika waktu rehat antarabangsa bulan lalu, tidak dapat pulang ke Ipoh selepas liga bersambung.

Berikutan itu, dia tidak diturunkan dalam beberapa perlawanan liga, termasuk perlawanan menentang Batu Dua FC dan PDRM dalam pusingan ketiga Piala FA.

PKNP FC

Perak tekad hapuskan badi seri

Entah apa sumpahan yang menimpa skuad kendalian Mehmet Durakovic itu, apabila mengalami kemarau kemenangan dengan hanya melakar satu kemenangan dan tujuh keputusan seri sepanjang musim ini.

Sejak bergelar juara Piala Malaysia musim lalu, prestasi skuad The Bos Gaurus itu tidak begitu baik sehingga mengundang pelbagai kritikan daripada para penyokong mereka.

Dalam sidang media selepas mencatat keputusan seri ke atas Kuala Lumpur selasa lepas, Durakovic meluahkan rasa kecewa dengan prestasi hambar yang ditonjolkan oleh barisan pemainnya selepas melakukan banyak kesilapan.

Bagaimanapun, Durakovic mahu anak buahnya bangkit dalam aksi menentang PKNP malam ini kerana sudah bosan mencatat keputusan seri sebanyak tujuh kali dalam musim ini.

“Sukar untuk kami kerana Perak turun dengan skuad yang kecil tetapi saya tidak mahu memberikan sebarang alasan tetapi jika kami mengelak daripada melakukan kesilapan, Perak seharusnya mudah meraih kemenangan,” katanya.

Kekalahan kepada PKNP akan memberikan kesan yang buruk kerana mereka berisiko untuk berada dalam kedudukan tercorot liga dan berpeluang tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

Justeru itu, Perak perlu berusaha gigih untuk meraih kemenangan ke atas pasukan yang turut memburu kemenangan. Peminat pasti akan dihidangkan dengan aksi mantap dan menarik daripada kedua-dua pasukan.

Mehmed

Rekod pertemuan

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan hanya bertemu sebanyak dua kali sejak musim lepas. Perak mendominasi dua pertemuan tersebut dengan mencatat dua kemenangan ke atas PKNP FC.

26 Mei 2018:
Perak 4-3 PKNP FC (Liga Super)

15 April 2018:
PKNP FC 1-2 Perak (Liga Super)

Ramalan Semuanya BOLA

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing namun ketajaman penyudah akan menjadi penentu kepada keputusan perlawanan tersebut.

Isu kecergasan akan menjadi masalah utama Perak kerana mereka mengharungi jadual yang cukup padat minggu ini berbanding PKNP FC yang mempunyai rehat selama 7 hari. Pasukan yang kurang melakukan kesilapan mudah, akan muncul sebagai pemenang atau mungkin akan berlaku ‘rundingan’ dan tolak ansur di antara kedua-dua pihak agar wujud situasi menang-menang.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN