Previu MSL 2019: Misi Mustahil PKNP FC Untuk Halang Momentum Indah Selangor

Pasukan yang kini dalam masalah prestasi, PKNP FC akan turun menentang Selangor di minggu ke-14 Liga Super Malaysia (MSL) 2019 pada malam ini di Stadium MP Manjung dalam misi mahu menjarakkan diri daripada pasukan di zon penyingkiran.

PKNP FC ketika ini sudah melalui 4 perlawanan tanpa kemenangan dengan kali terakhir ketika menang ke atas Melaka United pada 13 April lalu. Sebaliknya, Selangor pula berada dalam mood terbaik mereka selepas menang selesa ke atas Kedah, minggu lalu.

PKNP FC tanpa Giancarlo dan Thomas Abbey

Dengan tersingkirnya daripada saingan Shopee Piala FA 2019, PKNP FC kini boleh kembali menyusun strategi dan fokus untuk kekal bersaing di Liga Super musim hadapan. Mungkin jadual yang padat semasa Piala FA dan liga merencatkan rentak mereka.

Abu Bakar Fadzim diketahui miliki sentuhan magis dengan skuad yang dibentuknya sejak bersaing di saingan Liga Malaysia bermula 2016. Pasti sesuatu telah dirancang olehnya untuk aksi malam ini.

Thomas Abbey
Thomas Abbey terpaksa diketepikan akibat kecederaan Metatarsal.

Dengan ketiadaan penyerang, Giancarlo yang akan menjalani penggantungan perlawanan dan Thomas Abbey yang mengalami kecederaan retak tulang kaki, Abu Bakar perlu memikirkan solusi pantas untuk menghalang Selangor memenangi perlawanan.

Selangor belum tewas sejak Mac

Ifedayo Olusegun! Ini sensasi terbaru di kem Gergasi Merah. Kemenangan selesa ke atas Kedah minggu lalu adalah hasil sumbangan hatrik penyerang import baharu ini yang masuk menggantikan Rufino Segovia di jendela perpindahan kedua.

Selain itu, keberkesanan permainan beberapa pemain antaranya gandingan di tengah iaitu Halim Saari dan kapten, K. Sarkunan menjadikan Selangor agak ampuh ketika ini. Kali terakhir mereka tewas adalah pada 1 Mac yang lalu – tewas 2-4 kepada JDT.

Kembali ke landasan terbaik dengan berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-3 liga, Selangor pastinya mahu teruskan rentak ini dan mengelak posisi mereka kembali dipintas oleh Kedah.

Amani Aquinaldo dan Ifedayo Olusegun

Pertahanan berasal daripada Filipina berusia 24 tahun ini pasti akan melalui malam yang sangat panjang dan sibuk di Manjung. Ini kerana, Abu Bakar sudah tentu akan memberikan tugasan merantai penyerang, Ifedayo Olusegun kepada Amani Aquinaldo.

Selain Thomas Abbey, Aquinaldo juga seringkali dilihat bertugas sebagai ‘tukang rantai’ penyerang berbisa lawan. Dengan fizikalnya yang tegap dan keras, pemain skuad kebangsaan Filipina ini tentu akan diarahkan mengikuti ke mana sahaja Ifedayo melangkah.

Ifedayo Olesegun. FOTO: FA Selangor/Asiana

Apa lagi yang lebih indah selain meledak hatrik dalam aksi debut bersama pasukan. Kini, Ifedayo Olusegun perlu memastikan ianya tidak terhenti di situ sahaja dan dengan rekod silamnya di Liga Malaysia (Liga M), ia akan mengundang bahaya buat PKNP FC.

9 gol bersama Felda United pada musim 2017 dan kemudian meledak 8 gol dalam 9 penampilan bersama Melaka United meletakkan Ifedayo sebagai antara penyerang berbisa dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga M.

Ramalan Semuanya BOLA

Jika Selangor kekal fokus dengan momentum terbaik mereka ketika ini, PKNP FC bukanlah lawan setanding buat Gergasi Merah dan kemenangan pasti menjadi milik anak buah B. Satiananthan. Namun, bak kata Satiananthan, ‘jangan harapkan Ifedayo sahaja‘.

PKNP FC pula mengharapkan sokongan padu penduduk Manjung dan sekitar untuk mereka kembali meraih kemenangan. Ia adalah misi mustahil buat mereka tetapi dalam bola sepak, segalanya boleh berlaku. Masih ingat bagaimana Barcelona tersungkur?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN