Previu MSL 2019: Melaka United Tekad Tamatkan Kemarau Kemenangan Malam Ini

Minggu lalu, kapten skuad Melaka United (MU), Shukor Adan meluahkan kekecewaan beliau apabila pasukannya gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan Liga Super berturut-turut sehingga mengundang pelbagai kecaman daripada penyokongnya.

Situasi itu telah menyebabkan pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mencabar pemain MU supaya memenangi perlawanan berdepan Kedah di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

Kemenangan malam ini amat penting bagi memperbaiki kedudukan pasukan itu dalam carta Liga Super dan mengelakkan daripada terperosok ke tangga tercorot.

“Saya cabar semua pemain untuk menampilkan persembahan terbaik mereka. Tiada alasan untuk tewas lagi. Kemenangan harus dikutip walau sehebat mana sekalipun lawan yang dihadapi tambahan pertarungan di laman sendiri,” katanya dalam Berita Harian.

Ketiadaan Liridon Krasniqi yang juga merupakan bekas pemain Kedah jelas dirasai kerana jentera tengah skuad MU ketika ini dilihat agak pincang dan gagal berfungsi dengan baik.

Datuk Yusof Mahadi memberi semangat kepada pemain Melaka United. FOTO: MUSA

Kedah berdepan isu kecergasan pemain

Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak tetap yakin pemainnya dapat mengekalkan tahap kecergasan yang diperlukan telah mengharungi jadual yang cukup padat minggu ini.

“Mereka tidak dapat elak dari faktor keletihan, namun saya percaya tahap kecergasan pemain saya mereka mampu terus fokus dalam misi memburu tiga mata bertemu MU esok.”

“Saya mahu pemain ‘melupakan’ seketika Piala FA dan apa yang lebih penting adalah fokus, komitmen serta momentum yang ada perlu kita teruskan dalam Liga Super.”

“Perancangan kita adalah memberi tumpuan memenangi setiap perlawanan ke satu perlawanan dan kali ini kita akan memberi penekanan untuk misi penting di Melaka,” katanya.

Skuad Lang Merah kini menduduki tangga keempat carta Liga Super dengan mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan dan tiga seri ketinggalan 11 mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) (26 mata) dan Pahang (24 mata).

Pemain Kedah menjalani latihan terakhir di Melaka semalam. FOTO: KFA

Pemain tumpuan

Safiq Rahim (Melaka United)
Bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjadi sandaran utama buat tuan rumah dalam memainkan peranan penting bagi membuka ruang buat rakan sepasukan di jentera serangan untuk merobek gawang Kedah. Ketiadaan Liridon Krasniqi akibat kecederaan memaksa Melaka United kini bergantung kepada kreativiti Safiq untuk memastikan jentera tengah berfungsi dengan baik. Tanpa kelibat beliau, sudah pasti sukar untuk skuad kendalian Zainal Abidin Hassan mencuri tiga mata penuh di halaman sendiri malam ini.

Pemain Melaka United, Safiq Rahim dikawal rapi tiga orang pemain PJ City FC pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, minggu lalu.

Zaquan Adha (Kedah)
Beliau sering dikritik hebat ketika mewakili pasukan kebangsaan namun baru-baru ini mendapat pujian daripada penyokong Kedah apabila menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan berturut-turut. Kelincahan Zaquan sekali lagi bakal menjadi taruhan Kedah untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan Melaka United walaupun mengakui masih keletihan selepas membantu Kedah mara ke peringkat suku akhir Piala FA beberapa hari lepas.

Rekod pertemuan

Berdasarkan rekod pertemuan, Kedah lebih mendominasi dengan 14 kemenangan sepanjang 16 perlawanan dengan Melaka United sejak tahun 2005.

Tetapi Melaka United mempunyai rekod yang baik pada musim lepas apabila membelasah Kedah, 4-1 di Stadium Hang Jebat dan menewaskan mereka di Stadium Darul Aman, 2-0 dalam saingan Liga Super.

10 Julai 2018:
Melaka United 4-1 Kedah (Liga Super)

1 Jun 2018:
Kedah 0-2 Kedah (Liga Super)

29 Julai 2017:
Melaka United 2-6 Kedah (Piala Malaysia)

11 Julai 2017:
Melaka United 2-4 Kedah (Liga Super)

4 Julai 2017:
Kedah 2-0 Melaka United (Piala Malaysia)

Ramalan Semuanya BOLA

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing namun dari segi persediaan pasukan, kelebihan memihak kepada Melaka United yang mempunyai jumlah rehat selama 7 hari memandangkan mereka tidak beraksi dalam saingan Piala FA selasa lepas.

Keputusan perlawanan malam ini bergantung kepada barisan pemain yang akan diturunkan oleh kedua-dua pasukan kerana aspek kecederaan dan kecergasan akan memainkan peranan yang penting dalam menentukan pemenangnya.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN