Quantcast

LIGA MALAYSIA

Previu MSL 2019: Kuala Lumpur & FELDA United Bertemu Dalam Misi Mengelak Penyingkiran

Info perlawanan

  • Kuala Lumpur lawan FELDA United
  • Stadium KLFA, Cheras
  • 10 Julai 2019
  • 9 malam

Perlawanan Liga Super Malaysia (MSL 2019) yang akan dilangsungkan pada malam ini cukup signifikan buat kedua-dua pasukan.

Kuala Lumpur dan FELDA United kedua-duanya dalam misi penuh terdesak dalam usaha untuk mendapatkan 3 mata bagi cuba keluar dari zon penyingkiran.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan mengalami kekalahan dalam perlawanan terakhir mereka.

Kuala Lumpur tewas di tangan Pahang, sementara FELDA United kalah kepada Selangor di Jengka.

Setakat ini, kelebihan memihak Kuala Lumpur kerana berada ditangga ke-11 berbanding FELDA United yang berada ditangga terbawah.

Kemenangan buat tuan rumah pada malam ini memberikan kelebihan yang cukup besar buat mereka kerana PKNP FC semalam keciciran mata di tangan Melaka United.

Kedudukan semasa 3 terbawah Liga Super 2019 (10 Julai 2019)

Akan tetapi, harus diingat selepas perlawanan malam ini FELDA United masih mempunyai kelebihan 1 perlawanan.

Oleh itu, mereka pastinya boleh cuba untuk memintas walaupun sukar untuk mereka lakukan.

Pemain tumpuan

Pada malam ini, Kuala Lumpur akan mengharapkan sekali lagi kepada magis Guilherme De Paula dalam usaha mereka keluar dari zon penyingkiran.

De Paula sememangnya merupakan ayam tambatan mereka sejak menyertai pasukan Kuala Lumpur. Namun pada malam ini, mereka lebih memerlukan beliau lebih dari kelaziman dalam misi sukar ini.

Guilherme de Paula membuat percubaan pada minit ke-2 perlawanan sambil cuba dihalang oleh Marcos Antonio (Kredit: Kuala Lumpur Hawks)

Semestinya, De Paula memerlukan bantuan dari rakan-rakannya untuk memastikan dirinya tidak berjuang sendirian atau terpinggir tanpa sedar dalam perlawanan ini.

Untuk FELDA United pula, Hadin Azman sekali lagi diharapkan bakal menjadi teraju buat mereka pada malam ini.

Jelas sekali, Hadin merupakan pemain terbaik FELDA United pada musim ini walaupun pasukannya kini menduduki tangga tercorot liga.

Pemain sayap ini cukup berbahaya kepada pertahanan lawan, dan jika Kuala Lumpur tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada beliau maka padah bakal menanti mereka.

Sebelum sepak mula

Perlawanan pada malam ini amat penting dalam menentukan hala tuju pasukan dalam saingan liga.

Ianyanya bukanlah berkisarkan kepada 2 pasukan yang beraksi sahaja pada malam ini, tetapi turut melibatkan PKNP FC yang masih lagi belum selamat ketika ini.

3 pasukan, hanya 1 sahaja yang akan terselamat. Siapakah mereka?

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.