Previu MSL 2019: Kedah Waspada Ancaman PKNP FC Yang Terdesak Mahu 3 Mata

Info perlawanan

  • Kedah lawan PKNP FC
  • Stadium Darul Aman, Alor Star
  • 5 Julai 2019
  • 9.00 malam

Perlawanan ibarat antara dua darjat melibatkan kedua-dua pasukan di Alor Star malam ini pastinya akan menjadi tumpuan.

Di atas kertas, kedua-dua pasukan dilihat mempunyai jurang yang besar kerana Kedah dalam misi mendapatkan tangga kedua liga.

Sementara bagi PKNP FC, mereka pula terdesak untuk dapatkan 3 mata bagi memastikan status sebagai pasukan Liga Super pada musim hadapan berjaya diperoleh.

Tak serupa tapi sama

Walaupun kedua-dua pasukan mengalami nasib yang berbeza dalam kedudukan liga, namun hakitkatnya kedua-dua pasukan mengalami masalah dari segi prestasi.

Kedah mungkin hanya tewas sekali dalam 5 perlawanan terakhir dalam saingan liga, namun prestasi kurang menyakinkan dalam yang dihasilkan ketika perlawanan separuh akhir Shopee Piala FA menjadi tanda tanya.

Sudah pasti, Aidil Shahrin mahukan skuadnya beraksi dengan lebih baik walaupun berjaya melepasi cabaran FELDA United untuk bertemu Perak di perlawanan akhir.

Sementara bagi PKNP FC, mereka amat memerlukan 3 mata dalam perlawanan ini bagi mengelakkan tersingkir ke Liga Premier musim hadapan.

PKNP FC
FOTO: PKNP FC

Menduduki tangga kesebelas liga, PKNP FC kini telah tewas dalam 11 perlawanan dalam semua pertandingan.

Sudah pastinya, respon yang cukup kuat dari anak-anak buah Abu Bakar Fadzim amat diperlukan untuk memintas Kuala Lumpur yang di hadapan mereka hanya berkelebihan jaringan sahaja.

Pemain tumpuan

Fernando Rodriguez kembali menyengat untuk pasukan Kedah selepas gagal menjaringkan gol untuk tempoh 6 perlawanan.

Ketajaman beliau menjaringkan gol ketika dalam kedua-dua perlawanan menentang FELDA United pastinya memberikan sedikit kelegaan kepada Aidil di bahagian serangan.

Bagi PKNP FC, tumpuan terarah kepada Ramon Da Silva yang memberikan aksi yang baik pada perlawanan yang lalu.

Pemain tengah ini diharapkan dalam menjana serangan yang baik untuk membolehkan PKNP FC memasuki benteng pertahanan Kedah.

Sebelum sepak mula

Aksi pasukan Kedah dalam saingan liga pada bulan Julai cukup penting kerana ianya boleh menjadi kayu pengukur oleh penyokong mereka mengenai tahap kesediaan menghadapi Perak di perlawanan akhir hujung bulan ini.

Penurunan prestasi dalam saingan liga pastinya menimbulkan keresahan menjelang perlawanan akhir yang mampu memberikan Aidil kejuaraan pertama dalam saingan di Malaysia.

Sementara PKNP FC terdesak untuk menjarakkan diri dalam saingan menghadapi penyingkiran.

Jarak mata antara mereka dengan FELDA United dan Kuala Lumpur tidak jauh, jadi setiap mata itu amat berharga.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN