Previu MSL 2019: Dua ‘Sang Merah’ Beradu Kekuatan Di Bumi Darul Aman

Aksi minggu ke-5 saingan unifi Liga Super Malaysia (MSL) 2019 diteruskan pada malam ini dengan menjanjikan pertembungan menarik antara Sang Helang Merah, Kedah menentang Sang Semut Merah, PKNS FC di Stadium Darul Aman.

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan kekal berada di puncak liga dengan 10 mata jika Helang Merah gagal menoktahkan perlawanan pada malam ini dengan meraih 3 mata penuh di halaman sendiri.

Kedah pasti mahu teruskan momentum

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak ini pastinya mahu meneruskan rentak dan prestasi cemerlang mereka ketika ini dengan menang ke atas salah satu pasukan yang boleh dianggap ‘liat’ ketika ini, PKNS FC – bolos dua gol dalam empat perlawanan.

Namun, Kedah juga memiliki benteng yang kukuh yang ditunjangi oleh Renan Alves dan Shakir Hamzah – hanya melepaskan satu gol dalam empat perlawanan ketika ini. Mereka juga memiliki dua bek sayap yang agresif iaitu Rizal Ghazali dan Alif Yusof.

Kedah belum tewas dalam empat perlawanan setakat ini dan dengan melihat aura positif di kem Helang Merah berbanding musim lalu, ianya tampak mampu diteruskan malam ini.

Peluang buat PKNS FC pamer kredibiliti

Sebuah pasukan yang tidak memiliki ramai bintang terkini di dalam pasukan namun ramuan yang dimiliki oleh ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal nampaknya telah berjaya membentuk PKNS FC menjadi sebuah pasukan yang sangat seimbang di setiap bahagian.

Semut Merah

Sebagaimana Kedah, PKNS FC saat ini juga telah merekodkan dua cleensheet dalam dua perlawanan berturut-turut dan penjaga gol muda, Zarif Irfan yang mula diperkenalkan Rajagobal pada saingan Piala Malaysia 2018 juga semakin mempamerkan kemampuannya.

Jika Semut Merah ingin membuktikan kredibiliti mereka sebagai pencabar kejuaraan liga, perlawanan malam ini adalah masanya.

Fernando Rodriguez dan Chan Vathanaka

Fernando Rodriguez telah berjaya meledak gol pertamanya dalam saingan MSL 2019 ketika Kedah menewaskan PJ City minggu lalu dan penjaring 15 gol bersama kelab Indonesia, Mitra Kukar ini dijangkakan mampu meneruskan sentuhannya lagi minggu ini.

Bermula sedikit hambar walaupun permainan secara berpasukan yang sangat baik, kejayaan menjaringkan gol minggu lalu sudah pasti melegakannya dan akan melonjak moral pemain ini ke tahap yang sangat baik untuk terus mencetak gol buat Helang Merah.

Pemain sayap menyerang dari Kemboja, Chan Vathanaka dilihat semakin meningkat naik bersama PKNS FC. Telah menyumbang assist dan gol, sumbangnya bakal ditagih dengan ketiadaan Kpah Sherman yang digantung perlawanan.

Gandingannya bersama Gabriel Guerra dilihat semakin serasi dan aksinya dalam perlawanan juga semakin meningkat naik. Ketiadaan Sherman akan meletakkan Guerra selaku peledak utama pasukan dibantu Vathanaka dan Faizat Ghazli.

Rekod dan statistik

Kedah (M-S-M-M)

  • Menang 2-0 v PKNP FC (A)
  • Seri 1-1 v Perak (A)
  • Menang 4-0 v Felda United (H)
  • Menang 2-0 vs PJ City FC (A)

PKNS FC (S-K-M-M)

  • Seri 1-1 v Terengganu FC (A)
  • Kalah 0-1 v Melaka United (A)
  • Menang 4-0 v Selangor (A)
  • Menang 1-0 v PKNP FC (A)

Taktikal pasukan

Helang Merah sinonim dengan formasi 4-2-3-1 pada ketika ini dengan Fernando Rodriguez akan dibantu oleh 3 serangkai pemain di belakangnya iaitu Jonathan Bauman, Zaquan Adha dan Anmar Almubaraki yang digantikan oleh Syahrul Azwari minggu lalu.

Tidak dapat dipastikan samaada Anmar telah pulih atau Syahrul Azwari akan kekal dalam kesebelasan utama selepas aksi baik dalam penampilan sulungnya tetapi dijangkakan tiada perubahan ketara dengan Aidil Sharin sudah tentu mahukan skuad yang stabil.

Rajagobal pula dilihat gemar menggunakan formasi 4-1-4-1 dengan Guerra hampir pasti akan ditugaskan di posisi serangan untuk menewaskan Ifwat Akmal yang telah merekodkan 3 cleensheet dalam 4 perlawanan – terbaik di dalam liga sehingga kini.

Beliau akan dibantu barisan pemain sayap yang memiliki gaya permainan yang baik seperti Chan Vathanaka dan Faizat Ghazli. Kelincahan dua pemain ini perlu dibendung oleh Kedah jika mahu merealisasikan 3 mata penuh di Darul Aman.

Ramalan Semuanya BOLA

Kedah dengan misi memikat penyokongnya untuk turun bersama-sama ke stadium dan meneruskan momentum kemenangan disamping mahu kekal gayat di persada liga. Musim lalu, Kedah menang dalam kedua-dua aksi liga menentang PKNS FC.

Sementara PKNS FC pula pastinya mahu mengukuhkan kedudukan dan mendekatkan jarak dengan pendahulu liga. Rajagobal juga pastinya mahu menamatkan rentetan tanpa kemenangan dalam 4 pertembungan dengan Kedah sejak 2017.

Antara Helang Merah dan Semut Merah, pasukan manakah yang bakal cemerlang pada malam ini di Darul Aman?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN