Setelah menewaskan PKNS FC, 3-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA beberapa hari lepas, skuad Helang Merah tekad meneruskan rentak cemerlang apabila bakal melayan kunjungan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.
Pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak itu yang menduduki tangga keempat Liga Super dengan 16 mata, berharap dapat memperbaiki rekod mereka selepas mendapat keputusan seri and kalah dalam dua perlawanan terakhir liga.
Aidil bagaimanapun mengingatkan pemainnya supaya tidak terlalu yakin apabila bertemu skuad warga kota itu.
“Saya tidak dapat tidur dengan lena setelah kalah kepada KL (pada 6 April). Saya amat sedih pada hari itu sebab kita sepatutnya menang dengan selesa.
“Kami ingin membalas dendam hari ini. Kami telah membuat persediaan terbaik and saya berharap kami tidak akan merekodkan keputusan selain kemenangan,” kata Aidil dalam Harian Metro.
Kuala Lumpur sedia tewaskan Kedah sekali lagi
Penyerang Kuala Lumpur, Guilherme de Paula telah menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir beliau menentang Kedah, dan pastinya akan memberi saingan yang sengit pada malam ini.
Ketua pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin berharap dapat menambah bilangan gol selepas berjaya menjadi pemain tempatan pertama yang menjaringkan 100 gol dalam Liga Super ketika menentang PKNS FC minggu lalu.
Mereka juga mencatat keputusan yang baik dalam perlawanan Shopee Piala FA dengan keputusan seri 3-3 dengan Felda United FC di Cheras.
“Pemain-pemain saya berasa letih tetapi saya berharap mereka boleh memberikan aksi menarik pada hari ini. Kami perlu fokus pada perlawanan ini.
“Rizal Ghazali, Farhan Roslan, Renan Alves dan beberapa yang lain mengalami cedera ringan. Saya berharap mereka dapat bermain hari ini,” tambah Aidil.
Pemain tumpuan
Indra Putra Mahayuddin
Bagi pasukan tuan rumah Kuala Lumpur, kelibat dan pengalaman Indra Putra Mahayudin sentiasa ditagih. Malah ketika dalam perlawanan Piala FA menentang Felda United baru-baru ini, Indra berjaya meledak gol dan menunjukkan kesungguhan beliau dalam membantu rakan sepasukan. Perlawanan menentang Kedah pada malam ini tiada bezanya. Menggalas tanggungjawab selaku kapten, Indra mempunyai peranan besar untuk dimainkan pada malam ini.
Jonathan Bauman
Bagi skuad Lang Merah, kelibat Jonathan Bauman akan menjadi perhatian. Pemain ini telah menjaringkan dua gol ketika menentang PKNS FC dalam saingan Piala FA dan sudah mula mendapat rentak permainannya. Beliau dijangka akan memberi banyak masalah pada barisan pertahanan Kuala Lumpur.
Rekod pertemuan
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan juga menarik untuk diperkatakan. Pada 6 April lepas, skuad Kuala Lumpur mencipta kejutan apabila menewaskan Kedah di Stadium KLFA, Cheras dengan jaringan 2-1. Adakah mereka akan melakukan kejutan sekali lagi di Stadium Darul Aman malam ini?
- 20hb Jun 2018 Kedah 3-2 Kuala Lumpur (Liga Super)
- 10hb Mac 2018 Kuala Lumpur 4-3 Kedah (Liga Super)
- 14hb Februari 2017 Kedah 4-2 Kuala Lumpur (Piala FA)
- 7hb Ogos 2015 Kedah 3-0 Kuala Lumpur (Liga Premier)
- 3hb April 2015 Kuala Lumpur 0-1 Kedah (Liga Premier)
#FMONIFLIX
Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.
Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.
Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.
Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!