Previu MSL 2019: JDT Mahu Tamatkan Saingan Liga Dengan Kemenangan

Saingan hari terakhir untuk musim 2019 Liga Super Malaysia (MSL 2019) kini telah pun tiba.

Satu-satunya perlawanan yang akan dilangsungkan pada malam ini ialah aksi melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu yang akan dilangsungkan di Larkin.

Perlawanan ini sebenarnya tidak lebih dari sekadar pelengkap jadual kerana kedua-dua pasukan sudah tidak punya apa yang perlu dikejarkan lagi.

Walaupun begitu, kedua-dua pasukan masih lagi mempunyai misi tersendiri menjelang aksi pada malam ini.

JDT yang sudah pun menjadi johan kepada saingan liga pastinya mahu menamatkan saingan liga dengan nota kemenangan.

Mereka pastinya tidak mahu majlis penyerahan trofi kejuaraan dan juga sambutan besar-besaran diganggu dengan kekalahan kepada pasukan pelawat.

Sementara bagi Terengganu, mereka yang sudah mengesahkan status sebagai pasukan Liga Super musim hadapan boleh bermain dalam perlawanan ini tanpa banyak tekanan.

Namun begitu, mereka pastinya terinspirasi dengan kejayaan PJ City yang berjaya menewaskan JDT di laman mereka tempoh hari.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah JDT dalam saingan liga untuk bertahun-tahun lamanya.

Pemain tumpuan

Malam ini, tumpuan pemain akan ditumpukan kepada penyerang utama JDT iaitu Diogo Santo.

Diogo, JDT
FOTO: JST

Perlawanan pada malam ini merupakan peluang terakhir untuk Diogo memintas Kpah Sherman dalam usaha bergelar sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini.

Untuk rekod, Diogo kini menjaringkan 12 gol dan hanya 1 sahaja dibelakang Sherman yang mempunyai 13 jaringan.

Sementara itu Gonzalo Cabrera juga boleh menjadi penjaring terbanyak liga namun perlu menjaringkan sekurang-kurangnya hatrik pada malam ini.

Beliau yang sudah mempunyai 10 gol perlu mengharapkan Diogo dan juga Sherman tidak menjaringkan sebarang gol selain daripada pesaing-pesaing lain seperti Ifedayo Omosuyi (Selangor) dan Patrick Reichelt (Melaka United).

Bagi Terengganu, sekali lagi harapan akan diletakkan kepada Sanjar Shaakhmedov yang jelas mempunyai prestasi yang baik ketika ini.

Beliau yang beraksi baik di bahagian tengah seharusnya dinafikan pergerakkannya oleh pemain tengah JDT untuk memastikan Terengganu tidak menguasai perlawanan dengan baik.

Sebelum sepak mula

Disebalik kemeriahan yang bakal dinikmati oleh penyokong JDT selepas wisel penamat, tumpuan perlawanan ini lebih terarah kepada perebutan kasut emas.

Jika Diogo berjaya memintas Sherman, beliau tidak lain akan menyemat nama sebagai pemain berprofil tinggi yang berjaya dalam saingan di negara kita.

Sementara bagi Terengganu, selepas mengharungi musim yang sukar pada mulanya, kemenangan di Larkin pastinya dapat menggembirakan penyokong mereka yang bertandang ke sana.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN