Previu MSL 2019: Melaka United Mahu Buktikan Diri Mampu Keluar Dari Bayangan Harimau Selatan

JDT vs Melaka United. Perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos ini pasti akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Kedua-dua pasukan telah mengumpul 7 mata setakat ini, untuk berada di kedudukan ketiga dan keempat liga.

Perlawanan sebegini dianggap penting untuk pasukan yang lebih berhak untuk mulai menjarakkan diri untuk berada di kelompok teratas saingan liga.

JDT, Melaka belum ‘top gear’

Walaupun sudah mencatatkan dua kemenangan dan satu seri, kita harus akui kedua-dua pasukan belum lagi menemui rentak dan momentum yang mereka kehendaki untuk menghasilkan keputusan konsisten sepanjang musim ini.

JDT misalnya agak tempang sejak kecederaan Natxo Insa di perlawanan pertama. Walaupun membelasah Kuala Lumpur 4-1 di minggu kedua MSL, skuad Harimau Selatan kelihatan bergelut sekali lagi di bahagian tengah selepas ketiadaan pemain naturalisasi tersebut. Tahap kecergasan Diogo Luis Santo juga merupakan isu utama sejak dari minggu pertama saingan liga.

FOTO: JST

Melaka United juga mempunyai isu yang sama- dan berkemungkinan disebabkan kehadiran ramai muka baharu di dalam pasukan. Musim ini kita harus akui Melaka adalah pasukan paling berjaya dalam urusan perpindahan pemain dengan beberapa nama besar dan berpengalaman menyertai skuad Hang Tuah itu.

Namun demikian, persefahaman tidak akan datang sekelip mata buat pemain-pemain ini selain daripada melalui latihan dan perlawanan yang lebih kerap. Kejayaan mengikat Pahang 1-1 di tempat sendiri pada minggu lalu adalah gambaran kepada potensi yang dimiliki oleh skuad ini.

JDT perlu ‘setle down’

Isu utama yang perlu diselesaikan oleh Luciano Figueroa di dalam pasukan JDT untuk perlawanan ini ialah gandingan pemain di bahagian serangan mereka. JDT sudah menjaringkan tujuh gol setakat ini. Namun jika prestasi di atas padang diambil kira, hanya prestasi yang ditampilkan oleh Gonzalo Cabrera yang tampak benar-benar tajam.

Foto: JST

Diogo mungkin belum cergas sepenuhnya. Namun pemain tempatan seperti Safawi Rasid perlu cepat membuktikan diri dan nilai sebagai ‘The Most Valuable Player’ di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan pada musim lalu. Setakat ini, sentuhan pemain ini di hadapan gawang agak mengecewakan.

Syafiq Ahmad pula seperti yang kami pernah katakan, sumbangan beliau belum cukup untuk meyakinkan Figueroa. Manakala Leandro Velazquez juga perlu menyesuaikan diri secepat mungkin.

Senjata rahsia Melaka

Jika kelebihan yang mahu dicari di dalam pasukan Melaka United, perhatian kita pasti akan terarah kepada kapten pasukan, iaitu Safiq Rahim. Pemain ini bukan sahaja mampu beraksi di mana-mana posisi di bahagian tengah. Lebih daripada itu ialah beliau adalah pemain yang paling mahir dan mengenali bekas pasukannya, JDT.

Safiq Rahim bukan sahaja bekas pemain dan kapten JDT. Beliau juga adalah kelompok pemain terawal yang dibawa masuk untuk menyertai revolusi skuad Harimau Selatan itu pada 2013.

Pemain Melaka United, Safiq Rahim dikawal rapi tiga orang pemain PJ City FC pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, minggu lalu.

Kebanyakkan pemain di dalam skuad JDT pada hari ini juga merupakan pemain yang menjalani latihan bersama-sama dengan beliau sejak beberapa musim yang lalu.

Safiq adalah seorang pemain dengan karakter profesional. Malam ini beliau terpaksa menolak terlebih dahulu makna persahabatan demi pasukan barunya, Melaka United.

Taktikal pasukan

Figueroa dilihat gemar menggunakan sistem dua pivot di dalam formasi 4-2-3-1. Kecederaan Natxo telah memaksa Figueroa untuk menggandingkan Harris Harun dengan Afiq Fazail dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur. Syameer Kutty pula menjadi pilhan untuk beraksi di posisi itu dalam perlawanan menentang Terengganu FC minggu lalu.

Leandro Velazquez dijangka akan diturunkan dalam perlawanan ini dan mengambil alih posisi Aaron Niguez di belakang penyerang utama. Syafiq Ahmad pula akan menjadi pilihan sebagai penyerang utama sekiranya Diogo belum pulih cergas sepenuhnya.

Zainal Abidin Hassan pula dijangka akan menyandarkan taktikal pasukannya kepada sistem 4-1-4-1. Liridon Krasniqi akan digandingkan dengan Safiq Rahim di bahagian tengah, untuk membenarkan pemain itu melakukan larian membantu serangan secara langsung. Memiliki pemain seperti Cassagrande, Melaka United juga turut boleh mengancam melalui gerakan set pieces.

Ramalan Semuanya BOLA

Larkin adalah arena keramat Si Harimau Selatan. Sukar untuk membayangkan JDT akan tumbang dalam perlawanan ini- apatah lagi kepada pasukan jiran seperti Melaka United. Bagi Melaka, inilah peluang mereka untuk keluar dari bayangan JDT, dan membuktikan kepada pasukan lain mengapa mereka perlu dihormati.

Dengan pemain dan rekod perlawanan terdahulu, kami menjangkakan akan ada jaringan dihasilkan dalam perlawanan ini. Keputusan berkemungkinan besar akan berakhir dengan seri 2-2 buat kedua-dua pasukan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN