Previu MSL 2019: JDT Mahu Terus Konsisten, Kedah Cari Hadiah Hari Raya

Malam ini peminat bola sepak tempatan akan disajikan dengan pertembungan menarik di antara juara bertahan liga super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kedah di Stadium Larkin sebelum Liga Malaysia direhatkan hampir tiga minggu sempena persiapan skuad kebangsaan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, skuad Harimau Selatan terus unggul di persada liga super dengan 36 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah manakala Helang Merah menghuni kedudukan ketiga dengan 22 mata.

Kekalahan Selangor kepada Terengganu FC kelmarin menyaksikan Kedah berpeluang untuk merapatkan jurang mata dengan juara Piala FA 2018, Pahang yang masih kekal di tangga kedua liga dengan 26 mata.

JDT waspada ancaman skuad Helang Merah

Pemain sayap skuad Harimau Selatan, Safawi Rasid mengakui Kedah memiliki aura dan kekuatan tersendiri yang mampu mengundang ancaman kepada pasukannya seandainya barisan pemain terleka mahupun tersilap langkah.

Safawi yang tidak diturunkan pada aksi terakhir menentang Gyeongnam FC dalam aksi terakhir Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL), baru-baru ini tekad meneruskan rentak kemenangan pasukan dalam saingan Liga Super.

“Ya..saya tidak diturunkan dalam aksi terakhir ACL akibat penggantungan satu perlawanan, namun sepanjang berada di Korea Selatan kami meneruskan latihan bukan sahaja sebagai persiapan menentang Gyeongnam FC malah berlatih untuk berdepan Kedah juga.

“Pertembungan menentang Kedah adalah aksi terakhir sebelum rehat selama hampir dua minggu dan ia perlawanan penting bagi kami dan tidak boleh melepaskan peluang untuk mencipta kemenangan di laman sendiri.

“Kami tidak boleh terlalu selesa berada di puncak liga walaupun sudah menjarakkan 10 mata dengan Pahang, sebaliknya harus konsisten dan memberi fokus sepenuhnya dalam baki perlawanan liga terutama menentang Kedah,” katanya dalam Harian Metro.

Dalam pertembungan pusingan pertama 29 Mac lalu, JDT sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman hasil jaringan daripada Safawi pada minit ke-10 menerusi sepakan percuma dalam perlawanan itu.

Foto: JST

Ketiadaan Baddrol Bakhtiar tidak lemahkan semangat pemain Kedah

Pengurus Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan mengesahkan pasukannya akan turun beraksi tanpa khidmat pemain tengah, Baddrol Bakhtiar yang menjalani hukuman penggantungan kad kuning pada perlawanan kali ini.

Bagaimanapun, ketiadaan kapten pasukan itu ternyata tidak melemahkan semangat anak buah Aidil Sharin Sahak untuk terus memburu kemenangan di Stadium Larkin malam ini.

“Ini kerana sikap pemain yang sudah bertekad untuk bekerja sebagai satu pasukan dan mahu membuktikan semangat juang mencari kemenangan seperti yang diharapkan.

“Memang ketiadaan kapten Baddrol Bakhtiar akan dirasai tambahan pula dalam perlawanan menentang pauskan teratas Liga Super seperti JDT, namun saya percaya semua pemain lain tetap dengan fokus mereka melalui perancangan yang diterapkan oleh ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak selama ini.

“Bagi saya sebelum ini kita pernah menempuh perlawanan tanpa kesebelasan utama terbaik seperti Renan Alves, Rizal Ghazali, Shakir Hamzah dan lain-lain, namun kita dapat teruskan rentak permainan dengan baik dengan memberi saingan yang positif.” kata Al Naliq seperti dipetik dalam Harian Metro.

FOTO: Kedah FA

Ramalan Semuanya BOLA

Berdasarkan rekod perlawanan di stadium larkin dan prestasi terkini dalam saingan Liga Super, JDT dijangka tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Kedah malam ini.

Namun, tidak mustahil skuad Helang Merah melakar kejutan malam ini jika mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap kelekaan benteng pertahanan JDT sekaligus membawa pulang tiga mata penuh sebagai hadiah hari raya yang paling bermakna.

Pasukan yang kurang melakukan kesilapan, berpeluang cerah untuk muncul sebagai pemenang malam ini.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN