Previu MSL 2019: JDT Mahu Kembali Ke Persada, Felda Sedia Tempuh Badai Di Larkin

Minggu ke-8 saingan Liga Super Malaysia (MSL) 2019 bermula dengan perlawanan di antara JDT dan Felda United.

Di atas kertas, ia bagaikan pertembungan ‘David vs Goliath’ – persamaan yang popular di eropah diambil dari kisah kitab Injil.

Apa yang perlu kita tahu mengenai pertemuan kedua-dua pasukan?

JDT mahu kembali ke landasan kemenangan

Setelah terikat 1-1 di Stadium Darul Aman pada minggu lalu, skuad kendalian Luciano Figueroa dan Benjamin Mora ini pasti melihat perlawanan ini sebagai perlawanan wajib menang. Apatah lagi ia adalah perlawanan yang diadakan di gelanggang keramat Harimau Selatan, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Berada di tangga kedua carta liga – hanya dipisahkan oleh perbezaan gol – di belakang Pahang, perlawanan menentang Felda adalah peluang terbaik buat juara bertahan ini untuk kembali melonjak ke persada liga. Untuk itu, konsistensi adalah sesuatu yang pasti ditagih dari para pemain yang bakal diturukan beraksi demi merealisasikan kedudukan tersebut.

Foto: JST

Tidak beraksi di pusingan Piala FA pada minggu ini, bermakna JDT adalah pasukan yang lebih segar menuju perlawanan ini.

Felda United mahu lawan habis-habisan

Di atas kertas, jurulatih Felda, Mohd Nizam Jamil sedar akan perbezaan kualiti teknikal pemain yang dimilikinya berbanding lawan yang beraksi sebagai pasukan tuan rumah. Namun ini tidak bererti Felda menyerah kalah sebelum wisel penamat 90 minit ditiup.

Sepertimana gelaran ‘The Fighters’ yang sinonim dengan skuad Felda, Nizam berjanji anak buahnya akan berjuang habis-habisan untuk menyekat kegarangan Sang Harimau Selatan.

“Saya akui jika dibandingkan barisan pemain The Fighters dengan JDT musim ini, kekuatan dan kelebihan sememangnya menjadi milik pasukan tuan rumah. JDT bukan saja berada pada kedudukan terbaik, malah mereka memiliki senarai pemain kebangsaan dan berpengalaman.

Foto: Felda United

“Namun, kami tidak boleh membenarkan lawan menguasai perlawanan jika mahu mengelak dikecewakan,” katanya kepada Berita Harian sebelum ini.

Taktikal pasukan

JDT seperti kebiasaan  dijangka akan menyandarkan taktikal pasukan mereka kepada formasi 4-3-3. Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid dijangka akan mengetuai jentera serangan Harimau Selatan.

Menariknya, tatkala Cabrera dan Safawi akan lebih aktif di sebelah sayap, seorang lagi pemain import, Leandro Velasquez akan beraksi sebagai No.10 di belakang Diogo.

Luciano Figueroa
Foto: JST

Pada fasa ini, JDT seolah-olah beraksi dengan formasi 4-4-1-1, sepertimana yang mereka tampilkan ketika menentang Selangor di Shah Alam.

Felda United turut menampilkan formasi yang hampir sama, dengan Nizam Jamil sering berpaksikan kepada formasi 4-3-3, yang adakalanya bertukar menjadi 4-2-3-1.

Foto: Stadium Astro

Di bawah sistem 4-3-3, fokus serangan pasukan Felda berpaksikan pada bahagian sayap, melalui Hadin Azman atau pun Christie Jayaseelan. Sistem ini akan menjadi 4-2-3-1 ketika lawan menguasai bola dengan Daniel Amier dan Jocinei Amier sebagai pemain tengah bertahan.

Isu semasa

Kepulangan Natxo Insa daripada kecederaan bermakna pemain tengah naturalisasi itu adalah pilihan utama untuk digandingkan dengan Harris Harun di bahagia tengah. Namun prestasi baik Afiq Fazail sepanjang ketiadaan Natxo pasti turut memberikan masalah kepada Luciano dan Mora. Namun ia adalah masalah positif yang mana-mana jurulatih dan pengurus inginkan. Manakala persembahan konsisten Adam Nor Azlin di bahagian benteng seharusnya menjadikan pemain itu sebagai pilihan untuk digandingkan dengan Mauricio.

Natxo Insa
FOTO: JST

Antara isu terbesar skuad Felda pada musim ini ialah sentuhan penyudah. Dengan hanya lima gol dijaringkan selepas tujuh perlawanan, hanya Perak dan dan Kuala Lumpur yang tampil dengan jumlah jaringan lebih sedikit, iaitu empat gol. Felda juga sudah dibolosi 12 gol setakat ini, dan hanya Selangor yang mampu berada di atas mereka dengan jumlah bolos yang lebih banyak.

Pemain tumpuan

Bagi pasukan JDT, tumpuan seharusnya akan tertumpu kepada peranan pemain No.10 – Leandro Velasquez. Diogo dijangka akan dikawal ketat dalam perlawanan ini, dan Felda berkemungkinan besar akan menampilkan corak permainan bertahan. Di sinilah peranan Velasquez memainkan peranan, iaitu untuk memecahkan benteng pertahanan yang padat.

Kekalahan berkemungkinan besar akan mencampakkan Felda ke zon bahaya dalam kedudukan Liga Super. Dijangka akan mengamalkan corak permainan bertahan, Felda berkemungkinan akan berharap kepada serangan balas pantas untuk mendapatkan sesuatu dari JDT. Kapten pasukan, Hadin Azman telah membuktikan beliau mampu menjadi harapan pasukan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini. Kegigihan beliau pasti akan turut ditagih – sekiranya Felda mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada malam ini.

Rekod petemuan

Tiada pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan pada musim lalu setelah Felda beraksi di saingan Liga Premier. Empat daripada lima perlawanan terdahulu menyaksikan JDT merekodkan empat keme

  • 28hb September 2017 FELDA United 3-2 JDT (Liga Super)
  • 14hb February 2017 FELDA United 0-2 JDT (Piala FA)
  • 27hb January 2017 JDT 3-1 FELDA United (Liga Super)
  • 24hb August 2016 FELDA United 2-3 JDT (Liga Super)
  • 1hb March 2016 JDT 2-1 FELDA United (Liga Super)

Ramalan Semuanya BOLA

JDT adalah pasukan yang lebih gagah di setiap aspek. Beraksi di hadapan penonton sendiri juga merupakan satu kelebihan besar buat skuad Harimau Selatan.

Untuk perlawanan ini, kami menjangkakan JDT akan menang mudah. Penulis menjangkakan jaringan 4-0 adalah satu kemungkinan, memihak kepada pasukan tuan rumah.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.
Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN