Previu MSL 2019: JDT Harus Waspada Ancaman ‘Giant Killer’ K. Devan & PJ City FC

Minggu ke-9 saingan Liga Super Malaysia (MSL 2019) turut mempertemukan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) vs Johor Darul Ta’zim (JDT). Menjelang perlawanan, JDT gagah bergelar pendahulu, selepas merekodkan enam kemenangan dan dua seri dari lapan perlawanan. Pasukan tuan rumah, PJ City FC yang beraksi di musim pertama MSL pula sudah berjaya mencatat dua kemenangan dan dua seri dari lapan perlawanan lalu.

Apa yang perlu kita ketahui menjelang perlawanan di antara pendatang baharu MSL dan juara bertahan selama lima musim berturut-turut ini?

Petaling Jaya FC perlu konsisten

Segar dari kejayaan mengikat Pahang di Stadium Darul Makmur pada minggu lalu, jelas sekali cabaran PJ FC tidak wajar dipandang rendah mana-mana pasukan – termasuklah JDT.

Pada musim lalu, PJ City adalah antara pasukan yang berjaya menewaskan JDT – di perlawanan Piala Malaysia – selaind daripada Pahang FA yang melakukannya di pertandingan Piala FA. Namun setelah dijenamakan semula – daripada MISC-MIFA – anak buah K. Devan pasti mahu membuktikan mereka selayaknya berada bersama gergasi-gergasi bola sepak tanah air yang lain dalam saingan Liga Super.

FOTO: PJ City FC

Dua mangsa PJ City setakat ini adalah PKNP FC dan juga PKNS FC – selain berjaya mengikat Pahang, dan juga Selangor sebelum ini – skuad kendalian K. Devan harus tampil lebih konsisten. Perlawanan menentang JDT dilihat sebagai ujian terbesar bagi mereka pada musim ini.

JDT mahu kekal momentum

Dengan hanya 22 perlawanan untuk diharungi untuk saingan liga, konsistensi adalah sesuatu yang ditagih untuk mana-mana pasukan yang mengimpikan kejuaraan di saingan MSL. Sehingga kini, JDT dianggap sebagai pasukan yang berjaya melakukannya.

Terbaru, JDT menewaskan Felda United 3-1 pada minggu lalu. Namun berhadapan PJ City FC di Stadium MBPJ akan membawa cabaran berbeza buat anak buah Luciano Figueroa ini. Hal ini kerana JDT baharu sahaja kembali dari China selepas perlawanan menentang Shandong Luneng di pertandingan AFC Champions League. (ACL).

FOTO: JOHOR Southern Tigers

Namun dengan ‘squad depth’ yang dianggap besar, JDT dijangka tidak mengalami masalah besar melakukan penggiliran pemain. Jika ada sedikit isu yang timbul, Luciano mungkin hanya perlu memikirkan bagaimana untuk menghasilkan kombinasi terbaik dari kalangan pemain yang dimiliki beliau.

Taktikal pasukan

K. Devan mempunyai reputasi sebagai ‘the giant killer’ ketika melakukan percaturan berhadapan dengan pasukan-pasukan gergasi di saingan Liga Malaysia. 3-4-3 adalah formasi pilihan K. Devan sejak beberapa perlawanan dan telah berjaya meraih beberapa keputusan positif sejak dua perlawanan lalu.

Di fasa bertahan, anak buah K. Devan akan membentuk 5-4-1. Dalam situasi ini, PJ City amat berbahaya ketika melakukan serangan balas pantas – sepertimana yang dibuktikan ketika menentang Pahang. Mereka pantas dan sangat direct untuk menhantar bole ke bahagian serangan.

FOTO: PJ City FC

JDT pula dijangka akan mengekalkan posisi 4-3-3 yang sinonim dengan falsafah bola sepak menyerang kelab bola sepak ini. Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid dijangka akan terus mengetuai rangkaian tiga serangan dalam perlawanan ini. Fleksibel untuk menjadi 4-2-3-1 ketika dalam permainan, Leandro Velasquez dijangka akan kembali beraksi di belakang Diogo – sebagai pemain No.10.

Sedikit pertukaran dijangka akan berlaku terutama di bahagian pertahanan, Adam Nor Azlin dijangka akan kembali digandingkan dengan Mauricio di bahagian tengah pertahanan, dan Azrif Nazrulhaq dijangka akan beraksi di posisi bek kanan – mengambil alih dari S. Kunanlan. Namun Luciano harus membuat keputusan sama ada untuk menurunkan Afiq Fazail atau Natxo Insa untuk digandingkan bersama Harris Harun di bahagian tengah.

Luciano Figueroa
Foto: JST

Pemain tumpuan

Safee Sali akhirnya berjaya menemui gol tunggal beliau di saingan Liga Super Malaysia pada musim ini ketika perlawanan bertemu Pahang. Semestinya, K. Devan mengharapkan sentuhan serupa dan konsusten dari pemain veteran ini.

Selain Safee, tumpuan turut terarah ke bahagian tengah di mana gandingan R. Barathkumar dan Bae Beom-geun amatlah penting untuk mengekang asakan dari JDT. Kedua-dua pemain adalah pemain yang gigih dan rajin, tetapi dalam perlawanan sebegini sekiranya mengimpikan sesuatu dari perlawanan ini.

FOTO: PJ City FC

Selepas jaringan cantik ketika aksi menentang Shandong Luneng, sentuhan penyudah dari Safawi Rasid pasti akan terus ditagih. Turut berkeupayaan menyudahkan peluang dari situasi bola mati, ancaman Safawi dari sebelah kanan serangan JDT dilihat sebagai sesuatu yang perlu dineutralkan oleh anak buah K. Devan.

Namun tumpuan turut diberikan kepada Leandro. Ketika perlawanan menentang Felda, beliau kerap kali gagal mencari ruang dan melakukan hantaran yang diperlukan rakan sepasukan sehingga digantikan dengan Nazmi Faiz pada babak kedua perlawanan. Menentang pasukan yang secara taktikal lebih banyaj bertahan seperti PJ City, keupayaan pemain ini sebagai pengganti Aaron Niguez akan sekali lagi diuji.

Foto: JST

Rekod Pertemuan

Untuk rekod, kedua-dua pasukan bakal bertemu buat kali pertama di saingan Liga Super, dan hanya pernah bertentang mata sebanyak dua kali sebelum ini dalam pertandingan Piala Malaysia pada musim lalu.

  • 5hb Ogos 2018: JDT 1-2 PJ City (Piala Malaysia)
  • 16hb September 2018: PJ City 0-3 JDT (Piala Malaysia)

Masing-masing merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan dalam dua pertemuan sebelum ini.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.
Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN