Previu MSL 2019: Impak Careca Jadi Taruhan Perak Hadapi Melaka United

Perak

Satu lagi aksi Liga Super Malaysia 2019  yang akan berlangsung malam ini adalah menemukan Perak dan Melaka United di Stadium Perak, Ipoh.

Satu perlawanan menarik untuk disaksikan apabila kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan satu mata.

Melaka menghuni tangga keenam dengan 19 mata manakala Perak satu tangga dibawah skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu.

Shahrul Mohd Saad kembali, Leandro Dos Santos diketepikan

Jentera pertahanan Perak akan kembali diperkuatkan dengan kehadiran ketua pasukan, Shahrul Mohd Saad yang kembali daripada penggantungan satu perlawanan ekoran tiga kad kuning diterima.

Situasi ini pasti melegakan Mehmed Durakovic di ketika kem Melaka United akan turun dengan penggempur baharu, Davy Angan Claude.

Kombinasi Shahrul dan Hussein El Dor buat pertama kali itu dilihat mampu untuk memperkukuhkan lagi barisan pertahanan skuad Yob itu.

Bagaimanapun, Perak akan kehilangan pemain yang konsisten menjalankan ‘dirty work’ iaitu Leandro Dos Santos Oliveira.

Beliau terpaksa diketepikan dua perlawanan Liga Super selepas mengutip enam kad kuning.

Melaka United tagih sumbangan berkesan rekrut terbaharu

Sama seperti Perak, Melaka United juga membuat rombakan dengan merekrut pemain import baharu dalam usaha menambah bisa pasukan.

Selain Luka Milunovic yang kembali selepas dipinjamkan ke Sabah dan yang terbaru Davy Angan, Melaka turut membawa masuk pemain tengah kelahiran Croatia, Dominic Balic bagi menggantikan Darko Markovic.

Dengan ketajaman Milunovic sudah terbukti apabila empat jaringan berjaya dihasilkan pada dua perlawanan terawal buatnya, nyata bukan tugas mudah buat Perak pada malam ini walaupun beraksi di laman sendiri.

Harapan menggunung sudah pasti diletakkan pihak pengurusan Melaka United terhadap barisan pemain terutamanya buat rekrut terbaharu ini.

Raianderson Da Costa Morais (Careca) & Davy Angan Claude

Pemain bahagian serangan berusia 24 tahun itu juga mampu untuk berperanan sebagai ‘playmaker’ jika melihatkan kepada kualiti kawalan bola dan hantaran yang cukup tinggi.

Kualiti yang ada pada beliau perlu digunakan sepenuhnya oleh Ronaldo Henrique Silva dalam menterjemahkan peluang kepada gol buat pasukan Perak.

Careca juga bijak menghidu peluang apabila berjaya menjaringkan dua gol pada penampilan sulung dalam saingan Liga Super 2019 ketika bertemu PKNP FC.

Davy Angan Claude pula pasti menjadi pemain yang mencuri tumpuan sekiranya diturunkan pada aksi malam ini.

Berbekalkan status selaku bekas pemain Molde FK yang ketika itu dibimbing Ole Gunnar Solskjaer, Davy Angan bakal memikul tanggungjawab besar malam ini.

Rekod 5 pertemuan terakhir

Perak memiliki kelebihan tipis pada lima aksi terakhir apabila menang dua perlawanan dan dua pertembungan berakhir tanpa jaringan.

  • Melaka 0-0 Perak (MSL 2019)
  • Perak 0-0 Melaka (MSL 2018)
  • Melaka 1-2 Perak (MSL 2018)
  • Melaka 3-1 Perak (MSL 2017)
  • Perak 3-2 Melaka (MSL 2017)

Ramalan Semuanya BOLA

Sukar untuk menjangkakan pasukan mana yang bakal keluar pada malam ini selaku pemenang andai melihatkan kepada prestasi semasa.

Bagaimanapun yang pasti pertembungan di Stadium Perak malam ini menyaksikan corak menyerang yang menghiburkan akan dipertontonkan Perak dan Melaka United.

Kualiti pemain tempatan yang seimbang juga menghangatkan lagi keadaan dan awang import dijangka menjadi penentu kepada kejayaan buat skuad Mehmed Durakovic atau Zainal Abidin Hassan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: Perak TBG & Melaka United Soccer Assosiation – MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN