Previu MSL 2019: Bayangan ‘Seri’ Di Ipoh, Mampukah Perak Atasi Terengganu FC?

Terengganu

Tempoh hari, Perak dan PJ City FC membuat perhitungan siapa lebih layak untuk berada di atas antara satu sama lain dan pada minggu ke-17 Liga Super Malaysia (MSL) 2019, sekali lagi Perak terlibat dan kali ini berdepan Terengganu FC. Ketika ini kedua-duanya terikat 21 mata – Perak berkelebihan perbezaan gol.

Kemenangan akan melonjak kedudukan mereka sehingga ke posisi ke-3 liga, bergantung dengan keputusan perlawanan dua pasukan iaitu Kedah dan juga Melaka United. Persaingan untuk gelaran naib juara juga masih terbuka antara beberapa pasukan dan keputusan setiap minggu mampu merubah kedudukan secara drastik.

Jadi, Perak dan Terengganu perlu mengekalkan konsistensi bagi membolehkan mereka kekal dalam pemburuan naib juara MSL 2019. Bagaimana pertembungan kedua-duanya pada minggu ini?

Perak kurang ‘cun’ di Ipoh

Sejak beberapa perlawanan di laman sendiri, Stadium Perak, Perak sebenarnya agak bergelut berbanding aksi di laman lawan – tanpa kalah untuk 8 perlawanan berturut-turut. Terbaru, The Bos Gaurus tewas kepada Melaka United 2-3 pada 25 Mei yang lalu.

Pertembungan pada Mac lalu menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. Lee Tuck dan Wander Luiz adalah penyumbang gol dan untuk aksi tersebut, kedua-dua pemain tiada dalam kesebelasan utama pasukan malam ini.

Carecca, Perak, PJ City
FOTO: Perak TBG

Gandingan Carecca dan Ronaldo Henrique dilihat amat berbahaya kerana Perak akan bergantung dengan daya kretiviti Carecca untuk menyusup ke benteng lawan dan keupayaan Ronaldo Henrique mencipta ruang untuk dirinya bagi menjaringkan gol.

Terengganu FC tanpa Lee Tuck

Sejak Nafuzi Zain mengambil alih tugasan untuk mengendalikan Terengganu FC, Terengganu mempamerkan sedikit peningkatan dari segi permainan berpasukan. Selain itu, Sang Penyu belum tewas dalam 3 perlawanan – dua seri dan satu kemenangan.

Bukanlah menidakkan kehebatan ‘sifu’ Irfan Bakti, namun mungkin pendekatan yang lebih segar telah membantu memulihkan aura di kem Terengganu. Begitupun, mereka akan berdepan Perak tanpa kapten, Lee Tuck dan bakal menampil barisan benteng tempatan.

Ianya pasti tugas sukar untuk membendung kemaraan pemain-pemain yang aktif menekan benteng dan menyerang seperti Brendan Gan, Carecca dan juga Ronaldo Henrique. Adakah Amirzafran mampu mengemudi kubu Terengganu dengan baik?

Ronaldo Henrique dan Sanjar Shaakhmedov

Biarpun Shahrel Fikri telah menampilkan aksi cemerlang bersama skuad kebangsaan dengan 4 gol dalam dua penampilan, Mehmed Durakovic seperti biasa sangat ‘degil’ untuk menukar kesebelasan utamanya dan Ronaldo Henrique masih menjadi sandarannya.

Ronaldo Henrique sudah berjaya menghasilkan 4 gol peribadi sejak menyertai Perak di jendela perpindahan kedua lalu. Kombinasinya bersama Carecca dilihat sangat berkesan dan jika tidak dirantai pergerakan mereka, sudah pasti Sang Penyu bakal menangis.

Sanjar Shaakhmedov, Terengganu FC
FOTO: Terengganu FC

Hatrik pemain tengah, Sanjar Shaakhmedov di bumi Hang Tuah tempohari membantu Terengganu FC untuk bangkit daripada ketinggalan dan mengikat Melaka United 3-3. Kini, sentuhan magisnya akan ditagih lagi bagi menundukkan Perak di Ipoh.

Tanpa Lee Tuck, pemain kelahiran Uzbekistan ini pastinya akan sibuk bertugas di jentera tengah bersama Dechi Marcel namun dijangkakan ianya sedikit mudah kerana Perak bukanlah pasukan yang akan mendominasi sepenuhnya bahagian tengah.

Ramalan Semuanya BOLA

Nafuzi Zain perlu memikirkan kaedah untuk membendung asakan ‘kembar’ jentera serangan The Bos Gaurus, Carecca dan Ronaldo Henrique. Dengan hanya membariskan benteng tempatan dan rata-ratanya tidak tinggi, situasi set-pieces perlu ditekankan.

Perak seperti perlawanan sebelum ini dijangkakan hanya menanti situasi serangan balas pantas. Ini kerana, jentera tengah mereka kekurangan idea dan hanya bergantung kepada dinamik Brendan Gan serta kepantasan Carecca untuk memecah kubu lawan.

Adakah pakar seri, Perak akan sekali lagi merekodkan keputusan seri? Berdepan PJ City yang dipalit masalah penyudah tumpul mungkin menyelamatkan Mehmed Durakovic, tetapi pertempuran dengan Terengganu malam nanti, apakah nasib mereka?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

 

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN