Previu MSL 2018: Misi Irfan Bakti Bentuk Skuad Terengganu Seimbang Dan Kompetitif

Liga Super seakan-akan tidak lengkap tanpa Irfan Bakti dan begitu juga dengan pasukan Terengganu yang memang lebih sinonim dengan pengendali berperwatakan tenang itu.

Pembentukan pasukan

Terengganu melakukan rombakan besar-besaran dari segi struktur pasukan mereka. Memansuhkan status T-Team daripada Liga Super dan menjadikan pasuka tersebut sebagai feeder kepada pasukan Terengganu.

Mereka sudah mengumumkan senarai pemain mereka lebih awal pada musim ini. Mengelakkan bursa perpindahan yang kucar-kacir seperti sebelum ini.

Mereka mendapatkan khidmat lebih 10 orang pemain baru pada musim ini. Sama daripada promosi dari Terengganu FC II ataupun pemain baru daripada pasukan lain sebelum ini.

Terengganu mengekalkan beberapa pemain penting mereka termasuk Faiz Nasir dan Kipre Tchetche. Mendapatkan nama seperti Abdul Malik Mat Arif yang merupakan penyerang prolifik dari Kuantan FA.

Foto: Terengganu FA

Selain itu paling menarik adalah kejayaan mendapatkan salah seorang penjaga gol terbaik dalam MSL musim lalu iaitu Wan Azraei.

Mereka juga berjaya mendapatkan bekas pemain Negeri Sembilan, ‘jeneral’ Lee Tuck dan juga pemenang Piala FA 2017, Mohd Fitri Omar.

Pembentukan pasukan mereka memang nampak agak besar. Dan cabaran Irfan Bakti adalah membentuk pasukan dengan unit pemain-pemain baru yang ramai ini.

Mereka sudah melakukan projek seperti ini sebelum ini namun gagal membentuk pasukan yang kompeten.

Musim Faiz Nasir

Pahang, Jengka – Terengganu player Faiz Nasir during the friendly match at Tun Abdul Razak Stadium, Jengka on 14th June 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Kali ini kami memberikan perhatian kepada sumber kreativiti mereka pada musim lalu iaitu Faiz Nasir. Pemain berbadan kecil yang bermain di posisi penyerang sokongan.

Beliau pastinya mahu menggunakan musim 2018 sebagai musim untuk membuktikan keupayaan beliau dalam suasana liga tertinggi di negara kita.

Namun ianya bukan mudah untuk Faiz Nasir kerana persaingan di posisi beliau pastinya sengit.

Irfan Bakti

Beliau bukan nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia. Beliau pernah membentuk pasukan generasi emas Pulau Pinang. Beliau juga menjadi jurulatih terakhir yang memberikan Piala Domestik kepada Terengganu pada 2011.

Musim 2016, Irfan Bakti telah membentuk pasukan Felda United yang menjadi pesaing JDT sehingga ke akhir musim.

Jadi, musim 2018, Irfan Bakti pastinya mahu menjadikan Terengganu sebagai pesaing utama sekali lagi di peringkat domestik.

4 atau 5 perlawanan pertama adalah penting untuk Terengganu dala menentukan mereka terus berada dalam trek persaingan.

Pasukan seimbang

Ini adalah aspek yang sangat penting untuk Terengganu. Sudah beberapa musim mereka menjadi pasukan yang boleh menjaringkan gol tetapi pada masa yang sama boleh melepaskan gol mudah kepada lawan.

Musim lalu mereka menjadi naib juara Liga Perdana, namun masih mereka menjadi pasukan dengan bolos tertinggi dalam kelompok 5 pasukan teratas berkongsi jumlah bolos dengan JDTII.

Sudah beberapa tahun masalah pasukan tak seimbang ini menghantui pasukan Terengganu dan menjadi halangan utama mereka untuk kekal menjadi pesaing.

Pada Liga Super 2015, mereka menamatkan musim di tangga ke-4 dengan 40 gol dan 33 bolos. JDT yang juara ketika itu hanya menjaringkan 33 gol sahaja. Statistik yang sangat baik untuk mereka jadikan satu pengajaran.

Irfan Bakti memang terkenal dengan sikap mementingkan aspek pertahanan. Itu yang beliau lakukan di Felda United sebelum ini. Namun di Terenganu musim lalu, beliau masih mencari formula terbaik.

Jangkaan kami

Dari segi kualiti pemain, mereka ada pemain yang bagus. Namun membentuk pasukan yang mantap adalah sesuatu yang berbeza. 11 pemain berkelas dunia masih belum menjamin membentuk 1 pasukan yang baik.

Jadi, dengan kejayaan mereka pada pra-musim, satu kelegaan untuk mereka dalam memotivasikan pasukan serta mencari seberapa banyak kelemahan yang ada untuk diperbaiki segera.

Selamat maju jaya untuk Terengganu dan selamat kembali semula ke Liga Super Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN