Previu MSL 2018: Kuala Lumpur Perlu Cepat Bentuk Pasukan Seimbang

Kuala Lumpur kembali semula ke Liga Super Malaysia selepas 6 tahun adalah sesuatu untuk diraikan oleh warga kota. Pasukan yang satu ketika dahulu digeruni dengan ramai bintang bermain untuk mereka.

Pembentukan pasukan

Kuala Lumpur antara pasukan yang membentuk pasukan mereka dengan cepat sekali. Mereka mengekalkan Guilherme De Paula yang menjadi watak penting dalam membawa kepulangan semula mereka ke Liga Super.

Nama lain yang pasti menarik perhatian adalah Indra Putra Mahayudin dan juga Zaquan Adha yang merupakan pemain berpengalaman dalam Liga Super.

Untuk Indra, sudah tentu kita ingin melihat sama ada pemain veteran ini masih punyai keringat di atas padang. Daripada peranan sebagai penyerang utama, Indra banyak bermain di peranan penyerang sokongan dalam beberapa musim terakhir beliau di Kelantan.

Mereka juga mendapatkan khidmat Juninho Aprecido untuk memperkuat barisah tengah mereka.

Secara keseluruhannya, Kuala Lumpur cuba mengekalkan pasukan mereka yang ada pada musim lalu dan tidak ada perpindahan yang terlampau drastik di kem mereka buat masa ini.

Mereka juga mempromosi beberapa nama daripada skuad Piala Presiden.

Secara realistiknya, mereka melakukan pembentukan pasukan yang baik. Dengan tambahan kualiti oleh beberapa pemain tanpa kehilangan terlalu ramai pemain.

Sementara itu, kehadiran Firdaus Faudzi dan Saiful Nizam Miswan juga diharap akan dapat membantu pasukan mereka dengan menyerasikan diri secepat mungkin.

Kualiti serangan

Kami menjangkakan pasukan ini memiliki kualiti serangan yang baik dengan adanya Guilherme De Paula dan juga Paulo Josue.

Duo serangan prolifik ini sudah pastinya masih menjadi tunjang utama kekuatan pasukan Kuala Lumpur mara ke liga Super dengan status juara Liga Perdana.

Sementara itu, Zaquan Adha juga satu tambahan yang baik kepada pasukan. Beliau boleh bermain di bahagian sayap dan juga sebagai penyerang utama.

Kini tugas Fabio Joachim adalah mencari formasi dan taktikal yang seimbang untuk pasukan mereka.

Kualiti pertahanan

Ini adalah aspek yang harus diberikan penekanan oleh Kuala Lumpur. Liga Super pastinya memiliki intensiti yang berbeza dengan Liga Perdana.

Musim lalu, pertahanan mereka adalah yang kedua terbaik berkongsi tempat dengan Negeri Sembilan di belakang PKNP FC.

Irfan Zakaria yang menggalas tugas kebangsaan dalam kejohanan Piala AFC B-23 pastinya mahu menjadikan musim 2018 adalah musim untuk beliau mendapat minit perlawanan yang banyak dan mempertajamkan lagi aksi di dalam padang.

Kredit foto: Sports247.my

Kuala Lumpur juga pastinya gembira memiliki prospek muda seperti beliau di dalam pasukan.

Menstabilkan pasukan secepat mungkin

Tahun pertama di Liga Super, pastinya mereka perlu fokus kepada aspek membentuk pasukan yang seimbang secepat mungkin. Seboleh-bolehnya dalam 6 perlawanan mereka sudah ada pasukan yang seimbang dan ‘recognized’ untuk menentukan hala tuju pasukan mereka.

Sudah dilihat pada beberapa musim lalu, pasukan yang mara ke Liga Super telah bergelut untuk menyelesaikan aspek pertahan lebih daripada aspek serangan.

Derbi Lembah Kelang

Ini adalah derbi dengan definisi yang sebenar (proper derby) di liga kita. Ia adalah derbi setempat terbesar dalam kalendar bola sepak Malaysia.

Banyak derbi lain lebih kepada faktor utara, selatan, timur dan barat. Untuk pasukan yang sama negeri pula, ramai yang selesa menggelarnya, adik dan abang kerana sentimen kenegerian.

Sebaliknya, derbi Lembah Klang melibatkan Kuala Lumpur dan Selangor adalah perlawanan 2 pasukan di kawasan lembah Klang.

Jadi, kami tidak sabar-sabar melihat kelibat penyokong Selangor dan Kuala Lumpur menghidupkan derbi ini pada musim 2018.

Penilaian

Mereka membentuk pasukan yang seimbang di setiap unit. Namun itu seimbang secara ‘squad depth’. Sebaliknya aspek keseimbangan di dalam pasukan 11 ataupun recognized team, sudah pastinya perkara yang berbeza.

Usaha mereka mempromosi beberapa pemain muda mereka daripada skuad Piala Presiden sesuatu yang harus dipuji.

Jadi, selamat maju jaya untuk tahun pertama kepulangan semula anda ke Liga Super, Kuala Lumpur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN