Previu MSL 2018: Bermulanya Era Bibi Ramjani Di Kelantan, Misi Bentuk Pasukan Seimbang

Selepas 3 penggal iaitu hampir 12 tahun pasukan Kelantan berada dalam kepimpinan Tan Sri Annuar Musa, pasukan ini akan mengharungi musim pertama dalam kepimpinan baharu.

Kelantan terselamat untuk kekal di liga super dalam perlawanan terakhir pada musim lepas. Tanpa perlu menafikan, banyak juga kejayaaan yang dicapai dalam tempoh 3 penggal tersebut.

Kejayaan yang tidak pernah tercapai sepanjang sejarah bola sepak Kelantan. Sehinggalah landskap bola sepak Malaysia mula berubah dan Kelantan mula hilang penguasaan di pentas domestik.

3 musim terakhir kritikan semakin kuat berlaku sehingga menghasilkan pengurusan baharu. Bibi Ramjani Ilias bakal membawa harapan tinggi para peminat untuk mengembalikan pasukan ini bersaing dalam kelompok utama di pentas domestik.

Musim 2018 adalah musim penuh pertama Bibi Ramjani Illias Khan mengemudi KAFA.

Jika musim lalu adalah one man team ataupun pasukan Ghaddar. Sukar untuk menafikannya kerana memang Kelantan terlalu bergantung kepada Ghaddar musim lalu.

Jaid musim ini Kelantan nyata bukan lagi one man team, Kelantan dibina dengan kekuatan lebih kolekif.

Pembentukan pasukan

Untuk memastikan Kelantan kekal mampu bersaing secara kompetitif pada musim 2018, pasukan ini telah membawa masuk beberapa pemain kunci untuk memperkasakan pasukan.

Dalam pengumuman rasmi yang pertama yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan, seramai 20 pemain dikekalkan termasuk 1 pemain iaitu Morgaro Gomis.

Dalam senarai awal Persatuan Bola Sepak Kelantan hanya menyenaraikan 4 pemain senior iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Farisham Ismail.

Manakala 5 pemain yang masih didaftarkan untuk skuad b21 Nik Azli Nik Alias, Imran Samso, Nik Akif Syahiran, Daniel Asyraf Abdullah dan Saiful Alias disenaraikan.

KELANTAN- Kelantan player, Muhammad Ghaddar (22) celebrates after scored 2nd goal during the 2017 Malaysia Super League match between Kelantan vs T Team at Stadium Sultan Mohd Ke IV on 4 March 2017. Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

2 pemain muda yang paling menjadi tumpuan adalah Nik Akif dan Saiful Alias. 2 pemain yang berada dalam skuad Bojan Hodak ketika mewakili Malaysia dalam saingan AFF b19. Saiful Alias adalah kapten untuk skuad itu.

5 pemain yang dipinjam keluar pada musim 2017 kepada MISC-MIFA dan Perlis dipanggil.

Rozaimi Azwar, Shafiq Rahman, Nasharizan Rashid, Fakhrul Zaman Zawawi dan Shahrul Hakim untuk menyertai 6 pemain lagi iaitu Fadilah Pauzi, Amir Zikry, Ramadhan Hamid, Azwan Aripin, Faizol Nazlin Sayuti dan Faris Shah Rosli. Melengkapkan senarai 20 pemain awal yang diumumkan oleh KAFA.

Selepas dari asas 20 pemain yang diumumkan itu Kelantan membuat fasa ke-2 mengekalkan pemain senior yang berumur lebih 30 tahun. Untuk musim 2017 skuad Kelantan agak kritikal dalam pengimbangan umur, posisi dan keupayaan pemain.

Kelantan mengekalkan Badhri Radhi, Norfarhan Muhammad dalam proses ini. Pemain yang tidak dikekalkan melibatkan 8 penjaga gol/pertahanan.

Syihan Hazmi (Penjaga Gol)
Abdul Aziz Ismail (Pertahanan Kiri)
Qayyum Marjoni Sabil ( Pertahana Kiri)
Daudsu Jamaluddin ( Pertahanan Kanan)
Hasmizan Kamaroddin ( Pertahanan Tengah)
Nor Hafiz Zamani Misbah ( Pertahanan Tengah)
S.Subramaniam ( Pertahanan Tengah)
Mamadou Danso (Pertahanan Tengah/Import)

6 pemain tengah dan penyerang tidak dikelkalkan menjadikan kesemuanya 14 pemain termasuk pemain import.

S.Thinangaran (Tengah Kanan)
Hattaphon Bun Au (Tengah Kiri)
Khairul Izuan Rosli (Tengah/Penyerang)
Indra Putra Mahayuddin (Tengah/Penyerang)
Abu Bakr Al Mel (Penyerang/Import)
Alesandro Celin (Penyerang/Import)

Selepas 2 fasa ini, Kelantan membuat fasa ke-3 iaitu mengambil pemain baharu yang diklasifikasikan bakal menjadi pemain utama untuk menyokong senarai 20 pemain awal dan 2 pemain veteran yang dikekalkan. 6 pemain tersebut adalah:

S.Veenod (tengah/Selangor)
Do Dong Hyun (tengah/Uitm)
Bruno Lopes (penyerang/Persija)
Ferdinand Sinaga (tengah/PSM Makasar)
Cassio de Jesus (pertahanan/Semen Padang)
Amirridzwan Taj Tajuddin (pertahanan/PKNS)

Bersama 6 pemain tersebut, 7 pemain lagi dibawa masuk oleh pasukan Kelantan termasuk Shahrizan Ismail yang dipanggil semula selepas Syihan Hazmi,

Ini pula senarai pemain yang keluar ataupun dilepaskan.

Khairul Asyraf Ramli (pertahanan/PKNP)
Tengku Qayyum Ahmad (pertahanan/Sime Darby)
Shafiq Shaharuddin (penyerang/JDT II)
Zulfahmi Awang (penyerang/Sime Darby)
Khairul Rizam Che Soh (penyerang/T Team b21)
Mohammad Haikal Nazri (tengah/Felcra fc)
Shahrizan Ismail (penjaga gol/Kelantan)

Ketika artikel ini ditulis senarai pemain tersebut masih tidak lengkap. Terdapat sekurang-kurangnya 5 pemain tempatan yang mungkin akan dipinjam keluar.

Amir Zikry Pauzi, Nasharizan Abdul Rashid, Faizol Nazlin Sayuti, Rozaimi Azwar, Syafiq Rahman dan juga Haikal Nazri.

Do Dong Hyun akan jadi pemain penting

Sudah lama Kelantan tidak memiliki pemain seperti ini di dalam pasukan. Beliau adalah ‘team player’. Pemain yang berdarah sejuk dan mampu mencipta peluang serta mejaringkan gol.

Beliau adalah pemain terbaik Kelantan dalam pra musim kali ini membuatkan ramai penyokong Kelantan kini berhasrat memilik nama dan nombor beliau di belakang jersi.

Dengan catatan 25 gol dan bantuan gol bersama Uitm pada musim lepas, pemain ini dijangka mampu mengisi kekurangan kreativiti pasukan Kelantan selepas Wan Zack dan Wander Luiz keluar.

Pemain skuad B-20 tahun Korea Selatan yang mula mengembangkan bakat di A League, I-League, Indian Super League dan Liga Perdana Malaysia. Seterusnya kan berada di Liga Super bersama Kelantan.

Prestasi pra musim

Kelantan telah membuat 4 perlawanan persahabatan yang kompetitif termasuk 2 perlawanan di Boost Sportsfix Super Cup-tidak termasuk perlawanan perlawanan pershabatan dengan pasukan pasukan Liga Bola Sepak Rakyat.

Kelantan mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah ketika bertemu dengan Persija, Ratchaburi, Petaling Jaya Rangers dan Meracca yang dahulu dikenali sebagai Kuantan FA. Satu perlawanan persahabatan yang dijadual berlangsung di Golok adalah bertemu dengan Buriram fc.

Dalam 2 perlawanan di Boost Sportfix Super Cup, Kelantan kelihatan sudah menyelesaikan isu kritikal pada musim lepas iaitu kemampuan bermain pada bahagian sisi kiri dan kanan. Ferdinand Sinaga ataupun ‘The Dragon’ lebih efektif dan energetik begitu juga dengan Do Dong Hyun.

https://www.youtube.com/watch?v=cNt5OpHz0ws

4 perlawanan itu juga melihatkan Sathit Bensoh menggunakan 2 pasukan dalam mencari kombinasi dan menilai pemain. Hampir keseluruhan pemain sudah dicuba.

Mohammad Haikal Nazri kelihatan antara yang menonjol dalam siri perlawanan persahabatan kali ini.

Sasaran pasukan bagi musim 2018

Sehingga kini pihak persatuan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan sasaran pasukan untuk musim 2018.

Jika merujuk kepada ramalan dari Four Four Two, Kelantan diletak di tangga ke-9 dalam Liga Super 2018. Ia mungkin satu jangkaan realistik untuk pasukan yang baharu dibentuk dari tahun pertama pengurusan baharu.

Dengan pergerakkan besar pemain keluar masuk, melihat kepada beberapa fasa pembentukkan pemain diatas. Pasukan ini boleh dikatakan dalam proses perubahan besar melibatkan pemain yang akan membentuk skuad 2018.

Kelantan tidak terlalu emosi sehingga lupa musim bola sepak ni bukan 2018 sahaja. Pengurusan harus memikirkan pelan jangka panjang. Semua pasukan mahukan piala tetapi keutamaan tetapi pembentukan pasukan yang stabil berhayat lebih panjang.

Nota Editor: Artikel ini adalah sumbangan Encik Ayie, peminat setia pasukan Kelantan. Jika anda mahu berkongsi artikel dengan kami, e-mail ke [email protected], format Microsoft Words 400-800 patah perkataan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN