Previu MSL 2017 : Weigang Membentuk Skuad Perak Yang Lebih Matang Dan Seimbang!

Perak jelas sedang dalam proses membentuk pasukan tipikal pencabar kejuaraan. Ayat agak klise tapi sukar untuk kami memilih kosa kata lain. Berikut adalah 3 intipati daripada bisnes Weigang dan Perak buat masa ini.

1. Peningkatan Kualiti Dan Variasi

Kemasukan Nazrin Nawi lebih kepada pertukaran langsung untuk Nuridzuan yang dilepaskan oleh Perak. Pada musim lalu, Perak sangat lemah dalam isu width ataupun kelebaran pasukan.

Nazrin Nawi adalah pemain sayap sejati yang menggemari aktiviti menewaskan lawan dengan skil dan kelajuan. Paling menarik adalah kemasukan Zaquan Adha.

Pemain ini dibentuk menjadi multifunction striker ketika di JDTII. Beliau bukan sahaja boleh bermain sebagai penyerang utama malah boleh bermain sebagai pemain sayap.

Di tengah mereka ada pemain utiliti Jasazrin Jamaluddin. Beliau boleh bermain di banyak peranan yang defensif. Satu bines yang agak baik juga.

Teori kami, jika Perak bermain dalam 4-3-3 dengan sistem penyerang sayap (wing forward) bermaksud Nazrin di kiri dan Zaquan Adha di kanan. Zaquan akan menjadi ‘joker’ dalam dek terup Weigang pada musim hadapan.

2. Kepimpinan Dan Pengalaman

2 pemain yang sudah dikenali iaitu Shahrom Kalam dan Hafiz Kamal. Shahrom Kalam adalah pemimpin di dalam padang. Sesuatu yang Perak sangat cari dalam beberapa musim sebelum ini.

Jadi, kami menjangkakan Sharom Kalam adalah pemain yang akan masuk secara automatik ke slot bek tengah untuk digandingkan dengan Thiago Junior.

Bercerita soal pengalaman, pasukan Perak dalam 2 musim sebelum ini terlalu bergantung kepada bakat muda. Berlaku ketidakseimbangan dalam ekosistem pasukan.

Pasukan yang stabil memerlukan pemain berpengalaman dan matang dalam mengahadapi tekanan yang berbeza dalam setiap perlawanan.

Agak menarik untuk melihat nama seperti Hafiz Kamal untuk dikaitkan dengan tekanan. Ini kerana, beliau antara pemain yang memiliki reputasi yang agak baran di dalam padang.

Hal ini kami rasa, kita percayakan Weigang untuk mengawal kepala beliau. Hafiz Kamal adalah pemain yang sejak akhir-akhir ini disifatkan hanya pengambil sepakan percuma.

Jadi, musim 2017 adalah musim untuk Hafiz menajamkan lagi permainan beliau dari segi teknikal dan taktikal.

3. Sistem Taktikal

Weigang mungkin sedang membentuk pasukan 4-3-3. Ia adalah formasi yang mereka kerap gunakan pada musim lalu. Dengan kualiti yang ada di bahagian sayap.

Jadi Perak hanya perlu memastikan penyerang utama mereka adalah penjaring yang boleh harap. Hadi Yahya kami jangkakan akan menjadi tambahan kepada squad depth pasukan ini.

Namun siapa tahu, dia boleh menyerlah dalam sistem Weigang?

Abdul Hadi Yahya(left) from Selangor challenges for the ball against PDRM player, Abdul Latif Suhaimi(right)during their FA CUP match at Hang Jebat Stadium, Melaka, Mar. 4, 2016. Nazrulhad Hashim/asiana.my

Ini kerana kami jangkakan Vladislav Mirchev sebagai penyerang utama. Yashir Pinto perlu diselesaikan peranan beliau sebelum musim bermula.

Jadi, ada pontensi 4-4-2 dan 4-4-1-1. Jika sistem selain attacking 3, Zaquan Adha lebih sesuai untuk menjadi pemain serangan utama ataupun kedua berbanding dengan pemain sayap klasik dalam sistem tengah berempat.

Dengan kualiti yang ada, kami merumuskan pasukan ini boleh bermain dengan pelbagai formasi. Namun mereka tetap perlu mencari formasi dan kesebelasan utama pasukan.

Rumusan

Weigang telah melakukan transaksi untuk memperbaiki asas dalam pasukan bola sepak. Beliau cuba mengimbangi tingkat kategori pemain supaya pasukan ini tidak terlalu muda.

Kehadiran pemain seperti Vladislav Mirchev diharap dapat memenuhi harapan penyokong Perak sebagai penyerang berkualiti. Beliau ada rekod pembangunan yang baik ketika muda. Pada masa yang sama, beliau baru 29 tahun.

Seorang lagi pemain import adalah Yashir Pinto. Pemain yang sudah menunjukkan kualiti beliau pada musim lalu. Beliau boleh bermain di mana-mana posisi serangan sama ada penyerang utama, kedua dan sayap.

Photo by zaid ayid/www.asiana.m

Beliau juga boleh bermain sebagai pemain tengah menyerang. Jadi, kami merumuskan pasukan ini lebih seimbang dari segi kualiti dan kematangan pada musim hadapan.

Sebelum ini, pasukan ini agak bermasalah dengan mentaliti dan pengalaman dalam perlawanan besar walaupun mereka ada kualiti individu yang baik.

Untuk mereka menjadi pencabar utama kejuaraan liga, ia bergantung kepada betapa cepatnya mereka dapat mencari formula dan sistem untuk bermain bersama-sama.

Perak juga harus berhati-hati dalam menguruskan pemain-pemain yang versatile yang agak ramai kali ini. Kami rasakan, mereka tetap perlu diberikan peranan prima dalam pasukan secepat mungkin.

Baca juga : Previu MSL 2017 : Penyokong Kelantan Persoal Status Pasukan Kelantan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN